Friday, January 30, 2009

Selangor Makin Miskin Di Bawah Pakatan Rakyat

Ah lebih kurang gitulah isi berita tv3 malam tadi. Buwekkkk. Berita melihat akan 10bulan Pakatan Rakyat di Selangor. Malam ni tentu giliran Perak atau Pulau Pinang pula. Taknak review 10 bulan negeri-negeri dibawah pentadbiran Barisan Nasional ke? Tengok maju sampai bina bangunan 800tingkat ke dalam masa 10bulan ni? Apakah berita malam tadi tu nak menutup cerita hangat katak BN lompat ke PKR?

Apa ekonomi Selangor sahajakah yang teruk? Bengap! Sekarang ekonomi tengah merudum la dol. Bukan Selangor sahaja yang lembik... seluruh dunia lembik. Itu dunia Pakatan Rakyat jugakah yang punya? Apakah kejatuhan ekonomi dunia pada ketika ini adalah disebabkan oleh pentadbiran Selangor oleh PKR yang tak reti memerintah negeri?

Kilang di Penang tutup bagai satu pesta pula tv melaporkan, almaklum Penang dikuasai parti bukan BN. Tu, kilang Panasonic tutup kat Melaka tu... ada jadi berita utama? Sekejab sahaja itupun dalam sektor ekonomi tak sampai 30saat terus beralih kepada berita lain. Melaka tu BN yang perintah. Orang tutup juga kilang!

Mungkin penyapu ini boleh menjana kembali ekonomi dunia?

Thursday, January 29, 2009

ADUN Bota Kanan Kiri..Kiri Lagi!

Baguskah lompat parti? Bagi aku tidak bagus. Sepertinya menipu pengundi yang penat-penat pergi pangkah undi di kawasan mereka seterusnya beberapa bulan selepas itu diberitahu 'eh wakil kamu sudah tukar parti, jadi kawasan ini bukan lagi milik parti sekian sekian'. Bukankah yang penat-penat mengundi itu memangkah untuk kemenangan calon dari parti pilihan mereka?

Bagaimana pilihan beribu rakyat boleh diabaikan oleh seorang yang bernama wakil mereka dengan hanya...'arh...aku dah bosan jadi wakil rakyat parti cap gajah, now aku nak bertukar ke parti cap rimau pula'. (Bersangka baik, tiada politik koruption berlaku). Bagi aku ini sama sekali tidak adil kepada pengundi dikawasan berkenaan. Manakan tidak, keputusan seorang manusia boleh merubah hasil suara majoriti.

Selayaknya, ada undang-undang lompat parti, wakil rakyat yang jadi katak..secara auto terlucut dari jawatannya dan perlu diadakan pilihanraya kecil semula. Kalau menang, nah ambillah jawatan itu kembali bersama parti barunya, jika tidak..babai. Selamat tinggal bekas wakil rakyat.

Yang parti cap gajah kata sekian sekian bilangan akan masuk parti mereka, parti cap rimau pula dakwa sekian sekian orang lompat ke dalam parti mereka. Belilah semua wakil rakyat yang ada...

Malaysia nak tiru gaya politik Sri Lanka? Rakyat mereka sudah tidak tahu siapa parti mana kerana banyak kali sangat melompat. Setiap kali lompat dapat bayaran yang lumayan....4 kali lompat boleh beli kereta ferarri secara tunai mungkin.

Tak suka pelompat parti, apa masa sekolah dulu tak puas lagi ke main lompat tinggi?

Wednesday, January 28, 2009

Harian Metro Yang Nombornya Satu

Harian Metro dicanangkan sebagai akhbar nombor satu Malaysia. Mungkin saiznya yang kompak menyebabkan orang suka beli, senang nak belek di bas stop, di gerai makan dan sambil merokok dalam jamban eh tandas.

Tapi sedarkan anda, berita-berita muka depan Harian Metro selalunya menjurus kepada seks? Bukanlah bermaksud 'mari mari amoi murah sekilo lima ringgit'. Bukan itu maksud aku. Maksud aku ialah tajuk-tajuk muka depannya Bapa Makan Anak, Isteri Terlampau, Sengsara Isteri Datuk Kasanova, Cuti Dakap Mayat, Campak Bayi Marahkan Isteri dan sebagainya. Bukankah tajuk-tajuk ini memang menangkap mata yang memandang?

Jadi apakah saiznya yang kompak menyebabkan ianya menjadi nombor satu, atau kerana tajuk berita muka depannya yang mengiurkan?

Almaklum, siapa boleh menafikan tajuk tajuk itu memang menarik hati pembeli? Nak nak lagi dibandingkan dengan tajuk berita muka depan akhbar lain yang diletakkan bersebelahan sebagai contoh, 'Ekonomi Dijangka Meningkat', '5 billion di suntik ke dalam pasaran', 'Dua lagi ditahan dalam perarakan Kugan' dan sebagainya.

Soalan Kepada Yang Pakai Baju Pendek

Sungguh aku tak tahu, jadi aku nak bertanya:

Kenapa kau pakai baju pendek nampak pusat kemudian selang lima saat kau tarik-tarik baju kau nak melindungi pusat kau itu?

Kenapa kau pakai baju pendek nampak perut kemudian selang lima saat kau tarik-tarik baju kau agar terlindung perut kau itu?


