Monday, February 23, 2009

Bukan Review, Sekadar Pujian - Geng: Pengembaraan Bermula, Upin dan Ipin


Tak pernah aku tengok panggung MBO di Galaxy Ampang meriah sampai kena queue panjang kecuali kalau cerita yang sangat ditunggu ramai. Contoh, Lord of the Ring, Star Wars, Spiderman, Pirate of the Caribbean dan semua cerita dengan seangkatan dengannya. (Tolong ambil nota, semua cerita ini adalah dalam bahasa inggeris)

Dimulai dengan hari jumaat apabila aku bergoogle talk dengan
mekda, (blog ini private so tak payahlah sibuk-sibuk klik ya. Mengajak mekda menonton upin dan ipin. Ayat standard aku ialah 'kita selalu tengok kartun orang putih, apa salah sokong filem animasi tempatan pula'. Dan ya, kami pun terkedek-kedek ke MBO di Galaxy Ampang sebab selalu panggung ini memang tak ramai orang pun.

Sampai jam 2 petang hari Sabtu, tengok announcement, walaweh...full house dari pagi ke malam. Ndak tak hendak beli tiket untuk hari ahad jam 8.45 malam. Semalam bila pergi jam 8 malam, tengok announcement, tiket untuk semalam semua dah sold out. Walaweh...bangga dan kagum.

Kuat juga penangan cerita kartun ya, aku rasa orang yang tak pernah pergi masuk panggung pun, pergi semata-mata nak tengok kartun ni. Ada beberapa sebab mengapa aku rasa filem ini sukses

1. Pengenalan kepada watak Upin dan Ipin sudah berlangsung selama dua tahun. Budak-budak memang sudah kenal watak ini. Watak kegemaran mereka. Jadi apabila ada filem mereka, sudah tentu budak-budak mendesak ayah dan ibu mereka membawa ke panggung.

2. Kalau satu keluarga ada 3 anak, termasuk ibu bapa..sudah lima tiket terjual. Berbanding filem genre romantik atau aksi....paling kuatpun pasangan bercinta yang masuk tengok. Jumlah tiket terjual dua sahaja.

3. Cerita ini menarik dan kelakar. Ada banyak elemen digabungkan. Alangkan aku yang tua ni pun boleh tergelak sakan, apatah lagi budak-budak kan?

Tak pernah ada filem berbahasa melayu yang memberikan fenomena ini diwayang. Tiket sold out, panggung penuh. Dan kepada pengarah dan produser lain, tolong ambil nota, jangan duk keji-keji penonton wayang lagi sudah. Tak suka tengok cerita melayu la,, tak sokong anak tempatan la. Bullshit la itu semua. Terbukti rakyat Malaysia bukan taknak pergi tengok cerita melayu kat wayang, kalau kena gaya penuh panggung. Kalah cerita orang putih. Rakyat Malaysia menunggu cerita yang 'worth to money value'. Kalau takat cerita sifu dan tongga lepas tu dengan tak malu claim sebagai cerita paling kelakar tahun 2009....wekkkkkkk...nak muntah.

Sekali lagi, tahniah kepada barisan produksi Geng: Pengembaraan Bermula - Upin dan Ipin. You deserved thumb up! Well done. :)

6 comments:

Papysnow said...

Thank you for supporting GENG!!!
and the awesome writeup!!!

Kita sangat gembira dan bangga sebab ade penyokong-penyokong cam korg yg menghargai hasil kerja tempatan yg berkualiti~

You guys are part of the success!!
:D

amoi said...

yup..sangat best!! 2 thumbs up

aizam said...

kawe duk kapung ni susoh tgk waye cik kioh eh.. minat jgk nok tgk cito geng ni cik kioh

mayatkeras said...

Watak Rajoo nampak lebih menonjol dari Upin & Ipin

greengrass said...

Mmg boleh dibanggakan bila ada cite kartun melayu/malaysia. Aku 1st day lg dah pegi. Pagi beli tiket. Ptg suprise kat anak2. Kiranya 5 tiket kena beli.

Jln cerita agak baik gak la. Tp yg aku perasan (x tau la korang perasan ke x) Rajoo lebih menonjol dr yg lain. X salah rsnya Rajoo hero cite ni. Bila ingat balik aku rs dlm The Geng yg diaorg menang award kat short film dulu upin & ipin x de. Ni saje masukkan nak tarik penonton yg mmg gilekan upin ipin. Pandai gak diaorg punya trick. Lgpun klau korang tgk poster dia pun letak 'Penampilan Istiewa Upin & Ipin'. Ala2 pelakon jemputan gitu...

*aizam: tu la demo duk kapung. acu mari jale alik key el ni etek. kapung demo mano ado panggung. haha. siye molek....

Anonymous said...

Aku boikot citer melayu sebab protes ketuanan melayu.