Tuesday, March 31, 2009

Menteri Yang Kalah Patut Letak Jawatan

Pemilihan UMNO sudah berlalu. Yang kalah PATUT meletak jawatan. Jika ahli parti sendiri tidak boleh menerima mereka sebagai pemimpin, kenapa harus rakyat (yang tidak semua ahli UMNO) masih perlu menerima mereka?

Monday, March 30, 2009

Mensukankan Kereta Buruk...

Gambar sebelum:


Gambar selepas:


Apa? Tak nampak? Menukar kepada sport spring lantas menjadikan kereta rendah sedikit. Kadar muat jari: 3 jari runcing aku untuk depan, 4 jari runcing aku untuk belakang. Kekurangan yang nyata - tayar 12 dengan rim besi. Huduh amat. Siapa nak sedekah rim 13 kat aku? kekeke. Kalau letak rim 13, mesti lagi nampak garang kot, segarang aku la. Pasal aku kan sangat garang macam garam orangnya. Hahaha.

Feedback: Corner terasa lebih stabil. Kena berhati-hati sewaktu naik turun bumper pasal sudah sagat lip depan sebaik turun dari bengkel pasal tak biasa rendah lagi. Nasib baik lip PU, kalau fiber sudah berkecai sakan agaknya. :)

Gambar lip depan yang akan menjadi mangsa sagat selepas ini. Jarak lip dengan tanah - 5inci.

60 Earth Hour - Seronok Yo!


Ini adalah pemandangan rumah aku semasa Earth Hour. Seronok juga keluar ke beranda dan melihat ramai yang berkumpul di beranda untuk melihat rumah-rumah lain memadamkan lampu. Event ini amat berjaya bagi aku sekitar kawasan Setiawangsa. Aku juga sokong 8TV yang merupakan satu-satunya stesen yang sanggup kehilangan beratus ribu duit pengiklanan kerana berani tutup siaran selama satu jam. Begitu juga dengan stesen-stesen radio yang turut mengambil bahagian.

Ini pula video KLCC bergelap. Sangat cantik kerana mereka tutup lampu secara berperingkat. Check out other video pasal KLCC di youtube.com tentunya.


Wednesday, March 25, 2009

UMNO Patut Pindahkan Perhimpunan Agung ke Luar KL

Petisyen: kalau UMNO parti untuk rakyat sila buat perhimpunan agung UMNO di luar Kuala Lumpur.

Hari ini sesak sungguh dari Jalan Gurney sampai ke Jalan Tun Razak, polis trafik yang selalu tunggu jalan pun semua sudah hilang. Semua sudah sibuk pergi mengawal susur turun ke PWTC. Pasal nak jaga trafik orang UMNO nak pergi berhimpun. Kang terlambat pula mereka nak berhimpun kan? Apa kisah jalan lain sesak ke jem ke tuna ke, yang penting orang UMNO boleh berkumpul tepat pada waktu yang ditetapkan.

Menyampah tengok kakak-kakak pakai baju putih tudung merah wanita UMNO berarak macam nak pergi kenduri kahwin di tepi Jalan Tun Razak. Oi orang nak pergi kerja la, yang sibuk-sibuk penuhkan jalanraya buat apa? Fakta, aku lambat 30minit sebab perhimpunan UMNO.

Oh satu lagi soalan ramah pengguna aku, orang politik (read: UMNO) tak bekerja kah? Ke semua cuti demi parti politik. Al maklum, orang terjun bidang politik selalunya atas tiga dasar. Satu golongan memperjuangkan kepentingan rakyat jelata (golongan yang hampir pupus), golongan yang mencari peluang perniagaan (al maklum banyak kenal ahli politik lain, banyak dapat kabel, banyak dapat projek), golongan yang mencari duit lebih (well, politik satu bidang menguntungkan, macam perniagaan).

Jadi ahli-ahli biasa UMNO yang mengambil cuti untuk ke perhimpunan agung yang menyesakkan seluruh Jalan Tun Razak dan sekitar ini tergolong dalam kategori mana?

Tuesday, March 24, 2009

Harakah dan Suara Keadilan Digantung?

Ala, tak payahlah sedih-sedih, tiga bulan je. Kalau orang nak beku sampai tahap freezer pun jangan dirisau. Ini zaman moden, suratkhabar bukanlah pilihan utama lagi. Internet, internet dan internet.