Kenapa kau pakai baju pendek lepas tu bonceng motor pakwe kemudian selang lima saat kau asyik tarik-tarik baju kau sebab kau terasa pemandu kereta belakang kau asyik pandang seluar dalam '5 for RM10' kau itu?

Kenapa kau pakai baju pendek lepas tu komplen-komplen asyik terselak?

Kalau kau dah tahu baju tu pendek, silap jalan sikit atau silap duduk sikit atau silap gerak sedikit nampak pusat, nampak perut, nampak seluar dalam murah lepas tu menyebabkan kau tak ada kerja lain asyik nak tarik-tarik baju ke bawah...bukankah lebih mudah pakai sahaja baju yang labuh sedikit? Yang tidak memerlukan tangan kau bekerja setiap lima saat?

Aku bukan anti orang pakai baju pendek, kau taknak pakai baju pun aku peduli apa....orang sekarang bukan boleh ditegur-tegur cumanya....what do aspect? You wearing short shirt, of course it will happen and happen and happen.

Mungkinkah siapa pakai baju pendek lebih bergaya dari orang tak pakai baju pendek? Well, siti nurhaliza tak pakai baju pendek...cantik juga kaedahnya.

Sekian dari aku yang tak faham...

Kcarlife Grand Gathering 09 ke Port Dickson

Awal tahun dah ada grand gathering. Well to make up pasal tahun lepas tak ada grand gathering. Kira ini adalah grand gathering untuk dua tahun la kan. Hehehe. Tarikh dipilih 25 Januari sehari sebelum CNY.

Macam biasalah pergi gathering tujuan nak berkenalan dengan semua orang yang tak dikenali. Kenal dalam forum semata, tengok kat luar tak tahu siapakah orang itu. Gath pada mulanya agak berterabur pasal tempat perancangan tu tak mampu nak accomodate bilangan kereta-kereta kecil yang bergerombolan jumlahnya. Akhirnya diubah lokasi ke berhampiran hotel lido.

Aku gerak dari rumah jemput cyber kemudian gerak ke KLIA. Tunggu jali dan geng banting, rupanya geng Shah Alam pun jumpa geng banting kat situ. Jam 12 lebih sampai ke destinasi awal sebelum beralih ke destinasi yang lebih sesuai.

Selepas bermandi manda (orang lain bukan aku), jam lima lebih bertolak pula ke lokasi shoot gambar. Penat pula nak susun kereta, akhirnya afad selaku juru susun pun give up. Sapa nak susun gi susun, sapa malas duk tepi tengok jelah.

Gambar-gambar: (sebahagian diambil dari forum kcarlife.com, sebahagiannya koleksi dari telefon bimbit aku sahaja). Banyak sebenarnya tapi malas lak aku nak curi semuanya dari forum.
Hehehe.
Posted by Picasa

Thursday, January 22, 2009

3% di Malaysia, 3% Di Thailand

Tahukah anda, di Thailand, Menteri bertanggungjawab mereka juga mengusulkan penurunan 3% dari jumlah simpanan hari tua pekerja untuk menjana ekonomi negara dan meningkatkan pendapatan pekerja?

Bagaimanapun penerimaannya berbeza sama sekali, kalau di Malaysia..ada yang mengambil keputusan mengekalkan ada yang nak kurangkan 3% itu. Tetapi di Thailand, para pekerja sepakat berkata 'kenapa kami yang harus meningkatkan pendapatan dan melakukan pengorbanan mengurangkan simpanan hari tua kami, kenapa tidak kerajaan datang dengan penyelesaian lain untuk meningkatkan pendapatan pekerja?, contohnya dengan menaikkan gaji, menurunkan cukai pendapatan dan sebagainya'

Dan akhirnya, kerajaan Thailand tidak mampu melaksanakan rancangan itu kerana mendapat tentangan hebat. Kenapa di Malaysia kencangan hebat kita tidak dilayan? Aku secara peribadinya mengecam penurunan secara automatik ini. Sepatutnya siapa yang hendak turun, pergi isi borang pun tidak dilayan. Apakah pihak atas Thailand lebih 'mendengar' dari pihak atasan Malaysia?

Wednesday, January 21, 2009

No ALLAH di Herald The Catholic Weekly News

Sungguh aneh apabila penerbitan ini bersungguh-sungguh hendak menggunakan perkataan Allah untuk merujuk kepada tuhan yang mereka percaya untuk disembah. Kemudian datang pula alasan dan pelbagai dakyah mengenai penerbitannya dalam bahasa Melayu.

Okay, kita pergi satu persatu, ke penggunaan nama Allah kemudian ke seksyen bahasa melayu walaupun berkait rapat. Kita kena buat dua point yang berbeza

1. Penggunaan nama Allah
- Seriously, Katolik Malaysia sejak bila pakai nama Allah? Mereka selalunya sebut God atau tuhan. Allah selalu disebut oleh orang Melayu atau orang Islam sahaja merujuk kepada Tuhan yang disembah dan dipercayai oleh kami. Apabila timbul isu penggunaan nama Allah maka berduyun duyun orang cuba menegakkan benang (tak kira kering atau basah) dengan berkata kat Arab sana nuh..orang Islam..orang Yahudi...orang Kristian semua sebut Allah bagi merujuk kepada Tuhan. Apa salahnya kita tulis Allah juga.

