Thursday, February 05, 2009

Tak Sempat Merasa Camry...

Tengok berita malam tadi berkenaan BN dah dapat majoriti DUN di PERAK sebab ada tiga ekor katak main lompat-lompat bersama seekor katak super puru lompat kanan kiri kanan balik, aku tiba-tiba teringat Perak baru je dapat Camry baru. Menteri Besar nya pun belum merasa, katanya bagi kat orang lain dulu. Kereta dia okey lagi. Kesian...tak sempat nak merasmikan Camry. :).

Dalam masa yang sama aku rasa nak tergelak, terutama kepada Anwar Ibrahim. Minta maaf lah penyokong susah mati beliau ya. Berapa kali Anwar buat dakwaan ahli Parlimen BN akan jadi katak ke PR? Ingat lawak 16 September? Walaupun selepas 16 September, Anwar masih tetap kata beliau ada cukup katak untuk melompat.

Dan akhirnya, nah...BN yang dicanang-canangkan akan jadi pembangkang selepas 16 September mungkin dapat kuasai Perak pula. PR tak ada cukup dana kot untuk menguasai mata katak-katak? Kena tulis proposal hantar kat pertubuhan-pertubuhan lagi ni. Baru dapat fund banyak. Baru senang nak ajak katak melompat! Sedap juga sesekali BN buat kejutan, selalunya PR je yang mendakwa ada katak, tengok tengok katak dia yang melompat. Tak ke terkedu? BTW, Siapa yang memulakan revolusi mencari katak kalau bukan ahli parlimen Permatang Pauh kan? :)

Tapi satu je aku tak berkenan dengan berita malam tadi, BN nak dapat majoriti dapatlah. PR nak tumbang-tumbanglah. Aku tak berkenan apabila pembaca berita membaca 'MB Perak hanya sekadar boneka sebab DAP yang menang besar, yang lebih berkuasa membuat keputusan bla bla and bla. Hanya ada 3 kerusi dimenangi oleh PAS dan hanya seorang menjadi exco. Itupun SEKADAR menjadi EXCO berportfolio Agama Islam bla bla bla'

SEKADAR??? SEKADAR??? Apa jaga bahagian agama tu levelnya rendah ke? Tak sama taraf dengan exco lain? Pasal jaga bahagian agama je???? JER??? Kat akhirat nanti, yang JER tu lah yang kau bawa mengadap hari pengadilan. Bukan duit emas bukan banglo lima tingkat, bukan tanah rizab kerajaan, bukan tanah lot, bukan lori 3 tan dan sebagainya.

3 comments:

Anonymous said...

sbb DAP tau org islam cuma sayang agama la dia kasi PAS jaga bahagian agama saja.

yg potfolio lain2 DAP kaut ..... tanah..tanah ....tanahhh....999tahun....kg. baru....tender camry...ngeh ngeh ngeh ...

peon pencen.

sueshana said...

Tak cukup zaman kanak2, bila dah tue pun masih nak main lompat2...kuat lagi ke tulang tu...nanti kang haus plak tulang tu, tak ke nanya je...

p/s : bos den yg cakap tulang dia makin haus, macam ne tulang leh haus pun den tak tau. Macam tayar keta plak...makin haus bila banyak brek...huhuhu..

aloha said...

Xsempat aku nak apply tanah 999 tahun kat Perak... :(