Friday, February 27, 2009

Yea Yea Tol Naik Yea!

Ayat standard - kenaikan tidak membebankan pengguna
Ayat standard - kenaikan ini sepatutnya pada 1 Januari 2008
Ayat standard - adoi tol naik lagi...mati la
Ayat standard - taknak bayar tol, lalu jalan biasa la
Ayat standard - Menteri terkejut apabila Menteri Pengangkutan mengumumkan kenaikan tol
Ayat standard - PM suruh kaji balik kenaikan kadar tol
Ayat standard - (banyak sangat, tak tahu nak dialogkan yang mana satu)

Ayat-ayat standard yang entahlah, muak dengar. Takkan masa nak naik tu tak mesyuarat kabinet dulu kan? Takkan pandai mandai je Menteri Pengangkutan buat sidang akhbar umum kenaikan? Entahlah... bosan..

Orang sibuk nak survive selepas diberhentikan dalam keadaan ekonomi merudum, pihak tertentu sibuk nak naikkan harga itu ini. Mana budget mini, budget itu dan ini itu pergi?

Nyaris Nak Melanggar Teksi Bangang

Posted by Picasa


Pagi ini hujan renyai-renyai, jalan basah. Macam biasalah laluan rasmi aku pergi kerja Jalan Tun Razak ke Lebuhraya Mahameru naik ke KL Sentral turun ke Jalan Bangsar. Walaubagaimanapun hari ni aku nyaris langgar teksi bangang. Well, bila aku kata nyaris, maksudnya betul betul nyaris.

Waktu aku keluar dari Mahameru nak ke KL Sentral turun ke Jalan Bangsar, orang biasa lalu sedia maklum, kat sini selekoh dia memang cantiklah. Hari-hari aku layan selekoh dia ni, jadi sudah biasa lah. Tengah aku berselekoh, (macam biasa aku di lorong kanan), ada teksi sudah berhenti di lorong kanan as of tak tahu nak jalan ke mana. Dia nak pergi ke kiri tetapi sudah termasuk lorong kanan maka dengan penuh bijaknya berhenti terus di atas jalan.

Kelam kabut aku tekan brek, jalan licin brek pun bergerak lagi, kereta sudah hampir hilang kawalan, gelong ke kiri dan ke kanan sebab jalan licin. Aku tarik handbrek sekali. Hampir 2 inci dari teksi tersebut baru berhenti. Dia dengan sengih-sengih muka tak berpelajaran ke kiri dan blah. Tak angkat tangan, cuma sengih macam orang cacat akal.

Nasib baik, kereta di belakang jauh dari aku. Kalau tidak, dua-dua dah makan divider. As of aku hampir makan divider semasa kereta aku berpusing 45 darjah tadi. Oh entry ini entry mencurse pemandu teksi sindrom down itu. Kalau dah salah jalan, bagi signal la babun atau jalan terus buat u-turn dimana-mana. Apa masalah kena berhenti ditengah-tengah selekoh yang orang dari jauh tak nampak? Nak cepat mati? Pergi lompat bangunan, jangan menyusahkan pemandu lain.

Aku bersyukur, kereta dan aku selamat sejahtera dan selamat sampai ke pejabat.

Monday, February 23, 2009

Bukan Review, Sekadar Pujian - Geng: Pengembaraan Bermula, Upin dan Ipin


Tak pernah aku tengok panggung MBO di Galaxy Ampang meriah sampai kena queue panjang kecuali kalau cerita yang sangat ditunggu ramai. Contoh, Lord of the Ring, Star Wars, Spiderman, Pirate of the Caribbean dan semua cerita dengan seangkatan dengannya. (Tolong ambil nota, semua cerita ini adalah dalam bahasa inggeris)

Dimulai dengan hari jumaat apabila aku bergoogle talk dengan
mekda, (blog ini private so tak payahlah sibuk-sibuk klik ya. Mengajak mekda menonton upin dan ipin. Ayat standard aku ialah 'kita selalu tengok kartun orang putih, apa salah sokong filem animasi tempatan pula'. Dan ya, kami pun terkedek-kedek ke MBO di Galaxy Ampang sebab selalu panggung ini memang tak ramai orang pun.

Sampai jam 2 petang hari Sabtu, tengok announcement, walaweh...full house dari pagi ke malam. Ndak tak hendak beli tiket untuk hari ahad jam 8.45 malam. Semalam bila pergi jam 8 malam, tengok announcement, tiket untuk semalam semua dah sold out. Walaweh...bangga dan kagum.

