Friday, January 16, 2009

Peluang BN Semakin Cerah Di KT?

Ya ampun, menyampah aku dengar kat tv semalam, depa quote ayat Paklah. Cerah tang mana? Mengundi pun belum? Kalau setakat berdasarkan bilangan kain sarung dan kain pelikat yang diberikan kepada pengundi, aku rasa baik senyap dulu. Jangan duk buka cerita-cerita cerah lah, mantaplah dan sebagainya. Kang kalau kalah nanti, siapa yang malu? Korang yang sibuk duk bagi kain tu juga.

Paklah dipetik menyatakan pendapatnya itu semasa perasmian kambing apa tah. (Bukan aku tak tahu, aku malas sebut). Pasal rasmi rasmi ni mesti datang masa dekat-dekat pilihanraya. UITM Bukit Besi pun di rasminkan dekat-dekat pilihanraya juga kan? Pendek kata kalau nak kemajuan kena tunggu dekat pilihanraya lah. Baru dapat. Masa lain, usahkan nak dapat, nak jumpa ADUN dan MP pun macam nak jumpa AGONG. Manjang tak ada.

Antara temuramah kesian yang aku dengar semalam
Lelaki yang mendakwa dia ahli PAS tapi masuk UMNO.

'Ho, senang kate gak, kite keluar bulatang...kita masuk barisang ah' Sah orang pun tak faham. Kesian kau buat lawak sorang-sorang ya yop?

1 comments:

~ Wan Kamar Haliza said...

akk dok masuk barisang, dok dale bulatang sokmo...