Wednesday, January 21, 2009

Gaza: Rakyatlah Yang Kalah

Aku menyampah dengan HAMAS. Aku benci kekejaman Israel. Tapi untuk dua tiga hari ini, aku rasa aku menyampah sangat-sangat dengan HAMAS. Setelah Israel menarik kembali tenteranya....melakukan gencatan senjata, HAMAS dengan riak takbur berkata 'Israel takut dengan kita...kita menang yea kita menang'.

Bodoh! HAMAS macam Pak Pandir.. Mungkin Pak Pandir yang macam HAMAS. Apa yang menang? Menang apa? Menang judi kampung tergadai? Tak tengok ke macammana keadaan Gaza sejak di bom dan dibedil bertalu-talu oleh Israel, macammana jadinya? Berapa ramai rakyat terkorban? Macammana boleh claim victory kalau kehancuran, kehilangan nyata orang awam beribu... dan sebagainya?

Israel tu kalau nak boleh je dia serang sampai hancur lunyai Gaza tu. Cuma dia dah dengar kata. Bodohlah HAMAS kalau kata Israel tarik diri pasal takut dan sudah kalah. Kalah dari segi apa? Tentera mereka makin mara ke depan. Siapa yang duk bersembunyi dari dalam tanah...kubu dan sebagainya? Bukan HAMAS ke?

Aku bukan penyokong Israel okay? Tapi aku dah cakap, untuk dua tiga hari ni aku benci kat HAMAS. Pasal HAMAS tak sedar diri. Kalah ke menang ke....tengok keadaan rakyat dulu.

Okaylah..nak menang sangat kan? Ambillah piala kemenangan berisi darah rakyat Gaza tu. Minumlah darah-darah tu. Kerana tak kira siapa yang menang...samada Israel atau Hamas, yang kalah tetap orang awam. :(

1 comments:

aizam said...

sis kata azam tahun ni nak kurangkan marah.. sabarrr..