Kuat juga penangan cerita kartun ya, aku rasa orang yang tak pernah pergi masuk panggung pun, pergi semata-mata nak tengok kartun ni. Ada beberapa sebab mengapa aku rasa filem ini sukses

1. Pengenalan kepada watak Upin dan Ipin sudah berlangsung selama dua tahun. Budak-budak memang sudah kenal watak ini. Watak kegemaran mereka. Jadi apabila ada filem mereka, sudah tentu budak-budak mendesak ayah dan ibu mereka membawa ke panggung.

2. Kalau satu keluarga ada 3 anak, termasuk ibu bapa..sudah lima tiket terjual. Berbanding filem genre romantik atau aksi....paling kuatpun pasangan bercinta yang masuk tengok. Jumlah tiket terjual dua sahaja.

3. Cerita ini menarik dan kelakar. Ada banyak elemen digabungkan. Alangkan aku yang tua ni pun boleh tergelak sakan, apatah lagi budak-budak kan?

Tak pernah ada filem berbahasa melayu yang memberikan fenomena ini diwayang. Tiket sold out, panggung penuh. Dan kepada pengarah dan produser lain, tolong ambil nota, jangan duk keji-keji penonton wayang lagi sudah. Tak suka tengok cerita melayu la,, tak sokong anak tempatan la. Bullshit la itu semua. Terbukti rakyat Malaysia bukan taknak pergi tengok cerita melayu kat wayang, kalau kena gaya penuh panggung. Kalah cerita orang putih. Rakyat Malaysia menunggu cerita yang 'worth to money value'. Kalau takat cerita sifu dan tongga lepas tu dengan tak malu claim sebagai cerita paling kelakar tahun 2009....wekkkkkkk...nak muntah.

Sekali lagi, tahniah kepada barisan produksi Geng: Pengembaraan Bermula - Upin dan Ipin. You deserved thumb up! Well done. :)

Friday, February 20, 2009

McDonalds Terdesak...



Untuk besarkan gambar, sila click di gambar itu sendiri.

Aku nampak flyer ini diselitkan di dalam setiap peti surat untuk setiap rumah di kawasan apartment buruk aku. Dah nampak macam terdesak sangat McDonalds ni. Kalau tidak, takkan sampai hantar flyer minta orang jangan terpengaruh dengan erti kata lain berhenti boikot McD oi... :D

Apapun aku suka dengan langkah terbaru McDonalds Malaysia, dari jam 12-3 petang hari bekerja harga makanan jadi RM5.95. Itu sesuatu. Perlu diingatkan, aku tak sertai kempen boikot barangan Amareka. Perlu juga diingatkan aku masuk McDonalds 1 tahun sekali ada kot? Or less than that?

Dari dulu aku tak suka McDonalds. Bukan sebab dia barangan Amareka tetapi sebab dia overprice. Burger sebiji, fries dan air secawan sampai berbelas ringgit? Bagus juga ada kempen boikot barangan Amareka jadinya mereka kena datang dengan pendekatan berbeza. Nak orang datang, harga kena murahlah.

Aku rasa ada dua sebab kenapa orang kurang pergi fastfood secara generalnya. Ya, satu sebab nyata, yang ikut kempen boikot barangan Amareka satu hal. Sebab yang kedua, kuasa beli rakyat semakin kecil. Kalau ada duit lebih, mereka lebih suka nak menabung untuk hari hujan (terjemahan langsung raining day, hahaha)...oh hari susah. Ramai orang kena berhenti kerja, apalah sangat tak makan McDonalds sebulan kan?


Sesiapa yang nak telefon atau email McDonalds, dipersilakan berbuat demikian. Di Flyer yang aku sertakan di atas jelas tertulis nombor telefon yang boleh dihubungi. :)

Posted by Picasa

Thursday, February 19, 2009

My 14 February - Tunggu Punyalah Lama

Sofa murahan yang baru sampai pada 14 Februari. Hampir sebulan selepas tempah dari kedai perabut. Aku suka pasal ada warna merah. Warna kegemaran aku. Dan hitam kusyen tu pula supaya tak perlu la risau-risau kalau makanan tumpah. Tak nampak kotor. Hahahah. Kata-kata orang pemalas.

