Thursday, January 22, 2009

3% di Malaysia, 3% Di Thailand

Tahukah anda, di Thailand, Menteri bertanggungjawab mereka juga mengusulkan penurunan 3% dari jumlah simpanan hari tua pekerja untuk menjana ekonomi negara dan meningkatkan pendapatan pekerja?

Bagaimanapun penerimaannya berbeza sama sekali, kalau di Malaysia..ada yang mengambil keputusan mengekalkan ada yang nak kurangkan 3% itu. Tetapi di Thailand, para pekerja sepakat berkata 'kenapa kami yang harus meningkatkan pendapatan dan melakukan pengorbanan mengurangkan simpanan hari tua kami, kenapa tidak kerajaan datang dengan penyelesaian lain untuk meningkatkan pendapatan pekerja?, contohnya dengan menaikkan gaji, menurunkan cukai pendapatan dan sebagainya'

Dan akhirnya, kerajaan Thailand tidak mampu melaksanakan rancangan itu kerana mendapat tentangan hebat. Kenapa di Malaysia kencangan hebat kita tidak dilayan? Aku secara peribadinya mengecam penurunan secara automatik ini. Sepatutnya siapa yang hendak turun, pergi isi borang pun tidak dilayan. Apakah pihak atas Thailand lebih 'mendengar' dari pihak atasan Malaysia?

3 comments:

Anonymous said...

sbb kat thailand byk tiger show, jd best la skit. ada kena mengena ke

kuizikel said...

aku tak layan sbb aku nyer gaji dah tak tolak kwsp..heh

ezza erisa said...

kuizikel,

ko keje gomen len citer..wa kojo swasta totap ditolaknyo totiap bulan...kekkee :P