Friday, February 27, 2009

Nyaris Nak Melanggar Teksi Bangang

Posted by Picasa


Pagi ini hujan renyai-renyai, jalan basah. Macam biasalah laluan rasmi aku pergi kerja Jalan Tun Razak ke Lebuhraya Mahameru naik ke KL Sentral turun ke Jalan Bangsar. Walaubagaimanapun hari ni aku nyaris langgar teksi bangang. Well, bila aku kata nyaris, maksudnya betul betul nyaris.

Waktu aku keluar dari Mahameru nak ke KL Sentral turun ke Jalan Bangsar, orang biasa lalu sedia maklum, kat sini selekoh dia memang cantiklah. Hari-hari aku layan selekoh dia ni, jadi sudah biasa lah. Tengah aku berselekoh, (macam biasa aku di lorong kanan), ada teksi sudah berhenti di lorong kanan as of tak tahu nak jalan ke mana. Dia nak pergi ke kiri tetapi sudah termasuk lorong kanan maka dengan penuh bijaknya berhenti terus di atas jalan.

Kelam kabut aku tekan brek, jalan licin brek pun bergerak lagi, kereta sudah hampir hilang kawalan, gelong ke kiri dan ke kanan sebab jalan licin. Aku tarik handbrek sekali. Hampir 2 inci dari teksi tersebut baru berhenti. Dia dengan sengih-sengih muka tak berpelajaran ke kiri dan blah. Tak angkat tangan, cuma sengih macam orang cacat akal.

Nasib baik, kereta di belakang jauh dari aku. Kalau tidak, dua-dua dah makan divider. As of aku hampir makan divider semasa kereta aku berpusing 45 darjah tadi. Oh entry ini entry mencurse pemandu teksi sindrom down itu. Kalau dah salah jalan, bagi signal la babun atau jalan terus buat u-turn dimana-mana. Apa masalah kena berhenti ditengah-tengah selekoh yang orang dari jauh tak nampak? Nak cepat mati? Pergi lompat bangunan, jangan menyusahkan pemandu lain.

Aku bersyukur, kereta dan aku selamat sejahtera dan selamat sampai ke pejabat.

3 comments:

kui said...

nyaris.. hehe

alhamdulillah ko slamat ezza.. kang tpksa baca entry ko dr spital lak... kkekekekek

ezza erisa said...

alamak..kat hospital kalau gomen tu takdak wifi lak rasanya..tak dapat nak berblog...kekekek

kay karim said...

lucky you...
kalu kena tuh satu hal plak nak report polis, claim insurance..
walaupun teksi tuh yg salah, u ttp kn byr saman sbb langgar dr blakng right??