Bila dah sampai kusyen ni selepas sebulan duk mimpi-mimpi baring atas sofa baru, dan sofa dah sampai, baru aku perasan, ianya sangat padan dengan barang lain. Tikar merah, speaker tv hitam. Kotak speaker tv merah, rak tv pun hitam. Pendek kata, lepas ni kalau aku nak beli barang, nak kena cari samada hitam atau merahlah.




Ayu lepaking atas sofa baru. Habis melekat bulu dia jelah. Ini gambar bogel ayu. Harap jangan sebarkan nanti sian dia, kena letak jawatan sebagai KDUN (kucing dewan undangan negeri) Bukit Setiawangsa pula!





Posted by Picasa

Tuesday, February 17, 2009

Kenapa Khir Toyo Pulak Yang Sibuk?

Berkenaan gambar posisi tidur Elizabeth Wong yang menjadi isu hangat sekarang. Aku aneh kenapa Khir Toyo pula yang sibuk-sibuk suruh Elizabeth Wong berhenti dari jadi ADUN?

Ikut pemahaman aku pada berita utama semalam, Elizabeth Wong punya gambar pelbagai posisi tidur DIRUMAHnya sudah tersebar di internet dan sebagainya. Lantas Khir dengan tidak malunya berkata, kalau ahli BN yang buat dulu, merekalah yang beriya-iya suruh letak jawatan. Malah ahli BN itu tidak bertandingpun pada pilihanraya umum yang lepas bla bla bla. Jadi Elizabeth patut letak jawatan juga.

Gitulah lebih kurang ayatnya. Cik kiah tak faham.

1. Elizabeth Wong ikut pemahaman berita semalam, tidur sesorang. Chua Soi Lek vcd dulu tidur seorang kah?

2. Elizabeth Wong tidur dirumahnya, Chua Soi Lek tidur dirumahnya kah? Ikutkan Elizabeth Wong merupakan mangsa keadaan. Entah siapa yang ambil gambar, kemudian disebarkan ke internet kemudian Elizabeth Wong yang harus berhenti? Bukankah sepatutnya lahanat itu yang ditangkap dan didakwa violated privacy orang?

3. Elizabeth Wong belum berkahwin. Kalau dia tidur dirumahnya dengan pakwe dia pun, apa masalahnya? Berbeza dengan Chua Soi Lek yang dah kahwin tetapi makan perempuan lain.

4. Elizabeth tidur bogel dirumahnya. Ditempat dia berasa selamat. Apa hak orang lain nak terjah bilik tidur ADUN nak tengok gaun tidur macammana dia pakai? Bilik tidur tempat privacy. Orang lain pun bogel dalam bilik tidur, apa masalahnya? Chua Soi Lek berbogel di dalam bilik hotel bersama perempuan yang bukan isterinya. Ini baru isu moral.

Oh aku bukan nak ungkit cerita Chua Soi Lek sebab dia pun dah mengaku salah tetapi alang-alang Khir Toyo nak buat perbandingan, buatlah perbandingan betul-betulkan. Jangan samakan makan tempe boleh tegang kulit muka sama macam cucuk botox!

Nak resign ke taknak resign ke, ikut suka kau lah. Kalau kau hadap lagi mengadap rakyat selepas mereka tengok gambar-gambar kau, kira belasah jelah teruskan. Tapi eee malu gak kan? :D


Thursday, February 12, 2009

2.7%, Dan Kambing Tergolek Keriangan

Tarif elektrik turun 2.7%. Lepas tu pengumum dengan penuh ceria beritahu 'Ini bermakna sekiranya anda sebelum ini membayar RM150 untuk bil elektrik sebulan, kini anda HANYA perlu membayar RM143.00' <-- Matematik mana punya kira pun aku tak pastila pula....

Yeay yeay yeay.... RM7 boleh buat beli maggi sebulan! Horray.

Aku ada sedikit muskhil dengan bil elektrik sebenarnya. Apabila sampai bil dia tulis N (N = anggaran). RM30 - RM40 sebulan. Kemudian beberapa bulan kemudian sampai bil E (E = bil sebenar) adalah dalam RM60-80 sebulan.

Ok aku suarakan kemuskhilan aku, yang anggaran tu macammana dia anggar, yang bil sebenar tu macammana pula dia kira? Bukankah lebih mudah jika bagi bil sebenar sahaja tiap-tiap bulan? Kalau anggar kenapa anggar 30-40? Kenapa tak bawah RM20? Baru dapat percuma elektrik rumah aku. Kenapa? Bagaimana? Siapa? Pandai-pandai lak anggar sekian sekian.

