Friday, March 06, 2009

Aku Tak Suka Blog Yang Ada Bunyi

Kepada blogawan semua, samada blogawan politik, sosial atau blogawan yang menulis tentang hal diri sendiri, makan apa, tidur dimana, aku ada pengumuman sikit untuk korang

AKU TAK SUKA BLOG YANG ADA LAGU AUTOPLAY APABILA MASUK KE BLOG TERSEBUT.

Take note ok!

Sebab aku benci:
1. Lagu pilihan korang, tak semestinya pengunjung suka. Setiap orang berbeza citarasa.
2. Pengunjung dengar radio, tapi masuk blog korang tetiba bunyi lagu pilihan korang sangat kuat pula terpasang (walaupun radio aku terpasang perlahan je bunyi). Tergagap nak perlahankan.Tempat letak javascript untuk lagu pilihan pula berbeza-beza, ada yang letak kat atas, kat tepi kanan, tepi kiri, bawah dan sebagainya. Sementara nak cari butang nak berhentikan lagu itu, sempat kena jeling dek rakan sepejabat kerana menganggu mereka.
3. Atau pengunjung jenis on speaker tapi tak pasang apa-apapun, masuk blog korang tetiba kena ambush dengan lagu-lagu pula, sama situasi dengan no (2), kena jeling dek rakan sepejabat atau lebih teruk kena soundsistem pulak.

Aku cadangkan, kalau nak pasang lagu juga, sila pasang yang manual play. Orang nak dengar dia tekan play. Bukan auto. Faktanya ialah, orang tak masuk blog untuk dengar lagu..:)

Maaf sekiranya catatan ini melukakan hati blogawan yang ada blog bunyi-bunyi.

5 comments:

kuizikel said...

jgn benci2, nanti suka...hehehheeh

aloha said...

hahahaha... kena tambah list lagi....

laman2 sosial spt friendster/myspace kdg2 tu background ganas, tp lagu jiwang abis tangkap leleh..... wakakakaka..

Eddie said...

Sokong 200%.
Aku dari tahun lepas lagi dah tulis pasal ni kat http://eddie.bumicyber.org/index.php/My-Opinion/5-reasons-I-hate-background-music-on-web.html
Tapi memang masih ramai yang suker sesangat bubuh widget radio dengan lagu-lagu ni.

KOBE said...

AKU PUN BENCI TUL ...SERABUT KALU BUKA TABS BYK2 NAK CARI YG MANA SATU...SYOK SDIRI PUNYA BLOG

pikamerah said...

salam.
aku pun terfikir gak nak buat entry camni hahhaha.
lain orang, lain rasa kan.