Tuesday, March 24, 2009

Harakah dan Suara Keadilan Digantung?

Ala, tak payahlah sedih-sedih, tiga bulan je. Kalau orang nak beku sampai tahap freezer pun jangan dirisau. Ini zaman moden, suratkhabar bukanlah pilihan utama lagi. Internet, internet dan internet.

PAS dan Keadilan bukanlah milik mutlak orang buta komputer. Ada berjuta ahli yang celik teknologi, tak ada komputer dirumah...boleh tuju kafe cyber, boleh juga melayari di pejabat (waktu makan tengahari).

Jadi setakat tiga bulan apalah sangatkan? Maklumat yang nak disampaikan tetap sampai.

Internet bukan milik kerajaan..jadi gunakan sebaik mungkin. :)

4 comments:

zairulkm said...

cik ezza..boleh soal tu yg kita utarakan..hakikatnya kenapa gomen takut sgt dgn 2 media nih? Mereka ada segalanya dr TV3 suku, media cetak hinggalah KEMAS, takkan laporan Harakah pun bimbang sangat.

Masalahnya bonda sy di kg tak baca internet,sekurang2nya bila ada Harakah bercetak, dia baca juga.

Sekiranya laporan x betul, sila bawa ke mahkamah..samanlah berjuta sekalipun...

Kat UK..sy pernah nampak satu billborad besar Parti Konservatif kutuk kaw-kaw Parti Buruh, takde masalah sebab itu demokrasi..bukankah demokrasi kita ditiru bulat dr England, mengapakah perlaksanaanya berbeza?
Cik Ezza..sila jawab!

ezza erisa said...

kita memandang dari segi cerahnya sahaja. Pernah dengar orang cakap bila kita ditimpa musibah 'jangan sedih, ada la hikmah disebalik kejadian blablabla' :)

Dari segi gelap dan ikut perasaan sudah tentu saya akan tulis, baik sekat akhbar yang sibuk nak guna nama Allah tu. Kalau akhbar itu boleh dikompromi dengan tulisan 'untuk bacaan orang kristian sahaja' kenapa tidak akhbar politik harakah dan suara keadilan juga di kompromi dengan mencetak 'untuk bacaan orang Keadilan Rakyat' atau 'untuk bacaan orang PAS' sahaja?

Umum sedia maklum, orang UMNO tak beli harakah atau keadilan, jadi apalah sangat nak takut? Sedangkan orang PAS dan KEadilan duk nganga tengok tv3 juga setiap malam, baca juga utusan malaysia.

berkenaan dengan ibu saudara zairul, apa kata saudara telefon ibu saudara tiap2 hari dan menjadi Harakah lisan? hhehehe ;)

mudin001 said...

Salam.

Dari segi prinsipnya i.e kebebasan bersuara, kebebasan akhbar, demokrasi bla bla bla, memang penggantungan itu salah.

Maka yang salah tetap salah. Walau sehari atau setahun.

Tapi malaslah nak bahaskan dari segi itu.

Kalau saja, kita mahu melihat dari sudut lain, Harakah juga adalah sumber pendapatan bagi pekerja-pekerjanya i.e wartawan, drebar etc.

Cuba bayangkan syarikat tempat kita bekerja diarahkan tutup operasi selama tiga bulan, serta merta?

Cik Ezza pasti dapat memahami maksud saya bukan?

Sebab itulah, bagi saya, penggantungan itu, tidak boleh dilihat semudah adanya alternatif lain yakni internet. Ia lebih dari itu.

Salam.

puteri melati said...

lagipun...kan 3 pilihan raya akan diadakan. susahla pembangkang nk promote kempen diorg. nk ceramah pun kena sekat.