Wednesday, January 28, 2009

Kcarlife Grand Gathering 09 ke Port Dickson

Awal tahun dah ada grand gathering. Well to make up pasal tahun lepas tak ada grand gathering. Kira ini adalah grand gathering untuk dua tahun la kan. Hehehe. Tarikh dipilih 25 Januari sehari sebelum CNY.

Macam biasalah pergi gathering tujuan nak berkenalan dengan semua orang yang tak dikenali. Kenal dalam forum semata, tengok kat luar tak tahu siapakah orang itu. Gath pada mulanya agak berterabur pasal tempat perancangan tu tak mampu nak accomodate bilangan kereta-kereta kecil yang bergerombolan jumlahnya. Akhirnya diubah lokasi ke berhampiran hotel lido.

Aku gerak dari rumah jemput cyber kemudian gerak ke KLIA. Tunggu jali dan geng banting, rupanya geng Shah Alam pun jumpa geng banting kat situ. Jam 12 lebih sampai ke destinasi awal sebelum beralih ke destinasi yang lebih sesuai.

Selepas bermandi manda (orang lain bukan aku), jam lima lebih bertolak pula ke lokasi shoot gambar. Penat pula nak susun kereta, akhirnya afad selaku juru susun pun give up. Sapa nak susun gi susun, sapa malas duk tepi tengok jelah.

Gambar-gambar: (sebahagian diambil dari forum kcarlife.com, sebahagiannya koleksi dari telefon bimbit aku sahaja). Banyak sebenarnya tapi malas lak aku nak curi semuanya dari forum.
Hehehe.
Posted by Picasa

1 comments:

aizam said...

penah jumpa afad thn lepas.. mu kenal jgk sis ha ha