Thursday, January 29, 2009

ADUN Bota Kanan Kiri..Kiri Lagi!

Baguskah lompat parti? Bagi aku tidak bagus. Sepertinya menipu pengundi yang penat-penat pergi pangkah undi di kawasan mereka seterusnya beberapa bulan selepas itu diberitahu 'eh wakil kamu sudah tukar parti, jadi kawasan ini bukan lagi milik parti sekian sekian'. Bukankah yang penat-penat mengundi itu memangkah untuk kemenangan calon dari parti pilihan mereka?

Bagaimana pilihan beribu rakyat boleh diabaikan oleh seorang yang bernama wakil mereka dengan hanya...'arh...aku dah bosan jadi wakil rakyat parti cap gajah, now aku nak bertukar ke parti cap rimau pula'. (Bersangka baik, tiada politik koruption berlaku). Bagi aku ini sama sekali tidak adil kepada pengundi dikawasan berkenaan. Manakan tidak, keputusan seorang manusia boleh merubah hasil suara majoriti.

Selayaknya, ada undang-undang lompat parti, wakil rakyat yang jadi katak..secara auto terlucut dari jawatannya dan perlu diadakan pilihanraya kecil semula. Kalau menang, nah ambillah jawatan itu kembali bersama parti barunya, jika tidak..babai. Selamat tinggal bekas wakil rakyat.

Yang parti cap gajah kata sekian sekian bilangan akan masuk parti mereka, parti cap rimau pula dakwa sekian sekian orang lompat ke dalam parti mereka. Belilah semua wakil rakyat yang ada...

Malaysia nak tiru gaya politik Sri Lanka? Rakyat mereka sudah tidak tahu siapa parti mana kerana banyak kali sangat melompat. Setiap kali lompat dapat bayaran yang lumayan....4 kali lompat boleh beli kereta ferarri secara tunai mungkin.

Tak suka pelompat parti, apa masa sekolah dulu tak puas lagi ke main lompat tinggi?

0 comments: