Wednesday, January 28, 2009

Harian Metro Yang Nombornya Satu

Harian Metro dicanangkan sebagai akhbar nombor satu Malaysia. Mungkin saiznya yang kompak menyebabkan orang suka beli, senang nak belek di bas stop, di gerai makan dan sambil merokok dalam jamban eh tandas.

Tapi sedarkan anda, berita-berita muka depan Harian Metro selalunya menjurus kepada seks? Bukanlah bermaksud 'mari mari amoi murah sekilo lima ringgit'. Bukan itu maksud aku. Maksud aku ialah tajuk-tajuk muka depannya Bapa Makan Anak, Isteri Terlampau, Sengsara Isteri Datuk Kasanova, Cuti Dakap Mayat, Campak Bayi Marahkan Isteri dan sebagainya. Bukankah tajuk-tajuk ini memang menangkap mata yang memandang?

Jadi apakah saiznya yang kompak menyebabkan ianya menjadi nombor satu, atau kerana tajuk berita muka depannya yang mengiurkan?

Almaklum, siapa boleh menafikan tajuk tajuk itu memang menarik hati pembeli? Nak nak lagi dibandingkan dengan tajuk berita muka depan akhbar lain yang diletakkan bersebelahan sebagai contoh, 'Ekonomi Dijangka Meningkat', '5 billion di suntik ke dalam pasaran', 'Dua lagi ditahan dalam perarakan Kugan' dan sebagainya.

3 comments:

Jed Yoong said...

cerita hantu, bomoh, magic..ha ha ha.
it's actually really worth it as they cover general news too with a quite a strong ekonomi section too for a tabloid. i like it, the writers are quite funny sometimes. ;)

ezza erisa said...

ya...i also sometimes bought metro, specially when i on the move, it is compact..easy to read... and the movie schedule are there, GSC, TGV, MBO, Cathay...etc :)

SupGearBox said...

Baguslah komeng ko ni... kadang2 boleh pakai jugak.. hahaha ... nak tergolak den... Crite pasal "Isteri Potong Anu Suami" dah kuar lum dlm Metro