Wednesday, January 28, 2009

Soalan Kepada Yang Pakai Baju Pendek

Sungguh aku tak tahu, jadi aku nak bertanya:

Kenapa kau pakai baju pendek nampak pusat kemudian selang lima saat kau tarik-tarik baju kau nak melindungi pusat kau itu?

Kenapa kau pakai baju pendek nampak perut kemudian selang lima saat kau tarik-tarik baju kau agar terlindung perut kau itu?


Kenapa kau pakai baju pendek lepas tu bonceng motor pakwe kemudian selang lima saat kau asyik tarik-tarik baju kau sebab kau terasa pemandu kereta belakang kau asyik pandang seluar dalam '5 for RM10' kau itu?

Kenapa kau pakai baju pendek lepas tu komplen-komplen asyik terselak?

Kalau kau dah tahu baju tu pendek, silap jalan sikit atau silap duduk sikit atau silap gerak sedikit nampak pusat, nampak perut, nampak seluar dalam murah lepas tu menyebabkan kau tak ada kerja lain asyik nak tarik-tarik baju ke bawah...bukankah lebih mudah pakai sahaja baju yang labuh sedikit? Yang tidak memerlukan tangan kau bekerja setiap lima saat?

Aku bukan anti orang pakai baju pendek, kau taknak pakai baju pun aku peduli apa....orang sekarang bukan boleh ditegur-tegur cumanya....what do aspect? You wearing short shirt, of course it will happen and happen and happen.

Mungkinkah siapa pakai baju pendek lebih bergaya dari orang tak pakai baju pendek? Well, siti nurhaliza tak pakai baju pendek...cantik juga kaedahnya.

Sekian dari aku yang tak faham...

3 comments:

zairulkm said...

Bravo artikel nih, dah lama sy lihat fenomena nih, bila u keluar artikel nih teringat pengalaman sy duduk bersebelahan dgn seorg ibu muda (bertudung) & baby dlm flight dr bintulu ke KL bulan lepas. Peliknya si ibu dah tahu bw baby memerlukan pergerakan fizikal, dipakainya baju yg singkat, apabila dia bergerak our-course seluar dalam nampak..peh tu malu agaknya kat saya, sebelah tangan asyik menarik baju - tak selesa!
Moral : kalu suka pakai singkat, janganlah ditarik2 baju tu bagi semua lelaki lihat sepenuhnya!

ezza erisa said...

kalu suka pakai singkat, janganlah ditarik2 baju tu bagi semua lelaki lihat sepenuhnya!

betul tu, dah pakai baju singkat tentu akan terselak..toksah la tarik2...niat utama masa pakai tu bukan nak bagi orang tengok ke? :D

Anonymous said...

hehehehe.....fesyen gamaknyer dia kata...ikut trend masa kini....sampai satu masa nanti berbogel dikhalayak ramai pun akan dikata...'Ikut trend fesyen masa kini.......apa yg ada harus di tonjolkan...'