Friday, January 09, 2009

Berjayakah Kempen Boikot Amareka?

Dun think so.
Kita pernah buat boikot barangan Amareka. Waktu depa serang Iraq dan Afghanistan. Kemudian kita buat-buat lupa.
Kita pernah buat boikot barangan Netherlands, waktu mereka tak mahu minta maaf berkenaan isu filem pendek yang hampegas. Kemudian selepas 3-4 bulan, kita kembali beli Milo, kembali beli Dutch Lady, kembali lupa dan tak kisah.

Sekarang, kita boikot balik barangan Amareka, kita sama-sama tunggu dan lihat berapa lama boleh bertahan. Nak boikot tu boleh, tapi kebanyakan barangan mereka bukan buat di Amareka pun. Kos tinggi. Mereka pilih China, Indonesia, Taiwan, malah Malaysia sebagai tempat buat barangan mereka. Tidaklah terfikir kalau kita boikot mereka, yang duk kerja kat kilang-kilang tu semua bukan orang Amareka pun. Kalau kena buang kerja, siapa nak bagi anak-anak mereka makan.

Kepada golongan celik IT pula, kalau betul nak boikot jangan guna google, friendster, facebook, youtube, blogger, yahoo, yahoo messenger, gchat, microsoft office, microsoft word, linux, wikipedia dan yang seangkatan dengannya. Bak kata
Jed Yoong, Then best to quit the Internet, which is, by the way, also an AMERICAN INVENTION.

Antara sedar atau tidak, Amareka merupakan rakan dagangan terbesar Malaysia. Boleh ke boikot rakan dagangan nombor satu?

Tertanya-tanya, adakah yang mencadangkan boikot barangan Amareka ni betul-betul tak guna barangan Amareka langsung? Ke saje mencari publisiti murahan.


Macam Pemuda UMNO yang diketuai oleh Khairy Jamaludin pergi berdemo hantar surat kat duta Palestin dengan kata-kata, 'rakyat Gaza tidak keseorangan dalam situasi ini'. Satu, dalam surat memanglah boleh tulis tidak keseorangan, kau lepas hantar surat...singgah makan kat hotel mewah lepas tu balik tidur kat katil empuk. And yet dare to say rakyat Gaza tidak keseorangan? Hell yes they are all alone and frightening to death there! And the funny part ialah berduyun-duyun pergi ke kedutaan Palestin sambil bawa gambar pemimpin Hamas. Tak pepasal kena marah dengan duta Palestin.

Oh come on! Hamas adalah parti politik, Duta Palestin tu parti Alfatah. Kau datang rumah orang UMNO, kau bawak gambar Haji Hadi la kaedahnya tuh. Study dulu ohkey!

2 comments:

Hasbullah Pit said...

Tolong saya promosikan boikot USD.

Amerika tak perlukan duit dari kita untuk menguasai dunia, kerana dia boleh cetak 1 trilion dlm beberapa bulan ini.

apalah sangat keuntungan dari jualan produk mereka.

superior said...

A friend told me this place I have been looking for, I come, it turned out, I have not disappointed, good Blog!
runescape money