Thursday, February 12, 2009

2.7%, Dan Kambing Tergolek Keriangan

Tarif elektrik turun 2.7%. Lepas tu pengumum dengan penuh ceria beritahu 'Ini bermakna sekiranya anda sebelum ini membayar RM150 untuk bil elektrik sebulan, kini anda HANYA perlu membayar RM143.00' <-- Matematik mana punya kira pun aku tak pastila pula....

Yeay yeay yeay.... RM7 boleh buat beli maggi sebulan! Horray.

Aku ada sedikit muskhil dengan bil elektrik sebenarnya. Apabila sampai bil dia tulis N (N = anggaran). RM30 - RM40 sebulan. Kemudian beberapa bulan kemudian sampai bil E (E = bil sebenar) adalah dalam RM60-80 sebulan.

Ok aku suarakan kemuskhilan aku, yang anggaran tu macammana dia anggar, yang bil sebenar tu macammana pula dia kira? Bukankah lebih mudah jika bagi bil sebenar sahaja tiap-tiap bulan? Kalau anggar kenapa anggar 30-40? Kenapa tak bawah RM20? Baru dapat percuma elektrik rumah aku. Kenapa? Bagaimana? Siapa? Pandai-pandai lak anggar sekian sekian.

Satu lagi selain bil anggaran, bil sebenar....siapa boleh pastikan bil sebenar tu benar? Bukan apa, siapa check kapasiti penggunaan elektrik dia setiap bulan dengan tepat?

Sekian, aku yang tak faham dan moskhil.

2 comments:

Hashim said...

Kat tempat saya kalau pagar tutup dia org buat anggaran kalau pagar bukak x kunci terus actual...
Tapi sentiasa kena cek cik kiah kerana kdg kdg dia org main tekan je numbor tu...

ezza erisa said...

rumah cik kiah takde pun meter...
nak check kat mana? huhuh

duk di apartment...