Tuesday, February 17, 2009

Kenapa Khir Toyo Pulak Yang Sibuk?

Berkenaan gambar posisi tidur Elizabeth Wong yang menjadi isu hangat sekarang. Aku aneh kenapa Khir Toyo pula yang sibuk-sibuk suruh Elizabeth Wong berhenti dari jadi ADUN?

Ikut pemahaman aku pada berita utama semalam, Elizabeth Wong punya gambar pelbagai posisi tidur DIRUMAHnya sudah tersebar di internet dan sebagainya. Lantas Khir dengan tidak malunya berkata, kalau ahli BN yang buat dulu, merekalah yang beriya-iya suruh letak jawatan. Malah ahli BN itu tidak bertandingpun pada pilihanraya umum yang lepas bla bla bla. Jadi Elizabeth patut letak jawatan juga.

Gitulah lebih kurang ayatnya. Cik kiah tak faham.

1. Elizabeth Wong ikut pemahaman berita semalam, tidur sesorang. Chua Soi Lek vcd dulu tidur seorang kah?

2. Elizabeth Wong tidur dirumahnya, Chua Soi Lek tidur dirumahnya kah? Ikutkan Elizabeth Wong merupakan mangsa keadaan. Entah siapa yang ambil gambar, kemudian disebarkan ke internet kemudian Elizabeth Wong yang harus berhenti? Bukankah sepatutnya lahanat itu yang ditangkap dan didakwa violated privacy orang?

3. Elizabeth Wong belum berkahwin. Kalau dia tidur dirumahnya dengan pakwe dia pun, apa masalahnya? Berbeza dengan Chua Soi Lek yang dah kahwin tetapi makan perempuan lain.

4. Elizabeth tidur bogel dirumahnya. Ditempat dia berasa selamat. Apa hak orang lain nak terjah bilik tidur ADUN nak tengok gaun tidur macammana dia pakai? Bilik tidur tempat privacy. Orang lain pun bogel dalam bilik tidur, apa masalahnya? Chua Soi Lek berbogel di dalam bilik hotel bersama perempuan yang bukan isterinya. Ini baru isu moral.

Oh aku bukan nak ungkit cerita Chua Soi Lek sebab dia pun dah mengaku salah tetapi alang-alang Khir Toyo nak buat perbandingan, buatlah perbandingan betul-betulkan. Jangan samakan makan tempe boleh tegang kulit muka sama macam cucuk botox!

Nak resign ke taknak resign ke, ikut suka kau lah. Kalau kau hadap lagi mengadap rakyat selepas mereka tengok gambar-gambar kau, kira belasah jelah teruskan. Tapi eee malu gak kan? :D


2 comments:

Kujie said...

mentadak mentadu.... cik ezza tidoQ lagu mana?

wahhh..dia tidoQ menonggeng!

ha ha ha..... esk pic keluar kt youtube.

zairulkm said...

cik ezza...kes eli ni merupakan tragedi kepada kebebasan wanita di M'sia, sepatutnya wanita se-Malaysia bangun memberontak.

Namun hanya Wanita MCA,PKR & PAS yg bersuara, mana suara Wanita UMNO,SIS & NGO lain yg cukup lantang selama nih.

Ingat x lagi kes YB Fong berkaitan kes `bocor' Parlimen dulu, pun sama, wanita MCA juga membela wanita se`kaum'nya w/pun berbeza politik.

Agaknya bila photo kurang sopan Rafidah,Shahrizat,Azalina tersebar dlm internet, barulah heboh nak buat mcm2 Akta.

Namun atas dasar moral, Ely harus letak jawatan terlebih dahulu. Itu yang sebaiknya, masyarakat kita x boleh terima seks sebelum perkahwinan.

p/s jaga2 Ezza...dah check bilik & bilik air you? mana tahu ada cctv sesat...hahaha