Soalan mudah aku, kau orang Arabkah?

Did you use word Allah frequently in your vocab and you are soooo desperate when you has been denied to use Allah in your publication because the Allah word is in your blood, you cannot publish any stories without replacing Allah with another name?

Malah dalam satu rencana yang bertajuk
Islam has No Father di laman web Catholic, (tolong ambil nota, ini adalah website Kristian, yang membandingkan Islam dan Kristian sebab tu urlnya ialah answering Islam, ini bukan website orang Islam...jangan terpedaya pula. Kita selaku orang Islam harus mempunyai pegangan dan kepercayaan yang kukuh dan mampu untuk membaca seterusnya boleh menjawab kenapa dalam Islam tiada konsep Tuhan itu Bapa. Terima kasih.) Silas penulis artikel berkenaan membuat nota yang berbunyi ' I know the word "Allah" means God in Arabic and that Arabic Christians use the word "Allah" for God. However, when I use the word, "Allah", I am specifically referring to the god of Islam', bermaksud Saya tahu perkataan Allah bermaksud tuhan dalam bahasa Arab dan orang Kristian Arab menggunakan Allah untuk merujuk kepada tuhan. Tetapi, apabila saya menggunakan perkataan 'Allah', saya merujuk secara spesifik kepada tuhan di dalam agama Islam.

Ini bermaksud, selain dari orang arab tidak ada orang Kristian lain pun guna perkataan Allah untuk merujuk kepada tuhan yang disembah dalam agama mereka. Jadi..why want Allah in christian publication in Malaysia which is located in Southeast Asia?

Kebanyakan penganut Kristian di Arab sana nuh.. pegangan mereka ialah Kristian Timur. Konsep agama Kristian yang ini ialah Unity yakni Tuhan itu Satu, tunggal, tidak ada dua tiga dan sekutu. Sama macam fahaman Allah itu satu oleh orang Islam di serata muka bumi ini. Bertentangan dengan Roman Katolik (dalam kristian ada banyak cabang pula), yang mengangkat konsep Trinity, dimana tuhan mempunyai tiga watak, Father (ayah), Son (anak) dan Holy Spirit (Semangat suci). Dan disebabkan The Catholic Weekly News merupakan satu wadah kepada Roman Catholic sudah tentu konsep tuhan triniti ini jauh berbeza dari Allah yang bersikap tunggal. Jadi, sudah tentu ianya tidak tepat dengan kata-kata orang Kristian Arab pun guna perkataan Allah. Ia merujuk kepada sesuatu yang berbeza.

2. Penggunaan bahasa Melayu
- Ok, gunalah, nanti buat isu antarabangsa cakap bahasa nasional tetapi tak boleh tulis dalam bahasa melayu pula. Tetapi disebabkan alasan ialah untuk bumiputera Sabah Sarawak yang bahasa utama mereka ialah bahasa Melayu, jadi restrictkan penerbitan itu hanya di Sabah dan Sarawak. Please, aku harap takkan jumpa Herald The Catholic Weekly News dalam bahasa melayu dimana-mana sahaja di Semenanjung. Dah kata tadi untuk bumiputera Sabah Sarawak kan?


Sidang Injil Borneo (SIB) pula berhujah berdasarkan bukti sejarah terjemahan bible tahun 1852, oleh Munshi Abdullah yang ada mengandungi perkataan tersebut. Berlindung di sebalik Artikel 11 Perlembagaan Malaysia, SIB juga mempersoalkan hak penggunaan nama Allah. Artikel 11 antara lain menyebut, agama Islam adalah agama rasmi tetapi penganut agama lain adalah bebas mengamalkan kepercayaan masing-masing dalam negara ini. Ramai betul yang suka bermain dengan artikel ini.

Berita terbaru dengarnya, No Allah in this publication and bahasa melayu boleh digunakan.

Gaza: Rakyatlah Yang Kalah

Aku menyampah dengan HAMAS. Aku benci kekejaman Israel. Tapi untuk dua tiga hari ini, aku rasa aku menyampah sangat-sangat dengan HAMAS. Setelah Israel menarik kembali tenteranya....melakukan gencatan senjata, HAMAS dengan riak takbur berkata 'Israel takut dengan kita...kita menang yea kita menang'.

Bodoh! HAMAS macam Pak Pandir.. Mungkin Pak Pandir yang macam HAMAS. Apa yang menang? Menang apa? Menang judi kampung tergadai? Tak tengok ke macammana keadaan Gaza sejak di bom dan dibedil bertalu-talu oleh Israel, macammana jadinya? Berapa ramai rakyat terkorban? Macammana boleh claim victory kalau kehancuran, kehilangan nyata orang awam beribu... dan sebagainya?

Israel tu kalau nak boleh je dia serang sampai hancur lunyai Gaza tu. Cuma dia dah dengar kata. Bodohlah HAMAS kalau kata Israel tarik diri pasal takut dan sudah kalah. Kalah dari segi apa? Tentera mereka makin mara ke depan. Siapa yang duk bersembunyi dari dalam tanah...kubu dan sebagainya? Bukan HAMAS ke?

Aku bukan penyokong Israel okay? Tapi aku dah cakap, untuk dua tiga hari ni aku benci kat HAMAS. Pasal HAMAS tak sedar diri. Kalah ke menang ke....tengok keadaan rakyat dulu.

Okaylah..nak menang sangat kan? Ambillah piala kemenangan berisi darah rakyat Gaza tu. Minumlah darah-darah tu. Kerana tak kira siapa yang menang...samada Israel atau Hamas, yang kalah tetap orang awam. :(

Tuesday, January 20, 2009

Mengsensasikan Serban


Dipenjara kerana pakai serban di Malaysia

Membaca tajuk di beras padu, membuatkan aku cepat-cepat klik, mustahil la kan sebab pakai serban kena masuk penjara.
Klik Disini. Secara keseluruhannya ianya adalah petikan langsung dari laman web Kosmo yang bertajuk Gara-gara serban, kena jel dua hari tetapi diubah tajuknya untuk lebih sensasi.

Hello, hello hello. Topi keledar adalah wajib (bukan tak pakai berdosa, kot ya pun pandai agama perlulah di lihat wajib dari segi undang-undang mana kan, wajib dalam bahasa Melayu ada pelbagai pengertian) dipakai mengikut Akta Pengangkutan Jalan Raya. Nak pakai serban, pakai lah. Jangan buat cerita. Jangan ubah tajuk.

Nak pakai serban, nah pakai. Tapi waktu bawa motor, pakai lah topi keledar. Nanti kalau kemalangan, mampu ke serban tu mengelak dari kepala tu terpecah macam timun. Ya mati, ajal maut di tangan Allah tetapi janganlah sampai nak pertikai undang-undang yang sudah lama digubal semata-mata sebab budak tu pakai serban.

Dah dia pun tak mengaku salah? Apa hal? Sendiri tak pakai topi keledar, sendiri tak mengaku salah, sendiri tak nak bayar saman, sendiri masuk penjara...orang lain tolong sedapkan cerita...pakai serban kena penjara. Oh tolonglah..relevan sikit boleh tak?

Kepada tukang sensasikan cerita, aku minta maaf. Aku tak boleh terima berita tiada nilai tetapi sengaja nak disensasikan. Terima kasih.

Istimewa: Gambar Makcik Dok Rok Secetong

Istimewa Untuk Anonymous yang meninggalkan komen di entry "Betul ke PAS Dok Rok Secetong?", ini dia rupa makcik dok rok secetong. Siapa rajin nak photoshop gambar dia tak larat angkat cetong? :) Untuk video temuramah penuh makcik dok rok secetong di tv nasional sila ke link ini.



Posted by Picasa

Monday, January 19, 2009

Peluang BN Di KT Sudah Blackout!

Merujuk kepada posting sebelum ni mengenai peluang BN di Terengganu cerah (yang mungkin) berdasarkan jumlah kain sarung yang berjaya dibahagi-bahagikan. Ha..kan dah malu. Tuntut balik kain sarung yang dibahagi-bahagikan tu.. :)

Janganlah lain kali keluarkan bicara-bicara sangat kelakar sebelum muktamad pengiraan undi ya. Dah blackout macam ni, nak keluarkan kenyataan pun rasa malu kan?

Kepada makcik Dok Rok Secetong, now siapa yang dok rok secetong?

Oh, kepada ahkak pink... fesyen apa kau belasah gi Anugerah Juara Lagu semalam? Kelakar melihatnya. Eh, apa kaitan Anugerah Juara Lagu dengan seorang bakal bergelar wanita pertama negara ya? Sekadar bertanya. Oh, by the way, mark your calendar.. Rihanna is coming to the town, wajib hadir juga ke?

Friday, January 16, 2009

Peluang BN Semakin Cerah Di KT?

Ya ampun, menyampah aku dengar kat tv semalam, depa quote ayat Paklah. Cerah tang mana? Mengundi pun belum? Kalau setakat berdasarkan bilangan kain sarung dan kain pelikat yang diberikan kepada pengundi, aku rasa baik senyap dulu. Jangan duk buka cerita-cerita cerah lah, mantaplah dan sebagainya. Kang kalau kalah nanti, siapa yang malu? Korang yang sibuk duk bagi kain tu juga.

Paklah dipetik menyatakan pendapatnya itu semasa perasmian kambing apa tah. (Bukan aku tak tahu, aku malas sebut). Pasal rasmi rasmi ni mesti datang masa dekat-dekat pilihanraya. UITM Bukit Besi pun di rasminkan dekat-dekat pilihanraya juga kan? Pendek kata kalau nak kemajuan kena tunggu dekat pilihanraya lah. Baru dapat. Masa lain, usahkan nak dapat, nak jumpa ADUN dan MP pun macam nak jumpa AGONG. Manjang tak ada.

Antara temuramah kesian yang aku dengar semalam
Lelaki yang mendakwa dia ahli PAS tapi masuk UMNO.

'Ho, senang kate gak, kite keluar bulatang...kita masuk barisang ah' Sah orang pun tak faham. Kesian kau buat lawak sorang-sorang ya yop?

Wednesday, January 14, 2009

Colgate, Coca Cola dan Starbucks

Kat website Persatuan Pengguna Islam Malaysia, kita boikot yang tiga ni dulu kalau tak boleh boikot yang lain. Aku nak jelaskan disini kepada orang yang YM aku semalam dan marah-marah cakap aku tak sensitif kepada penderitaan rakyat Gaza sebab aku taknak join kempen boikot barang Amareka dan Israel. Ya, boikot adalah pilihan peribadi, dan aku pilih taknak boikot, kalau kau nak boikot...silakan. Aku tak bantah!

