Wednesday, January 14, 2009

Colgate, Coca Cola dan Starbucks

Kat website Persatuan Pengguna Islam Malaysia, kita boikot yang tiga ni dulu kalau tak boleh boikot yang lain. Aku nak jelaskan disini kepada orang yang YM aku semalam dan marah-marah cakap aku tak sensitif kepada penderitaan rakyat Gaza sebab aku taknak join kempen boikot barang Amareka dan Israel. Ya, boikot adalah pilihan peribadi, dan aku pilih taknak boikot, kalau kau nak boikot...silakan. Aku tak bantah!

1. Colgate - aku tak guna pun ubat gigi ni. Seingat aku ada lebih lima tahun aku tak beli ubat gigi colgate. Aku pakai SAFI kayu sugi. Sebab mudah, dulu COLGATE tak ada tanda halal pun. SAFI ada tanda halal. Tanda halal COLGATE bila baru ada? Lagipun, apabila aku dah lama tak pakai COLGATE, pakai SAFI, sesekali pergi rumah kawan yang guna ubat gigi colgate, dan aku terpaksa pakai...aku rasa semacam je bila masuk dalam mulut. Geli pun ada. Jadi, soalan aku....aku dah berkurun tak guna. Nak boikot apa? Orang boikot ni sebab dia guna, kalau dia tak guna orang tak panggil boikot.

2. Coca cola - Ya aku suka Vanila Coke. Aku takkan boikot. Minuman berkarbonat PEPSI MAX dan Vanilla Coke tetap akan aku beli. Bukan hari-hari pun. Sebulan sekali pun belum tentu!

3. Starbucks - ini satu lagi ni. Sepanjang aku hidup di dunia ni, seingat aku baru sekali aku pergi Starbucks. Buat apa nak beli kopi secawan harga berbelas ringgit kalau dengan berbelas ringgit tu aku boleh makan menda lain kenyang-kenyang sarat perut? Orang cakap, kopi Starbucks mahal sebab kita bukan minum kopi sahaja, dengan membayar harga tu..lepak-lepak kat situ kita juga membeli gaya hidup. Macam restoren-restoren eklusif yang lain, kita membayar gaya hidup sekali. Tak ada faedahnya aku nak jadi golongan elit dua tiga jam lepas tu balik rumah jalan kaki tak cukup duit nak isi minyak motor. Wait the minute, minyak motor? Hahaha Minyak kereta..silap pula. Terasa macam mek rempit jab!

4. McDonalds - aku tambah sendiri pasal yang ni pun orang duk gebang besar-besaran sokong Israel. Aku pergi McDonalds sangat jarang sekali. Sebab mudah, setakat nak beli burger, baik beli burger Ramly. Tahun lepas pun sekali je aku pergi sebab nak beli Prosperity Burger. Sekali sahaja. Lepas kena caj mahal gila, aku dah tak pergi. Ada orang claim boikot McDonald, tetapi sticker VIP McDonald tak buang pun. Sedar tak korang, sticker VIP McDonald tu adalah satu bahan advertisment McDonald yang secara suka rela korang letak dikereta? Boikot tapi dalam masa yang sama, duk mengiklan McDonald. Kelakar kan?

Oh aku juga sangat menyampah kepada pemimpin tanah air dan pengacara TV yang sibuk berkata, kita patut rasa gembira kita hidup di negara yang aman damai. Oh come on, gembira pekejadahnya kalau dalam masa yang sama saudara kita di sana sangat menderita hidup dalam ketakutan? Akai ada? Mana boleh kau gembira melihat penderitaan orang lain?

6 comments:

Alias Mohd Yusof said...

Tidak dinafikan rakyat kita banyak juga dapat untung dari syarikat dan barangan Amerika, kurang-kurangnya yang bekerja kat situ dapat gaji, bahan mentah macam ayam pun mereka guna barang tempatan, cara tak langsung kita pun dapat faedah.
Kira dua-dua belah pihak dapat faedah la, Israel pun dia bantu, dalam masa yang sama kita pun dapat faedah juga.

Tinggal lagi sekarang kita yang dapat faedah tu jangan lupa untuk sumbang tiap-tiap bulan untuk rakyat Palestin. Akhirnya cara tak langsung rakyat Palestin pun dapat gak faedahnya.

ezza erisa said...

tu la
bukan setakat barang tempatan, pekerja pun tempatan..

kilang texas instrument mass vacation 2 minggu CNY nanti..pasal tak ada produk.faham jelah keje kilang, kilang tutup gaji pun tutup....tu sapa nak support anak-anak depa?

Jed Yoong said...

Hey Ezza

Apa Khabar? Kee Kee.
Blogger ni Google produk.
Kee Kee
Pendapat saya, jika nak bantu org, lebif bermanfaat bantu dalam hal yg kecil, samaada menolong kanak2 dalam keluarga miskin di kampung, desa, residential area, atau perkara2 yang kecil tapi jelas boleh lihat kesan.
Perkara Gaza ni yang paling ada "influence" adalah negara2 Islam di Timur Tengah dan kuat spt Turki. Tapi lihatlah macam mana reaksi mereka. Semua negara ni jika betul2 nak bantu saudara2 mrk di Timur Tengah, apakah mereka buat?
Sekian.

ezza erisa said...

hai jed! :)

true very true!

yang kelakar sekali.. UN dah keluarkan resolusi dah pun, kita kat sini baru nak buat persidangan parlimen khas? sapa pandang? if they (Hamas and Israel)dun even listen to UN, apa lagi Malaysia?

Anonymous said...

It's so easy to choose high quality [url=http://www.euroreplicawatches.com/]replica watches[/url] online: [url=http://www.euroreplicawatches.com/mens-swiss-watches-rolex/]Rolex replica[/url], [url=http://www.euroreplicawatches.com/mens-swiss-watches-breitling/]Breitling replica[/url], Chanel replica or any other watch from the widest variety of models and brands.

Anonymous said...

It's so easy to choose high quality [url=http://www.euroreplicawatches.com/]replica watches[/url] online: [url=http://www.euroreplicawatches.com/mens-swiss-watches-rolex/]Rolex replica[/url], [url=http://www.euroreplicawatches.com/mens-swiss-watches-breitling/]Breitling replica[/url], Chanel replica or any other watch from the widest variety of models and brands.