PAS dan Keadilan bukanlah milik mutlak orang buta komputer. Ada berjuta ahli yang celik teknologi, tak ada komputer dirumah...boleh tuju kafe cyber, boleh juga melayari di pejabat (waktu makan tengahari).

Jadi setakat tiga bulan apalah sangatkan? Maklumat yang nak disampaikan tetap sampai.

Internet bukan milik kerajaan..jadi gunakan sebaik mungkin. :)

Thursday, March 19, 2009

Side Parking Itu Seni...

Aku sangat suka ambil gambar kedudukan kereta sebaik aku berjaya meletak kereta di tempat yang sangat mencabar dan kalau tak kena cara, tak lepas nak masuk. Bagi aku ianya satu seni dan satu kepuasan sebab yea, berjaya sumbat kereta disitu. Bagi orang yang bekerja di kawasan sekitar Bangsar ni, seni meletak kereta sangat penting, kalau tak merayaplah dikau cari parking. Akhir kata, side parking itu seni tetapi double parking itu perosak suasana okey! :)
Posted by Picasa

Friday, March 13, 2009

Thalassemia / Talesemia / Talasemia, Jangan Ambil Mudah

Hari ini aku berchat dengan Deida. Dia bertanya berkenaan talesemia. Menjawab soalan-soalan McDa (nama glemer Mek selepas diPPMSIkan), membuatkan aku terfikir untuk menulis entry ini. Mungkin ramai antara kita tidak faham dan tidak tahu apakah itu Talesemia. Seperti mana ramai antara kita yang masih tercari-cari maksud inflasi walaupun ianya sangat popular. Click disini untuk maksud inflasi yang insyaAllah mudah faham.

Ok, berbalik kepada talesemia. Anda pernah dengar talesemia? Pernah bukan? Dalam tv pun banyak kali iklan suruh pergi check darah nak memastikan samada anda pembawa atau penghidap talesemia. Tetapi apakah talesemia? (Entry ini ditulis oleh aku selaku orang yang concern tetapi tidak ada barang sekelumit kemahiran dalam perubatan..jadi doktor-doktor diluar sana kalau aku salah fakta...tolong betulkan ya!). Aku hanya merasa bertanggungjawab untuk menyebarkan kepada rakan-rakan semua, apakah talesemia yang popular di kaca tv itu.

Perlu diingatkan penerangan ini adalah penerangan bukan medical, ianya hanya untuk memberi kefahaman kepada semua akan bahayanya talesemia.

Talesemia adalah penyakit umur sel darah merah yang lebih pendek dari orang biasa. Jangkahayat sel darah orang yang bebas talesemia ialah selama 120hari. Umur sel darah merah ini lebih pendek berbanding biasa adalah disebabkan kegagalan penghasilan hemoglobin (pembawa oksigen yang boleh didapati didalam sel darah merah).

Tugas utama hemoglobin ini adalah untuk menghantar oksigen ke semua tisu-tisu dalam badan. Bagi orang sihat, apabila sel darah merah seseorang sudah mati, iron dalam hemoglobin akan digunakan untuk membentuk kembali hemoglobin baru.

Bagi talesemia pula, hemoglobinnya sangat lembik dan tidak kuat dan cepat mati. Get it? Iron dalam hemoglobin pesakit talesemia perlu bekerja kuat dan yang bestnya dia sangat tidak kuat. Perlu diingakan talesemia berbeza dengan anemia. Anemia penyakit tak cukup sel darah merah akibat kekurangan iron untuk membuat hemoglobin. Orang-orang yang ada anemia perlu makan banyak makanan yang ada iron. Talesemia pula ialah penyakit keturunan, kau makan berkilo makanan beriron...hasilnya tetap sama. hemoglobinnya masih tidak kuat dan ironnya gagal untuk membuat hemoglobin baru.

Ada dua kategori talesemia:

Minor talesemia - orang-orang ini boleh dikatakan boleh hidup sampai ke tua dengan sedikit tanda anemia atau tidak ada tanda langsung. Mereka inilah pembawa talesemia.

Major talesemia - orang-orang ini sangat bahaya kehidupannya. Bagi kanak-kanak yang tidak dirawat dari kecil, jangka hayat erm say about 4-5tahun sahaja. Simpton pesakit talesemia ialah mereka sangat pucat (of course sebab tak cukup darah merah), tidak boleh tidur lena, selalu penat melampau, tidak selera makan, muntah selepas makan, pening kepala yang berpanjangan dan lain-lain lagi.

Sebab tu tv suruh pergi check, kalau anda mungkin pembawa talesemia dan tidak tahu berkenaan ini. Pembawa talesemia yang berkahwin dengan pembawa talesemia, kemungkinan untuk anak mereka mendapat major talesemia adalah 1/4. Sangat besar!

Penyakit talesemia boleh dicheck dengan tengok sel darah merah seseorang dibawah microskop. Sel darah mereka berlubang macam donat. Bagi orang normal, sel mereka tidak ada lubang okey.

Pengidap talesemia major, tidak ada treatment yang dapat membuang terus talesemia dari hidup mereka. Ini adalah penyakit keturunan dan akan turun lagi sampai bila-bila. Rawatan yang selalunya pesakit talesemia major boleh lakukan ialah dengan mendapat bekalan darah dari orang lain dan dimasukkan ke dalam badan mereka SETIAP EMPAT MINGGU. (Sila derma darah ya orang-orang sihat sekelian, kesian pesakit-pesakit talesemia). Kalau kat Besut, kami panggil 'gi tambah darah'. :)

Kesimpulannya ialah talesemia ialah penyakit kekurangan darah merah dalam badan. Kalau dah kurang darah dan tak dirawat, sudah tentu membawa maut. Perlu diingatkan 1 dari 20orang rakyat Malaysia adalah pembawa talesemia (talesemia minor). Pergilah check cepat-cepat, kang dapat pasangan sama talesemia, kena tengoklah anak-anak cepat-cepat. Ingat 1/4 chances anak pembawa + pembawa adalah penghidap talesemia major.

Sekian, kalau salah sila betulkan. Sumber rujukan: Disni, dan tentunya wiki :)

Wednesday, March 11, 2009

RM60 Billion, Mana Datang? Mana Pergi?

Mana Datang, entah, cik kiah tak tahu. Kata dulu kerajaan defisit entah berapa peratus tah. Kalau defisit mana datang 60billion? Cik kiah grad dengan subjek ekonomi asas je. Tak belajar ekonomi tinggi apatah lagi pengkhususan dalam ekonomi. Jadi cik kiah betul tak tahu.

Mana Pergi, ya sudah dibentangkan semalam. Tapi sesungguhnya aku tak rasa teruja. Depa gebang pasal bantu sektor ini sektor itu. Berjuta disana, beriban disini. Tetapi siapa sebenarnya yang mendapat faedahnya? Belanjawan memang sedap dengar. Koridor pun sedap juga dengar. Apa kisah dengan koridor? Berlalang sudah?

Cik Kiah: Susah-susah cik kiah sign up jadi cleaner kat koridor sahajalah, sambil makan tengahari di McDonald yang sedang melakukan pakej ransangan makan tengahari kedua mereka bersemperna pakej ransangan ekonomi ke dua negara. Paling kurang, pakej ransangan makan tengahari di McDonald memberi kesan langsung kepada aku, nak makan dapat harga murah. :)

Hitam Flat...Cantiknya....

Soalan lazim, macam biasa...adakah hitam itu satu warna? Hitam hadir apabila ketiadaan unsur warna lain...sepertimana 'clear' bukan satu warna, apakah hitam juga bukan satu warna? Soalan ini memerlukan pemikiran yang luar dari kotak. Aku rasa hitam bukan warna. Hitam menyerap semua unsur warna di sekelilingnya. Adoi..camne nak terangkan yang hitam bukan warna ya?


Okay..apapun flat black sangat cantik. Orang selalu berminat pada hitam metalik untuk kereta tetapi bagi aku hitam metalik tidak ada apa berbanding hitam flat. Aku sungguh jatuh cinta sudah dengan hitam flat.


Setakat yang aku google, semua kereta yang menggunakan hitam flat sangat mewah. Apakah hitam flat ekslusif? Tak kisahlah apa pun, kereta dengan hitam flat....mengiurkan!

Friday, March 06, 2009

Aku Tak Suka Blog Yang Ada Bunyi

Kepada blogawan semua, samada blogawan politik, sosial atau blogawan yang menulis tentang hal diri sendiri, makan apa, tidur dimana, aku ada pengumuman sikit untuk korang

AKU TAK SUKA BLOG YANG ADA LAGU AUTOPLAY APABILA MASUK KE BLOG TERSEBUT.