1. Colgate - aku tak guna pun ubat gigi ni. Seingat aku ada lebih lima tahun aku tak beli ubat gigi colgate. Aku pakai SAFI kayu sugi. Sebab mudah, dulu COLGATE tak ada tanda halal pun. SAFI ada tanda halal. Tanda halal COLGATE bila baru ada? Lagipun, apabila aku dah lama tak pakai COLGATE, pakai SAFI, sesekali pergi rumah kawan yang guna ubat gigi colgate, dan aku terpaksa pakai...aku rasa semacam je bila masuk dalam mulut. Geli pun ada. Jadi, soalan aku....aku dah berkurun tak guna. Nak boikot apa? Orang boikot ni sebab dia guna, kalau dia tak guna orang tak panggil boikot.

2. Coca cola - Ya aku suka Vanila Coke. Aku takkan boikot. Minuman berkarbonat PEPSI MAX dan Vanilla Coke tetap akan aku beli. Bukan hari-hari pun. Sebulan sekali pun belum tentu!

3. Starbucks - ini satu lagi ni. Sepanjang aku hidup di dunia ni, seingat aku baru sekali aku pergi Starbucks. Buat apa nak beli kopi secawan harga berbelas ringgit kalau dengan berbelas ringgit tu aku boleh makan menda lain kenyang-kenyang sarat perut? Orang cakap, kopi Starbucks mahal sebab kita bukan minum kopi sahaja, dengan membayar harga tu..lepak-lepak kat situ kita juga membeli gaya hidup. Macam restoren-restoren eklusif yang lain, kita membayar gaya hidup sekali. Tak ada faedahnya aku nak jadi golongan elit dua tiga jam lepas tu balik rumah jalan kaki tak cukup duit nak isi minyak motor. Wait the minute, minyak motor? Hahaha Minyak kereta..silap pula. Terasa macam mek rempit jab!

4. McDonalds - aku tambah sendiri pasal yang ni pun orang duk gebang besar-besaran sokong Israel. Aku pergi McDonalds sangat jarang sekali. Sebab mudah, setakat nak beli burger, baik beli burger Ramly. Tahun lepas pun sekali je aku pergi sebab nak beli Prosperity Burger. Sekali sahaja. Lepas kena caj mahal gila, aku dah tak pergi. Ada orang claim boikot McDonald, tetapi sticker VIP McDonald tak buang pun. Sedar tak korang, sticker VIP McDonald tu adalah satu bahan advertisment McDonald yang secara suka rela korang letak dikereta? Boikot tapi dalam masa yang sama, duk mengiklan McDonald. Kelakar kan?

Oh aku juga sangat menyampah kepada pemimpin tanah air dan pengacara TV yang sibuk berkata, kita patut rasa gembira kita hidup di negara yang aman damai. Oh come on, gembira pekejadahnya kalau dalam masa yang sama saudara kita di sana sangat menderita hidup dalam ketakutan? Akai ada? Mana boleh kau gembira melihat penderitaan orang lain?

Tuesday, January 13, 2009

Power Point!

Cerita agak kelakar aku dan Suzana (rakan sepejabat) pada minggu lepas. Dia tengah key in nama-nama fail dalam bilik filing. Dia guna notebook untuk taip nama-nama fail yang nak ditutup dan dilupuskan.

Ezza: Ada power point ke? <-- merujuk kepada plug elektrik.

Suzana: Tak pakai power point, pakai Word je. <-- merujuk kepada perisian yang dia tengah guna.


Lawak lak rasa, macam itik dengan ayam bercakap. Tapi jawapan Suzana kalau untuk soalan aku, aku rasa agak kelakar lah kalau merujuk kepada plug elektrik. Pasal boleh cucuk plug kat Microsoft Word pulak.

Sah kau orang tak rasa kelakar, hanya yang mengalami je rasa benda ini sangat kelakar. :)

Monday, January 12, 2009

Najib Melawat KUSZA, UDM Bukti BN Kotakan Janji?



Berita di TV3 menjelang musim-musim pilihanraya memang sangat memualkan, aku memang elakkan tengok berita sekarang. Kalau tak...mual dan sebu dalam perut aku waktu tengok berita dah kalah rasa mual dan sebu naik roller coaster rasanya.

Ok, pada hari Jumaat lepas berita jam lapan malam buatkan aku rasa nak muntah darah. Berkenaan pilihanraya tentunya.

Najib jalan diiringi ramai orang kat post guard pintu depan KUSZA. Kolej Agama Sultan Zainal Abidin yang ditukar namanya kepada Universiti Darul Iman pada tahun 2005 untuk rasmikan fakulti perubatan. Haha. Yang lawaknya apabila di temubual Najib dengan bangga berkata, kita kalau berjanji, mesti akan tepati. bla bla bla bla bla bla bla...buwekkkkk.

Wei, serius la. Kot ya nak berkempen janganla belit-belit ayat. KUSZA dah ada kat Gong Badak tu dari tah berapa puluh tahun lalu. 20 tahun? Apa kaitan dengan Barisan Nasional janji nak buat UDM ditepati? Kalau setakat tukar nama KUSZA jadi UDM dan claim dibuat pada tahun 2005. WTF??

