Tuesday, February 10, 2009

Kucing Sama Kucing Bercakar, Tikus Gembira di Tepi Gantang..

Hehe begitulah pendapat aku berkenaan Karpal Singh vs Anwar Ibrahim ditonton oleh Najib. Kelakar pula apabila Karpal sibuk-sibuk nak tarik DAP keluar dari Pakatan Rakyat.

Apakah Karpal tidak sedar, tanpa Pakatan Rakyat DAP tidak mungkin mendapat tempat dihati kebanyakan pengundi Melayu? Dan strategi lawan 1-1 di setiap kawasan undi merupakan satu strategi yang berjaya. Pembangkang dibawah satu payung, bukan 2-3 payung supaya undi tidak terpecah dua-tiga.

Jadi apabila Karpal berkata DAP mungkin keluar dari Pakatan Rakyat disebabkan isu Anwar menggalakkan lompat parti... aku rasa nak tergelak. Yes, bolehlah keluar...tetapi pastinya impian nak memerintah Malaysia oleh DAP dan Pakatan Rakyat (PAS, PKR) payah sikitlah tercapai. Sebab sudah ada perpecahan undi.

Aku suka jawapan Anwar Ibrahim apabila ditanya berkenaan Karpal yang marah-marah dalam sidang akhbar, jawapannya sangat professional, tiada riak marah dalam kenyataan balasnya.

Oh ketika kucing dengan kucing bercakar, terfikirkah anda siapa yang menonton dari tepi dan bersorak riang? Kalau ada silap faham, selesaikanlah elok-elok.

0 comments: