Thursday, January 08, 2009

Politik Racist Di Malaysia

Aku tak faham juga. Bila habis pilihanraya cakap kita kena bersatu padu..berganding bahu diantara semua kaum untuk maju. Masa nak pilihanraya sahaja, cakap pasal kaum itu, kaum ini, kaum sana dan kaum sini. Masa nak pilihanraya, kata undilah parti cap ayam, kepentingan kaum ayam akan terjaga, undilah parti cap gajah, kepentingan kaum gajah akan terpelihara.

Bukankah semua parti politik yang bertanding, seharusnya menjaga kepentingan semua rakyat jelata? Selepas semua sekali, yang menang akan jadi wakil rakyat. Wakil semua rakyat tempatnya. Pasal apa masa berkempen kena ada cerita ayam, itik, gajah dan sebagainya?

Oh dan tv dan radio sejak nak pilihanraya kecil di Kuala Terengganu sangat memualkan. Apa kejadah duk cerita Wan Farid nak berjumpa semua rakyat secara berhadapan dalam masa dua minggu ini untuk selesaikan semua masalah. Hahaha, masalah ya? Masa berkempen memang super concern. Kalau orang cakap ada anai-anai kat lantai rumah pun, silap silap dapat rumah baru. Jangan pula kalau menang, tak nampak jalan nak pulang ke Kuala Terengganu.

Eh macam berythm pula dua ayat terakhir tuh... :)
Kalau orang cakap ada anai-anai kat lantai rumah pun, silap silap dapat rumah baru. Jangan pula kalau menang, tak nampak jalan nak pulang ke Kuala Terengganu.

1 comments:

intelligence said...

A friend told me this place I have been looking for, I come, it turned out, I have not disappointed, good Blog!
runescape money