Friday, January 09, 2009

Mencari Tingkat 4 Menara KL

Aku tulis balik ya:

"The callers said their company was based in Menara KL or KL Tower. When asked for the exact location of the office they said it was on the fourth floor but did not reveal the name of the company or its lot number", he said.

Ok, aku hargai niat baik dia nak beritahu rakyat agar berhati-hati dengan penyangak telefon ni. Selalu aku kalau terima panggilan macam ni, memang aku akan berlaku sangat kejam kepada mereka. Tengah-tengah depa duk goreng cerita, aku putuskan talian. Atau pun semasa dia tengah bercakap, aku halakan telefon aku ke arah radio. Memang sakit mental la kalau geng-geng scam telefon aku.

Tapi, disebalik intention dia yang baik itu, aku rasa nak tergelak kepada dua pihak

1. Pihak yang menelefon dia. Kot ya pun nak menipu, jangan cakap pejabat kat Menara Kuala Lumpur boleh tak?

2. Kepada Michael Chong sendiri, Menara KL?

Ada ke tingkat 4 di menara Kuala Lumpur?


1 comments:

sticker said...

It seems different countries, different cultures, we really can decide things in the same understanding of the difference!
nike shoes