Apa kata kalau pergi melawat ke Kampung Tembila, Besut (tapak cadangan kampus UDM) dan tunjuk kawasan yang belum ada apa-apa perkembangan itu. Maka itu barulah betul janji nak buat tapi lepas 3 tahun dari 2005 tak nampak bayang apa pun lagi. Ikut gambar bawah tu pun dah tahu, itu KUSZA. Huh

Dari aku bekas pelajar KUSZA eh...bekas pelajar UDM kot? Huh

Lebuhraya Duke...Pendapat Aku Seorang Pemandu



Menteri Kerja Raya, Datuk Ir. Mohd. Zin Mohamed berkata, sehingga 8 Februari 2009, laluan tiga lorong sepanjang 18 kilometer itu tidak akan dikenakan bayaran tol.

"Bagaimanapun, 46 peratus daripada laluan tersebut bebas tol iaitu di persimpangan Duta ke Jalan Kuching, persimpangan Setiawangsa ke Hillview dan persimpangan Bandar Dalam ke Greenwood," jelasnya.


Hari pertama buka ialah pada jumaat 9 Januari 2009 dirasmikan pada jam 4.00 petang. Percuma selama sebulan, bermaksud mulai 8 Februari, tol akan mula dikenakan. Benda-benda yang menyebabkan aku nak muntah ialah:

1. Lebuhraya ini siap sebelum tempoh jangka iaitu pada April 2009.
Oh really? Bangga pula umum siap sebelum tempoh jangka dan dibuka kepada umum tetapi Pakej (1) dari Sentul ke Jalan Duta belum siap pun. Siap sebelum tempoh jangka ke namanya tu kalau bukan keseluruhan siap? Tak tahulah belajar kat universiti luar negara yang mana, tapi setahu aku, kalau tak siap sepenuhnya...orang tak panggil SIAP!

2. 46 peratus dari lebuhraya ini adalah bebas tol iaitu bla bla bla bla bla bla bla bla
Okay, let see the map that I attaching with this entry for better understanding.
- Duta ke Kuching? Tiada komen belum siapBelum siap...
- Persimpangan Setiawangsa ke Hillview.. ok baiklah!
- Bandar Dalam ke Greenwood - entah...bukan laluan aku

Okay, aku nak komen yang Persimpangan Setiawangsa ke Hillview tu.
Ikut gambar atas tu:
1. Susur keluar jalan 37/56. - Susur ini ada jalan naik dan turun hanya ke arah Gombak (dan Jalan Duta bila siap nanti) (akan bertol), tetapi tidak ada susur naik atau turun ke arah MRR2 (tidak ada tol). Jadi kalau dari MRR2, tidak boleh turun di sini.

2. Susur keluar Semarak - Susur ini juga ada jalan naik dan turun hanya ke arah Gombak (dan Jalan Duta bila siap nanti) akan bertol, tetapi tiada susur naik atau turun ke arah MRR2 (tidak ada tol). Juga kalau dari MRR2 , tidak boleh turun di sini.

Apakah ini strategi bagi membuatkan AKLEH (Ampang Kelang Evaluated Highway) dari Jalan Tun Razak ke Jelatek, tidak berkurangan kereta? Atau memang perancangan untuk tidak memberi orang guna lebuhraya secara percuma? Kat mana nak elak kesesakan kalau kau tak boleh naik di 37/56 dan turun di Semarak dan sebaliknya?

3. Signboard yang mengelirukan dan ramah pengguna dan sebagainya Di exit 37/56 - di tulis ke JALAN ENGGANG / AU 3/1. Pasal apa kau tak tulis Jalan Setiawangsa sahaja? Kenapa di susur keluar Jalan Jelatek pula yang kau tulis Jalan Setiawangsa / Wangsa Maju / Sri Rampai?

4. Dengan rundingan dengan pihak konsesi dan kerajaan maka lebuhraya ini di buka secara percuma kepada orang ramai untuk tempoh 1 bulan. Lalu highway tak siap buat apa weh? Nanti apabila pakej 1 ke jalan Kuching dah siap, selamat terus bertol. Sebab kerajaan dah bagi percuma sebulan jadi no more free trial.

DUKE stand for duka (SAD) agaknya bukan Duta Kelang.
Oh, ini adalah hasil aku lalu lebuhraya ini. Kepada sesiapa yang belum lalu, kena lalu dulu sebelum berbunyi macam aku. Hahaha.

Friday, January 09, 2009

Berjayakah Kempen Boikot Amareka?

Dun think so.
Kita pernah buat boikot barangan Amareka. Waktu depa serang Iraq dan Afghanistan. Kemudian kita buat-buat lupa.
Kita pernah buat boikot barangan Netherlands, waktu mereka tak mahu minta maaf berkenaan isu filem pendek yang hampegas. Kemudian selepas 3-4 bulan, kita kembali beli Milo, kembali beli Dutch Lady, kembali lupa dan tak kisah.

