Monday, January 12, 2009

Lebuhraya Duke...Pendapat Aku Seorang Pemandu



Menteri Kerja Raya, Datuk Ir. Mohd. Zin Mohamed berkata, sehingga 8 Februari 2009, laluan tiga lorong sepanjang 18 kilometer itu tidak akan dikenakan bayaran tol.

"Bagaimanapun, 46 peratus daripada laluan tersebut bebas tol iaitu di persimpangan Duta ke Jalan Kuching, persimpangan Setiawangsa ke Hillview dan persimpangan Bandar Dalam ke Greenwood," jelasnya.


Hari pertama buka ialah pada jumaat 9 Januari 2009 dirasmikan pada jam 4.00 petang. Percuma selama sebulan, bermaksud mulai 8 Februari, tol akan mula dikenakan. Benda-benda yang menyebabkan aku nak muntah ialah:

1. Lebuhraya ini siap sebelum tempoh jangka iaitu pada April 2009.
Oh really? Bangga pula umum siap sebelum tempoh jangka dan dibuka kepada umum tetapi Pakej (1) dari Sentul ke Jalan Duta belum siap pun. Siap sebelum tempoh jangka ke namanya tu kalau bukan keseluruhan siap? Tak tahulah belajar kat universiti luar negara yang mana, tapi setahu aku, kalau tak siap sepenuhnya...orang tak panggil SIAP!

2. 46 peratus dari lebuhraya ini adalah bebas tol iaitu bla bla bla bla bla bla bla bla
Okay, let see the map that I attaching with this entry for better understanding.
- Duta ke Kuching? Tiada komen belum siapBelum siap...
- Persimpangan Setiawangsa ke Hillview.. ok baiklah!
- Bandar Dalam ke Greenwood - entah...bukan laluan aku

Okay, aku nak komen yang Persimpangan Setiawangsa ke Hillview tu.
Ikut gambar atas tu:
1. Susur keluar jalan 37/56. - Susur ini ada jalan naik dan turun hanya ke arah Gombak (dan Jalan Duta bila siap nanti) (akan bertol), tetapi tidak ada susur naik atau turun ke arah MRR2 (tidak ada tol). Jadi kalau dari MRR2, tidak boleh turun di sini.

2. Susur keluar Semarak - Susur ini juga ada jalan naik dan turun hanya ke arah Gombak (dan Jalan Duta bila siap nanti) akan bertol, tetapi tiada susur naik atau turun ke arah MRR2 (tidak ada tol). Juga kalau dari MRR2 , tidak boleh turun di sini.

Apakah ini strategi bagi membuatkan AKLEH (Ampang Kelang Evaluated Highway) dari Jalan Tun Razak ke Jelatek, tidak berkurangan kereta? Atau memang perancangan untuk tidak memberi orang guna lebuhraya secara percuma? Kat mana nak elak kesesakan kalau kau tak boleh naik di 37/56 dan turun di Semarak dan sebaliknya?

3. Signboard yang mengelirukan dan ramah pengguna dan sebagainya Di exit 37/56 - di tulis ke JALAN ENGGANG / AU 3/1. Pasal apa kau tak tulis Jalan Setiawangsa sahaja? Kenapa di susur keluar Jalan Jelatek pula yang kau tulis Jalan Setiawangsa / Wangsa Maju / Sri Rampai?

4. Dengan rundingan dengan pihak konsesi dan kerajaan maka lebuhraya ini di buka secara percuma kepada orang ramai untuk tempoh 1 bulan. Lalu highway tak siap buat apa weh? Nanti apabila pakej 1 ke jalan Kuching dah siap, selamat terus bertol. Sebab kerajaan dah bagi percuma sebulan jadi no more free trial.

DUKE stand for duka (SAD) agaknya bukan Duta Kelang.
Oh, ini adalah hasil aku lalu lebuhraya ini. Kepada sesiapa yang belum lalu, kena lalu dulu sebelum berbunyi macam aku. Hahaha.

2 comments:

Yusri said...

Salam kepada semua, aku pun tak berpuashati dengan adanya "DUKE" yang amat mendukacitakan. Aku selalu lalu Kampung Semarak untuk ke tempat kerja. Sesaknya terlalu teruk, bayangkan dari Setapak Jaya nak sampau PULAPOL ambik masa 30-45 min berbanding sebelum ni. Kalau dari MMR2 lak tak de susur turun ke sana, tambahan pula menambahkan kesesakan yg amat teruk kalau dari Tmn Melawati. Konon nak memudahkan pengguna jalanraya, tapi sebaliknya terjadi. Kalau nak org bayar tol berikan kemudahan laluan bukan menyusahkan.

jacker said...

A friend told me this place I have been looking for, I come, it turned out, I have not disappointed, good Blog!
runescape money