Friday, February 20, 2009

McDonalds Terdesak...



Untuk besarkan gambar, sila click di gambar itu sendiri.

Aku nampak flyer ini diselitkan di dalam setiap peti surat untuk setiap rumah di kawasan apartment buruk aku. Dah nampak macam terdesak sangat McDonalds ni. Kalau tidak, takkan sampai hantar flyer minta orang jangan terpengaruh dengan erti kata lain berhenti boikot McD oi... :D

Apapun aku suka dengan langkah terbaru McDonalds Malaysia, dari jam 12-3 petang hari bekerja harga makanan jadi RM5.95. Itu sesuatu. Perlu diingatkan, aku tak sertai kempen boikot barangan Amareka. Perlu juga diingatkan aku masuk McDonalds 1 tahun sekali ada kot? Or less than that?

Dari dulu aku tak suka McDonalds. Bukan sebab dia barangan Amareka tetapi sebab dia overprice. Burger sebiji, fries dan air secawan sampai berbelas ringgit? Bagus juga ada kempen boikot barangan Amareka jadinya mereka kena datang dengan pendekatan berbeza. Nak orang datang, harga kena murahlah.

Aku rasa ada dua sebab kenapa orang kurang pergi fastfood secara generalnya. Ya, satu sebab nyata, yang ikut kempen boikot barangan Amareka satu hal. Sebab yang kedua, kuasa beli rakyat semakin kecil. Kalau ada duit lebih, mereka lebih suka nak menabung untuk hari hujan (terjemahan langsung raining day, hahaha)...oh hari susah. Ramai orang kena berhenti kerja, apalah sangat tak makan McDonalds sebulan kan?


Sesiapa yang nak telefon atau email McDonalds, dipersilakan berbuat demikian. Di Flyer yang aku sertakan di atas jelas tertulis nombor telefon yang boleh dihubungi. :)

Posted by Picasa

7 comments:

Anonymous said...

hahaha... kelakar... :D

e said...

b4 dia pun da bnyk kuar kt paper bg statement mcm ni msa tgh hot kempen boikot ni da thp kronik ler ni

kuizikel said...

heheh sian... mesti sales menjunam kan...mkn beger lebai je la, jimat dan sedap lagi :)

Alias Mohd Yusof said...

Selain dari kesan boikot, Mc Donald juga terjejas adalah disebabkan ekonomi dunia tengah merudum.
Bila ekonomi teruk, ramai orang kena buang kerja. Bila tak ada kerja duit pun susah nak dapat, maka orang-orang ini dah tak boleh nak bermewah makan Mc Donald yang harganya lebih mahal itu.
Orang mula masak sendiri atau makan nasi campur kat warong untuk berjimat.
Tak makan Mc Donald pun orang tak mati.

Anonymous said...

sekali masuk mcD dgn anak² hnya makan burger ( 5 org ) air 2 je..sbb boleh refill pun dekat2 rm 50.

amoi said...

ari tu aku tgk mcD kosong giler kat mid veli...siyes tak pernah tgk kosong macam tu...

marilah sama2 boikot mcD...mkn ramly burger jek pon best jugak kan?

Hashim said...

Anak saya pulang dari sekolah bawak pamplet boikot barangan isreal. Alhamdulillah sampai sekarang tak nak dia makan KFC MD, PizzaHut