Sekarang, kita boikot balik barangan Amareka, kita sama-sama tunggu dan lihat berapa lama boleh bertahan. Nak boikot tu boleh, tapi kebanyakan barangan mereka bukan buat di Amareka pun. Kos tinggi. Mereka pilih China, Indonesia, Taiwan, malah Malaysia sebagai tempat buat barangan mereka. Tidaklah terfikir kalau kita boikot mereka, yang duk kerja kat kilang-kilang tu semua bukan orang Amareka pun. Kalau kena buang kerja, siapa nak bagi anak-anak mereka makan.

Kepada golongan celik IT pula, kalau betul nak boikot jangan guna google, friendster, facebook, youtube, blogger, yahoo, yahoo messenger, gchat, microsoft office, microsoft word, linux, wikipedia dan yang seangkatan dengannya. Bak kata
Jed Yoong, Then best to quit the Internet, which is, by the way, also an AMERICAN INVENTION.

Antara sedar atau tidak, Amareka merupakan rakan dagangan terbesar Malaysia. Boleh ke boikot rakan dagangan nombor satu?

Tertanya-tanya, adakah yang mencadangkan boikot barangan Amareka ni betul-betul tak guna barangan Amareka langsung? Ke saje mencari publisiti murahan.


Macam Pemuda UMNO yang diketuai oleh Khairy Jamaludin pergi berdemo hantar surat kat duta Palestin dengan kata-kata, 'rakyat Gaza tidak keseorangan dalam situasi ini'. Satu, dalam surat memanglah boleh tulis tidak keseorangan, kau lepas hantar surat...singgah makan kat hotel mewah lepas tu balik tidur kat katil empuk. And yet dare to say rakyat Gaza tidak keseorangan? Hell yes they are all alone and frightening to death there! And the funny part ialah berduyun-duyun pergi ke kedutaan Palestin sambil bawa gambar pemimpin Hamas. Tak pepasal kena marah dengan duta Palestin.

Oh come on! Hamas adalah parti politik, Duta Palestin tu parti Alfatah. Kau datang rumah orang UMNO, kau bawak gambar Haji Hadi la kaedahnya tuh. Study dulu ohkey!

Mencari Tingkat 4 Menara KL

Aku tulis balik ya:

"The callers said their company was based in Menara KL or KL Tower. When asked for the exact location of the office they said it was on the fourth floor but did not reveal the name of the company or its lot number", he said.

Ok, aku hargai niat baik dia nak beritahu rakyat agar berhati-hati dengan penyangak telefon ni. Selalu aku kalau terima panggilan macam ni, memang aku akan berlaku sangat kejam kepada mereka. Tengah-tengah depa duk goreng cerita, aku putuskan talian. Atau pun semasa dia tengah bercakap, aku halakan telefon aku ke arah radio. Memang sakit mental la kalau geng-geng scam telefon aku.

Tapi, disebalik intention dia yang baik itu, aku rasa nak tergelak kepada dua pihak

1. Pihak yang menelefon dia. Kot ya pun nak menipu, jangan cakap pejabat kat Menara Kuala Lumpur boleh tak?

2. Kepada Michael Chong sendiri, Menara KL?

Ada ke tingkat 4 di menara Kuala Lumpur?


Betul ke PAS Dok Rok Secetong?

Popular betul perkataan ni ya sejak Kuala Terengganu jadi bandar paling popular untuk tempoh sebulan-dua nih. Semalam aku tengok orang TV3, pergi temuramah makcik kiah UMNO, bercakap pasal kempen dan kelebihan partinya dan kelemahan parti lawan. Makcik oo makcik. Makcik pun sama dok rok secetong juga.

Contoh ayat makcik dok rok secetong itu

Kami pergi berkempen 'tidak tahu' masa. Dari pagi ke petang. Kadang-kadang malam juga --> Astafirullah hal azim. Tak ada kerja lain ke nak buat? Berkempen sampai tak balik rumah ke makcik? Tak tahu masa pula tu. Ganggu orang kat rumah je lah kerjanya

Pemberita tongong bertanya, kenapa PAS tak patut menang? -- Ayat-ayat pemberita stesen berat sebelah macam ni lah kan. Dahlah hari sebelumnya, tak habis-habis tunjuk markas BN duk pasang poster dacing senget.

Makcik Dok Rok Secetong --> Pasal PAS ni dok rok secetong.

(Di dalam rancangan nasional ditonton oleh semua orang satu Malaysia, dapat peluang berkempen dalam tv lagi!).

Mana keadilan kempen? Pasal apa tak buat debat sahaja. Baru terbuka. Dua dua belah pihak ada peluang berkempen dalam TV. Orang sibuk bicara pasal Gaza, kita sibuk bicara pasal Dok Rok Secetong!

PS: Dekat-dekat pilihanraya, satu yang aku paling benci ialah berita. Pasal sengetnya melampau!

Thursday, January 08, 2009

Politik Racist Di Malaysia

Aku tak faham juga. Bila habis pilihanraya cakap kita kena bersatu padu..berganding bahu diantara semua kaum untuk maju. Masa nak pilihanraya sahaja, cakap pasal kaum itu, kaum ini, kaum sana dan kaum sini. Masa nak pilihanraya, kata undilah parti cap ayam, kepentingan kaum ayam akan terjaga, undilah parti cap gajah, kepentingan kaum gajah akan terpelihara.

