Tuesday, January 20, 2009

Mengsensasikan Serban


Dipenjara kerana pakai serban di Malaysia

Membaca tajuk di beras padu, membuatkan aku cepat-cepat klik, mustahil la kan sebab pakai serban kena masuk penjara.
Klik Disini. Secara keseluruhannya ianya adalah petikan langsung dari laman web Kosmo yang bertajuk Gara-gara serban, kena jel dua hari tetapi diubah tajuknya untuk lebih sensasi.

Hello, hello hello. Topi keledar adalah wajib (bukan tak pakai berdosa, kot ya pun pandai agama perlulah di lihat wajib dari segi undang-undang mana kan, wajib dalam bahasa Melayu ada pelbagai pengertian) dipakai mengikut Akta Pengangkutan Jalan Raya. Nak pakai serban, pakai lah. Jangan buat cerita. Jangan ubah tajuk.

Nak pakai serban, nah pakai. Tapi waktu bawa motor, pakai lah topi keledar. Nanti kalau kemalangan, mampu ke serban tu mengelak dari kepala tu terpecah macam timun. Ya mati, ajal maut di tangan Allah tetapi janganlah sampai nak pertikai undang-undang yang sudah lama digubal semata-mata sebab budak tu pakai serban.

Dah dia pun tak mengaku salah? Apa hal? Sendiri tak pakai topi keledar, sendiri tak mengaku salah, sendiri tak nak bayar saman, sendiri masuk penjara...orang lain tolong sedapkan cerita...pakai serban kena penjara. Oh tolonglah..relevan sikit boleh tak?

Kepada tukang sensasikan cerita, aku minta maaf. Aku tak boleh terima berita tiada nilai tetapi sengaja nak disensasikan. Terima kasih.

8 comments:

Anonymous said...

ikutnya... kawasan tu masih lam kawasan kampung... polis tu saja tunggu kat situ... [tak tau la nak ngepau kot...]
memang situ kawasan sekolah pondok...
tapi.. kalau khir toyo gi berkempen hari tu... pakai topi bn saja... siap keluar tivi... takde kena apa ke?
dan.. kenapa double standard... singh buleh pulak pakai turban dia??

ApEz ""MaTTeNo"" said...

tak silap aku undang2 dah sebut...wajib pakai topi keledar KECUALI orang yang berserban dan berturban...

ezza erisa said...

exception tu ada..tapi amat blur linenya...lebai je yang boleh...tapi aku ada terbaca ni ha:

Mana Lagi Sunnah? Pakai Helmet Atau Serban Waktu Tunggang Motosikal

Sedikit petikan dari link tu:
Setiap urusan yang memberikan manfaat, sesungguhnya Islam mensyariatkannya, dan setiap urusan yang memudharatkan, sesungguhnya Islam menghalangnya. Setiap yang memudharatkan, maka ia terhalang, dan setiap yang memberi manfaat, ia adalah disyariatkan.

Mudah untuk difahami bukan. Jadi apa tujuan pemakaian topi keledar. Pendek kata untuk menjaga keselamatan dan mengurangkan risiko kecederaan parah di kepala apabila terlibat di dalam kemalangan. Rasanya hal ini kanak-kanak sekolah pun faham dan tahu tujuan pakai topi keledar.

Jadi pemakaian topi keledar adalah sesuatu yang syarie kerana ia mendatangkan manfaat kepada pemakainya. Bahkan tidak memakai topi keledar adalah sesuatu yang dilarang di dalam syariat kerana ia mendatangkan kemudharatan apabila berlaku kemalangan. Sila baca kembali dalil-dalil dan kaedah feqh yang saya tuliskan di atas.

Janganlah pula membuat soalan bodoh sebagai alasan, antara soalan yang boleh dikatakan bodoh ialah soalan "Apakah wujud arahan pakai topi keledar di dalam al-Quran dan as-Sunnah?". Tu lah orang suruh mengaji malas.

Bila isu ini timbul dalam surat khabar, saya malu. Malu sebab orang Islam tak tahu nak bezakan manakah yang disyariatkan, mana yang tak.


Menda simple je....yang siap nak masuh mahkamah bagai tu kenapa? Bayar je saman macam orang lain buat....tak pakai tali pinggang time memandu..saman...bayar....bawa laju..kena saman bayar...tak payahlah nak argue argue bawak ke ICJ. Benda dah terang nyata.

Banyak masa lain boleh pakai serban...yang pakai time naik motor tu jugak kenapa? Pehtu kena saman excuse sana sini....kata student lagi...tak termasuk dalam pengecualian pak lebai pun...

BAYAR JERLAH SAMAN.. ada beribu orang kena saman setiap hari atas pelbagai kesalahan..kenapa nak sensasikan serban????

Sick of drama tak penting....

AND ANON... as long as naik atas jalan raya..tak kira di bandar metropolitan..atau di kampung ulu...dah kira termasuk dalam akta pengangkutan jalan raya. kalau kena tahan dengan polis yg torelate...tahniah...ada chance lepas..idak kena saman..sendiri tanggung. Tak tengok iklan keselamtan jalan raya, sos cili tumpah merata-rata?

Khir toyo terlepas...bukan dia sorang je..ramai org buat kesalahan jalan raya tetapi masa tu polis tak nampak terlepas...(speaking from my experiences..kekadang aku potong org kat double line..kekadang aku speed over the limit, kekadang aku langgar lampu merah)...tapi sebab takde polis nampak..aku lepas, tak kena saman and aku rasa berlambak orang yg sama macam ni...tak usah nak mempolitikkan menda yang takde kaitan dgn politik.

ApEz ""MaTTeNo"" said...

dah kuar paper arini..polis nak kaji balik...hehehe....bak orangkate....safety 1st....:P

ApEz ""MaTTeNo"" said...

takkan nak pakai serban gak kalo bawak harley davidson naik hiway kan..???hahahah

ezza erisa said...

hahah apez
takleh imagine kalu pakai serban naik harley davidson
kekekek
terbang sesilapnya :D

SYAMUDIN MUHAMMAD said...

Sakit kpla lau baca blog mngumpat ni...

Rusle Putera/ D-Putra said...

Assalamualaikum Jangan dipertikaikan pantang tu tu sunah rasulluah