Satu lagi selain bil anggaran, bil sebenar....siapa boleh pastikan bil sebenar tu benar? Bukan apa, siapa check kapasiti penggunaan elektrik dia setiap bulan dengan tepat?

Sekian, aku yang tak faham dan moskhil.

Tuesday, February 10, 2009

The Episodes Of Sleeping Ayu

Aku heran camner minah ni boleh tertidur di tepi televisyen. Dia tak sakit telinga ke?

Dari memula dia feeling sampai ketiduran


Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Ok sekian wasalam! :D


Kucing Sama Kucing Bercakar, Tikus Gembira di Tepi Gantang..

Hehe begitulah pendapat aku berkenaan Karpal Singh vs Anwar Ibrahim ditonton oleh Najib. Kelakar pula apabila Karpal sibuk-sibuk nak tarik DAP keluar dari Pakatan Rakyat.

Apakah Karpal tidak sedar, tanpa Pakatan Rakyat DAP tidak mungkin mendapat tempat dihati kebanyakan pengundi Melayu? Dan strategi lawan 1-1 di setiap kawasan undi merupakan satu strategi yang berjaya. Pembangkang dibawah satu payung, bukan 2-3 payung supaya undi tidak terpecah dua-tiga.

Jadi apabila Karpal berkata DAP mungkin keluar dari Pakatan Rakyat disebabkan isu Anwar menggalakkan lompat parti... aku rasa nak tergelak. Yes, bolehlah keluar...tetapi pastinya impian nak memerintah Malaysia oleh DAP dan Pakatan Rakyat (PAS, PKR) payah sikitlah tercapai. Sebab sudah ada perpecahan undi.

Aku suka jawapan Anwar Ibrahim apabila ditanya berkenaan Karpal yang marah-marah dalam sidang akhbar, jawapannya sangat professional, tiada riak marah dalam kenyataan balasnya.

Oh ketika kucing dengan kucing bercakar, terfikirkah anda siapa yang menonton dari tepi dan bersorak riang? Kalau ada silap faham, selesaikanlah elok-elok.

Friday, February 06, 2009

Kalau Paklah Tak Resign...

Kalau Paklah taknak letak jawatan bulan depan, Najib nak buat apa ya? Hehehe. Sama kes macam Perak, MB dia diarahkan letak jawatan tetapi tak bagi time frame. So kira kalau resign tahun 2011 pun boleh la kot?

Okay berbalik kepada soalan asal aku, kalau Paklah tiba-tiba ubah fikiran...eh tak jadilah nak letak jawatan. Aku ada hak apa....apa Najib nak buat? Perlukah Najib tidur baring didepan istana negara setiap hari? Heheheh

Jawapan: Najib tak boleh buat apa-apa. Paklah masih Perdana Menteri yang sah. Dan dilantik ikut perlembagaan. Kalau Paklah kata taknak, Najib boleh sengih-sengih sambil kembali menyulam angan-angan sahaja. :).


Please pembodek, sila design stiker kereta We love Pak Jib! Kalau boleh design lagi lawa dari design buruk We Love Paklah, okey? Hahahahaha

Saya Cadangkan..Dikosongkan sahajalah

BN tak lantik menteri besar. PR pun tiada menteri besar. Pendek kata, kita biarkan sahaja Perak tidak mempunyai pemerintah selama tiga tahun. Jimat duit gaji nak bayar MB dan exco. Boleh buat tambah pembelian kereta Toyota Camry. Silap silap boleh beli Camry yang TRD gitu! Hahaha

Kelakar lagi apabila PR tak puas hati dengan keputusan Sultan Perak. Beberapa ketika dulu seingat saya Anwar begitu sibuk nak
mengembalikan kuasa Sultan. Takkan dah kena sikit dah terngadah? Eh sekarang apabila Sultan bertitah, tak setuju pula. :)

Adoi....now saya pening. Jangan tembak saya ya commentor-commentor sekelian. Saya cuma tak faham.

