Monday, January 12, 2009

Najib Melawat KUSZA, UDM Bukti BN Kotakan Janji?



Berita di TV3 menjelang musim-musim pilihanraya memang sangat memualkan, aku memang elakkan tengok berita sekarang. Kalau tak...mual dan sebu dalam perut aku waktu tengok berita dah kalah rasa mual dan sebu naik roller coaster rasanya.

Ok, pada hari Jumaat lepas berita jam lapan malam buatkan aku rasa nak muntah darah. Berkenaan pilihanraya tentunya.

Najib jalan diiringi ramai orang kat post guard pintu depan KUSZA. Kolej Agama Sultan Zainal Abidin yang ditukar namanya kepada Universiti Darul Iman pada tahun 2005 untuk rasmikan fakulti perubatan. Haha. Yang lawaknya apabila di temubual Najib dengan bangga berkata, kita kalau berjanji, mesti akan tepati. bla bla bla bla bla bla bla...buwekkkkk.

Wei, serius la. Kot ya nak berkempen janganla belit-belit ayat. KUSZA dah ada kat Gong Badak tu dari tah berapa puluh tahun lalu. 20 tahun? Apa kaitan dengan Barisan Nasional janji nak buat UDM ditepati? Kalau setakat tukar nama KUSZA jadi UDM dan claim dibuat pada tahun 2005. WTF??

Apa kata kalau pergi melawat ke Kampung Tembila, Besut (tapak cadangan kampus UDM) dan tunjuk kawasan yang belum ada apa-apa perkembangan itu. Maka itu barulah betul janji nak buat tapi lepas 3 tahun dari 2005 tak nampak bayang apa pun lagi. Ikut gambar bawah tu pun dah tahu, itu KUSZA. Huh

Dari aku bekas pelajar KUSZA eh...bekas pelajar UDM kot? Huh

4 comments:

aizam said...

dilema tembila..

Hasbullah Pit said...

elepas SPM dulu saya sudah mohon Kusza.

Dapat pula tu

1993

roslan_o said...

ada cerita best , mengenai bas2 KUSZA selepas ianya di tukar kepada UDM .

Hampir 10+ buah tersadai jadi besi buruk .

macam bas2 di KL tu ..

Ish pembaziran yg nyata . Lebih baik buat jadi bas awam tambahan di di KT ni ..

cuba usya2 tgk ..

Anonymous said...

adoyaii..btol3..aku setuju..hohoho..dh bape ribu kali aku lalu kat tembila tu..hutan je aku nengok..skang dh 2 taun aku tinggalkan bumi kusza @ UDM..takde pape new news pon..