Friday, January 30, 2009

Selangor Makin Miskin Di Bawah Pakatan Rakyat

Ah lebih kurang gitulah isi berita tv3 malam tadi. Buwekkkk. Berita melihat akan 10bulan Pakatan Rakyat di Selangor. Malam ni tentu giliran Perak atau Pulau Pinang pula. Taknak review 10 bulan negeri-negeri dibawah pentadbiran Barisan Nasional ke? Tengok maju sampai bina bangunan 800tingkat ke dalam masa 10bulan ni? Apakah berita malam tadi tu nak menutup cerita hangat katak BN lompat ke PKR?

Apa ekonomi Selangor sahajakah yang teruk? Bengap! Sekarang ekonomi tengah merudum la dol. Bukan Selangor sahaja yang lembik... seluruh dunia lembik. Itu dunia Pakatan Rakyat jugakah yang punya? Apakah kejatuhan ekonomi dunia pada ketika ini adalah disebabkan oleh pentadbiran Selangor oleh PKR yang tak reti memerintah negeri?

Kilang di Penang tutup bagai satu pesta pula tv melaporkan, almaklum Penang dikuasai parti bukan BN. Tu, kilang Panasonic tutup kat Melaka tu... ada jadi berita utama? Sekejab sahaja itupun dalam sektor ekonomi tak sampai 30saat terus beralih kepada berita lain. Melaka tu BN yang perintah. Orang tutup juga kilang!

Mungkin penyapu ini boleh menjana kembali ekonomi dunia?

1 comments:

Anonymous said...

Nobody will reveal own problem and weakness, TV3 - BN yang punya! BN's cheaplak way of handling PR. The more they try, the worst BN will be! Rakyat has awaken - we believe what we want to believe. Sink or swim, PR is our only hope!

Siti.