Take note ok!

Sebab aku benci:
1. Lagu pilihan korang, tak semestinya pengunjung suka. Setiap orang berbeza citarasa.
2. Pengunjung dengar radio, tapi masuk blog korang tetiba bunyi lagu pilihan korang sangat kuat pula terpasang (walaupun radio aku terpasang perlahan je bunyi). Tergagap nak perlahankan.Tempat letak javascript untuk lagu pilihan pula berbeza-beza, ada yang letak kat atas, kat tepi kanan, tepi kiri, bawah dan sebagainya. Sementara nak cari butang nak berhentikan lagu itu, sempat kena jeling dek rakan sepejabat kerana menganggu mereka.
3. Atau pengunjung jenis on speaker tapi tak pasang apa-apapun, masuk blog korang tetiba kena ambush dengan lagu-lagu pula, sama situasi dengan no (2), kena jeling dek rakan sepejabat atau lebih teruk kena soundsistem pulak.

Aku cadangkan, kalau nak pasang lagu juga, sila pasang yang manual play. Orang nak dengar dia tekan play. Bukan auto. Faktanya ialah, orang tak masuk blog untuk dengar lagu..:)

Maaf sekiranya catatan ini melukakan hati blogawan yang ada blog bunyi-bunyi.

Nak Bicara Pasal PPMSI Jugak.....

Hehe, bukan apa, banyak blog sedang bicara pasal PPMSI. Mungkin aku sudah terlambat tetapi tidak bermakna aku tidak ada pendapat dalam soal ini. PPMSI adalah abbreviation kepada Pembelajaran dan Pengajaran Matematik dan Sains Dalam Bahasa Inggeris. Oh Beza abbreviation dengan acronym ialah apabila huruf-huruf diambil menjadi singkatan tidak boleh disebut menjadi satu perkataan, contoh lain, PKR untuk Parti Keadilan Rakyat. Manakala acronym pula ialah singkatan yang boleh disebut menjadi satu perkataan baru, contoh seperti UMNO, PAS, MARA (sekadar menyebut beberapa contoh).

Okey, apa pendapat aku berkenaan PPMSI? Hapuskan! Hapuskan! Hapuskan!. Kenapa aku kata hapuskan? Sebab aku melihat adik-adik aku yang duduk kampung tidak mampu ikut pun proses pembelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris. Balik rumah minta tolong mak ajar buat matematik dan sains (tolong ambil nota buku teks dalam bahasa inggeris, buku rujukan juga dalam bahasa Inggeris), mak pun tak boleh tolong. Mak tak sekolah tinggi, tak faham Inggeris, jadi bagaimana hendak menolong anak-anak buat kerja sekolah? Hanya bergantung kepada simbol-simbol semata-mata. Nak baca? Haram tak faham.

Yes, aku datang dari latar keluarga tipikal kampung yang berdialek Besut (dialek Besut similar to dialek kelantan tetapi ada perkataan yang berbeza) dan jarang pergi keluar dari Terengganu. Jadi bolehlah dikatakan, bahasa Melayu rasmi pun menjadi sesuatu yang asing dan tidak pernah dituturkan apatah lagi bahasa Inggeris. Aku pun belajar cakap bahasa Melayu rasmi hanya apabila kena keluar dari Terengganu. Bahasa Inggeris? Hanya bermula 6tahun lepas secara intensifnya ketika aku mula bekerja di syarikat yang turut memayungkan ramai expatriates.

Bagaimana, seorang kanak-kanak kampung yang dibesarkan dalam dialek kenegerian apabila masuk sahaja darjah 1 bukan sahaja didedahkan dengan bahasa Melayu rasmi tetapi turut kena belajar Matematik dan Sains dalam bahasa yang auuu..tak pernah dengar pun?

Aku bercakap dari pengalaman, aku bijak dalam Matematik dan Sains. Bukan riak okey, tapi nak bagitau yang aku berjaya dapat A1 (SPM) dan A(PMR) apabila belajar dalam bahasa Melayu. Aku sangat ragu keputusan aku akan jadi sebaik itu kalau diajar dalam bahasa Inggeris. Inggeris aku pun cukup-cukup makan sahaja, macammana nak faham pelajaran yang diajar dalam bahasa yang aku tak berapa faham? Silap-silap mahu aku tak lulus peperiksaan sebab tak faham masa belajar.