Thursday, February 05, 2009

Dialog Filem Ibu Mertuaku versi Perak

Mak Mertua: Siapa Dia Kasim Selamat?
Sabariah: ADUN di Perak, mak.
Mak Metua: Apa, ADUN, di Perak pulak tu. Aku izinkan kau kawin dgn dia..pandai main lompat-lompat, mesti banyak income (sambil tak jadi cekak pinggang)

Dialog hasil perbualan YM bersama
Encik Zuhairy. :)

Tak Sempat Merasa Camry...

Tengok berita malam tadi berkenaan BN dah dapat majoriti DUN di PERAK sebab ada tiga ekor katak main lompat-lompat bersama seekor katak super puru lompat kanan kiri kanan balik, aku tiba-tiba teringat Perak baru je dapat Camry baru. Menteri Besar nya pun belum merasa, katanya bagi kat orang lain dulu. Kereta dia okey lagi. Kesian...tak sempat nak merasmikan Camry. :).

Dalam masa yang sama aku rasa nak tergelak, terutama kepada Anwar Ibrahim. Minta maaf lah penyokong susah mati beliau ya. Berapa kali Anwar buat dakwaan ahli Parlimen BN akan jadi katak ke PR? Ingat lawak 16 September? Walaupun selepas 16 September, Anwar masih tetap kata beliau ada cukup katak untuk melompat.

Dan akhirnya, nah...BN yang dicanang-canangkan akan jadi pembangkang selepas 16 September mungkin dapat kuasai Perak pula. PR tak ada cukup dana kot untuk menguasai mata katak-katak? Kena tulis proposal hantar kat pertubuhan-pertubuhan lagi ni. Baru dapat fund banyak. Baru senang nak ajak katak melompat! Sedap juga sesekali BN buat kejutan, selalunya PR je yang mendakwa ada katak, tengok tengok katak dia yang melompat. Tak ke terkedu? BTW, Siapa yang memulakan revolusi mencari katak kalau bukan ahli parlimen Permatang Pauh kan? :)

Tapi satu je aku tak berkenan dengan berita malam tadi, BN nak dapat majoriti dapatlah. PR nak tumbang-tumbanglah. Aku tak berkenan apabila pembaca berita membaca 'MB Perak hanya sekadar boneka sebab DAP yang menang besar, yang lebih berkuasa membuat keputusan bla bla and bla. Hanya ada 3 kerusi dimenangi oleh PAS dan hanya seorang menjadi exco. Itupun SEKADAR menjadi EXCO berportfolio Agama Islam bla bla bla'

SEKADAR??? SEKADAR??? Apa jaga bahagian agama tu levelnya rendah ke? Tak sama taraf dengan exco lain? Pasal jaga bahagian agama je???? JER??? Kat akhirat nanti, yang JER tu lah yang kau bawa mengadap hari pengadilan. Bukan duit emas bukan banglo lima tingkat, bukan tanah rizab kerajaan, bukan tanah lot, bukan lori 3 tan dan sebagainya.

Wednesday, February 04, 2009

Bersedudukan? Report Kat Sultan!

Pelik sungguh aku. Kedah tak ada Majlis Agama Islam ke? Kot ya pun nak jatuhkan kareer politik orang, tak perlulah sampai mengadap Sultan. Pergi report kat majlis agama sudahlah.

Apa kena mengena dengan dia bawak perempuan simpanan pergi majlis-majlis rasmi bagai? Kau rasa orang bersekedudukan berani ke bawa perempuan simpanan berjalan-jalan. Setahu aku perempuan simpanan ni...kelas kelas pelacur atasan je. Layan sorang lelaki sahaja. Diberi rumah diberi kereta etc but never to see together with forever!

Silap-silap perempuan tu isteri nombor dua dia ke? Siapa ke? Takkan sampai beranak pinak dan selamba tayang kat orang ramai kalau perempuan simpanan, sementelah dah jadi exco negeri pimpinan kerajaan bukan BN? Yang memang diketahui kena jadi sangat baik. Tak boleh silap mencarut sikit mesti keluar televisyen punya. Berpayung kuning pun masuk berita waktu perdana kan?

Kalau dah selalu bawa jalan-jalan, mesti ada gambar perempuan simpanan itu dengan anak dia kan? Takkan takde yang baik hati nak pos kan gambar exco Kedah berpegang tangan dengan dia kot? DVD macam Chua Soi Lek ada tak ya diedarkan dipasaran, nak gak tengok.

Oh soalan releven aku tadi, kenapa mengadu kat Sultan? Kenapa bukan kat Majlis Agama Islam Kedah?