Bukankah semua parti politik yang bertanding, seharusnya menjaga kepentingan semua rakyat jelata? Selepas semua sekali, yang menang akan jadi wakil rakyat. Wakil semua rakyat tempatnya. Pasal apa masa berkempen kena ada cerita ayam, itik, gajah dan sebagainya?

Oh dan tv dan radio sejak nak pilihanraya kecil di Kuala Terengganu sangat memualkan. Apa kejadah duk cerita Wan Farid nak berjumpa semua rakyat secara berhadapan dalam masa dua minggu ini untuk selesaikan semua masalah. Hahaha, masalah ya? Masa berkempen memang super concern. Kalau orang cakap ada anai-anai kat lantai rumah pun, silap silap dapat rumah baru. Jangan pula kalau menang, tak nampak jalan nak pulang ke Kuala Terengganu.

Eh macam berythm pula dua ayat terakhir tuh... :)
Kalau orang cakap ada anai-anai kat lantai rumah pun, silap silap dapat rumah baru. Jangan pula kalau menang, tak nampak jalan nak pulang ke Kuala Terengganu.

Wednesday, January 07, 2009

Sime Darby Insaf? Kahkahkahkah

Seronok juga baca tajuk-tajuk tulisan blog orang kat beraspadu milik Sebol. Yang mana tajuk dia best, sah sah aku akan click dan baca. Boleh juga tambah ilmu pasal pengetahuan am.

Tapi tajuk-tajuk yang mengandungi perkataan Sime Darby dan perkataan insaf is too much for my brain to process. Semalam dalam berita kat tv, orang Sime Darby umumkan mereka tak jadi ambil alih Institut Jantung Negara kerana mendapat tentangan dari rata-rata rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia tidak suka syarikat korporat ambil alih IJN atas sebab-sebab yang terang bersuluh dan nyata. Kos akan meningkat. Rakyat-rakyat yang gaji rendah macam aku ni tak mampu nak masuk IJN lagi. Syarikat korporat mana yang nak jadi badan kebajikan kan? Crystal clear!

Sime Darby bukan insaf. Tak wujud insaf dalam kamus korporat. Ianya samada worth it atau tidak. Dan dengan pelbagai kecaman yang dilemparkan kepada mereka, memburukkan imej mereka serta merta menjadikan saham mereka juga akan jatuh, baik tak payah beli 51% kepentingan dalam IJN. Sime Darby akan masih mencari peluang untuk mengembangkan sektor perubatannya. Itu yang dijanjikan oleh pengurusannya.

Mungkin akan ada satu hospital yang bernama Hospital Sime Darby satu ketika nanti. Siapa tahu kan? :)

Monday, January 05, 2009

Gaza, Antara Keadilan dan Kebatilan

Satu sahaja soalan aku, tentera Israel ini tak ada mak ayah ke? Tak ada adik beradik? Tak ada anak isteri? Tak habis-habis berjuang nak menyingkirkan orang Islam di tebing barat?

Tak hendak ke balik ke rumah jumpa keluarga macam orang-orang lain? Apa kaedahnya yang kerajaan mereka pakai sampai semua macam orang gila tak ada hati perut menyerang sesame manusia?

Kalau seorang antara mereka yang kena bunuh, nah siaplah orang Palestin dibedil, ditembak, dibom. Siapa yang cari pasal terlebih dahulu. Satu-satunya negara didunia yang dijajah dan masih ditindas oleh kuasa luar dengan penuh kekejaman ialah Palestin.

Apa, tak berdaya langsungkah orang luar nak menghulur bantuan kepada mereka? Kalau di Iraq, selamba Amareka pi masuk bedil tembak, di Afghanistan pun tak habis-habis Amareka nak buat perangai juga. Kenapa di Palestin, dengan alasan Yahudi sudah banyak di bunuh pada era Nazi dulu, maka mereka dibiarkan lepas.

Memang patut Nazi sembelih orang Yahudi habis-habisan, lagi bagus kalau mereka tidak tinggalkan langsung pun barang seorang pun! Celaka kau Yahudi!

Amareka juga yang membantah UN buat mesyuarat tergempar semalam. Kononnya takut pihak Hamas takkan menepati keputusan gencatan senjata. Bodohlah dikau, siapa tembak siapa dulu?

Memang patut Malaysia tak ada sebarang hubungan diplomatik dengan Israel, memang patut POS MALAYSIA tak bagi orang Malaysia kirim barang ke Israel. Israel must die.

Aku doakan semoga suatu hari Palestin bebas dari cengkaman Israel dan pembersihan etniknya.

Menarik Januari

Selamat tahun baru. Semoga rezeki kita bertambah murah pada tahun ni. Semoga cepat kahwin kepada aku dan kawan-kawan andartu yang lain. Hahaha. Okay, berbalik kepada jenaka. Mari tengok yo!

Ehem! Perhatikan ayat dalam info di atas, Tsunami 2006 ya? Good work. Banyakkan tidur dan tengok cerita tak ada faedah. Pakej learning jangan subscribe yo jang!


Berhati-hati, ada penyamar di sebalik patung-patung berunag! Yang mana satukah bukan patung beruang sebenar?


Ini karpetkah? Atas bulu kucing? Hehehe


Hebatnya kucing ini mendaki bukit. Caya lah sama dikau! Lokasi kucing naik bukit, di Bukit Keluang berhampiran tepi pantai yang indah permain.

Posted by Picasa