Satu lagi yang aku tak faham dengan Kementerian Pendidikan / Pelajaran di Malaysia ialah, cepat sangat buat keputusan tanpa buat kajian. Aku masih teringat semasa aku di tingkatan lima, mereka tiba-tiba ubah paper Inggeris kepada English 1119 untuk SPM. English 1119 merupakan Inggeris GCE O Level. Bukan aku kata English 1119 tidak bagus, sudah tentu ia bagus, TETAPI...peperiksaan SPM bulan Nov, Januari tahun yang sama tukar format. Buku teks baru belum dibuat, semua tiada sampai cikgu pun tak tahu macammana nak mengajar. Sampai cikgu sendiri mengeluh ubah format laju...apapun tak ada lagi.

Begitu juga dengan PPMSI. Kaji dulu baru buat. Ini buat dulu lepas tu bentang didewan rakyat kata 'oooo peratusan yang jawab dalam BI tinggi, yang lulus pun tinggi bla bla bla' Terfikir kah, yang jawab dalam BI tu sebenarnya tak tahu pun dia boleh jawab dalam Bahasa Melayu?


Wednesday, March 04, 2009

Bawah Pokok Pun Pokoklah

Kahkahkah? Are you kidding? Under the tree? There are so many places they can go, why under the tree? Bukankah dalam surat khabar semalam berkata, kalau tak boleh buat disitu, mereka boleh buat di kedai kopi. Nasib tak hujan kan? Kalau hujan parah lak.

3 Mac 09 dalam sejarah. Pokok tersebut akan diwartakan sebagai warisan sejarah oleh UNESCO. Aku masih geli hati. Orang sibuk kejatuhan ekonomi nak survive bagi duit bayar buku untuk anak-anak, kita sibuk buat sejarah mesyarat bawah pokok. Damn it sound funnier and funnier!

SMART Tunnel atau Tak SMART Tunnel?



Petang semalam jalan sangat sesak. Iya, taklah sesak luar biasa bagi aku tetapi sebagai pengguna Lebuhraya Mahameru dan Jalan Tun Razak yang setia, keadaan semalam lebih sesak daripada biasa. Dari Mahameru sudah nampak trak bomba parking di tepi jalan arah bertentangan.

Aku membuat andaian kemalangan teruk. Ingat, hujan + jalanraya licin = kemalangan. Tetapi rupanya ada persamaan lain, hujan + lebat = balai bomba Jalan Ipoh di naiki air. Air sungai Kelang melimpah ruah. Habis Jalan Ipoh di tenggelami air yang sangat keruh dan tinggi tentunya. 2Meter.. dah lebih dari ketinggian aku!

Tertanya-tanya aku, dimana SMART Tunnel yang aku kagumi itu? Tidak berfungsi? Tak mampu menahan jumlah air hujan yang keterlaluan? Wait seminit, bukankah SMART Tunnel diwujudkan untuk mengelakkan kejadian banjir di tengah Kuala Lumpur?

Kita sama-sama lihat, nanti apalagi alasan pihak pengurusan longkang besar Kuala Lumpur itu. Dulu sewaktu banjir kilat yang besar disekitar kawasan Jalan Masjid India sewaktu SMART Tunnel di buka, alasannya ialah fungsi untuk persediaan banjir belum siap sepenuhnya. Jadi apabila sudah dua tahun SMART Tunnel di buka, apa alasannya?

Gambar dari Utusan Malaysia

Tuesday, March 03, 2009

Perak Oh Perak

Entahlah, sehari dua bercakap pasal Perak..itu menarik. Tetapi lama kelamaan dah tak menarik. Macam-macam berlaku. Dari kejatuhan kerajaan Pakatan Rakyat secara tragisnya kepada penubuhan kerajaan Barisan Nasional yang penuh drama.

Bermula dari baring-baring depan kereta dan berterusan hingga ke hari ini. Sungguh tak larat aku nak ikuti. Bubarkan sahajalah kerajaan lama dan baru. Pilihanraya negeri. Masa tu kita tengok siapa yang sebenarnya rakyat suka. Tak susah pun... tak payah menyusahkan benda yang mudah. Mungkinkah pilihanraya akan diadakan selepas Najib naik jadi PM? Kalau sebelum dan kalah, takut tak sempat jadi PM pula.. :)