Tuesday, December 29, 2009

Internet Malaysia MURAHHHHH...

Betul. Bukan aku kata. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM, Datuk Zamzamzairani Mohd Isa yang kata. Hihihi.

Zamzamzairani berkata, setakat ini perkhidmatan Internet Malaysia masih rendah berbanding Thailand dan Singapura.

Beliau berkata, sebagai contoh, pakej internet permulaan pada kelajuan 512 kilobait sesaat (kbps) yang dibekalkan penyedia perkhidmatan di Malaysia adalah RM66, manakala di Thailand adalah RM71 dan
untuk pakej berkelajuan 3 megabait sesaat (mbps) di Singapura adalah RM82.

“Kadar bulanan untuk perkhidmatan jalur lebar berkelajuan 1 mbps pula adalah RM88 bagi Malaysia, RM102 di Thailand dan untuk
6 Mbps di Singapura pula adalah RM102,” katanya.

Saje aku bold untuk Singapura tu pasal dia kata kadar internet Malaysia murah berbanding Thailand dengan Singapura.Kalau pakai sifir bahagi harga berbanding megabait tu, agak-agak kita murah lagi tak? Matematik discreet ke add math yang tuan pakai? Just curious. :D.

Meh kiah tolong kirakan pakai matematik UPSR je:
1MBPS = RM88. Tambah sewa telefon (takde telefon takleh pakai streamyx tuk, takkan tuk tatau. tambah lagi RM26 ringgit. Dah RM114. Kalau ambil combo pakej pun RM110 tuk. Banding dengan negara apa tadi tuk? Singapura ya. Berapa tadi tuk cakap? 6MBPS=RM102 ya tuk. 6MBPS tu tuk. Kalau 1MBPS pun kalah dah jugak harga tu. Tang mana tadi kata harga kita murah tuk? Kalau dibahagi secara matematik mudahnya pun dapat hasil camni: RM102/6mbps = RM17 = 1 mbps tuk.

Sumber berita

Wednesday, December 23, 2009

Setup MX5021

This entry is proudly unsupported by Altec Lansing.
Berkenan lak aku setup neh. Letak satelit kat dinding. Balik nanti nak fikir camne dia buat tanpa perlu mendrill dinding.

Disana Runtuh, Disini Hilang

Ahmad Zahid berkata sistem rekod dan iventori semua perkhidmatan ATM cukup kemas tetapi sekemas manapun sistem itu, pengkhianat negara mesti mencari jalan untuk membolosi semua peraturan yang sedia ada.
Dipetik dari suratkhabar. Ahak ahak ahak. Sila gelak guling-guling. Politician oh politician. Tak kemas la maknanya tu. Kalau kemas, tak do boleh dibolosinye.

Eceh, tajuk ada iras-iras lagu 90 lak kan.. Disana menanti disini menunggu. Tungguuuu.

Tak habis bercakap pasal kejadian runtuh-runtuh di Terengganu, sibuk pulak hilang enjin jet pejuang. Runtuh-runtuh tu abaikanlah, dah tau salah sapa. kontraktor la. Takkan salah aku pulak kan? Eh tapi Terengganu adalah master bab runtuh-runtuh dan hilang-hilang.

Kereta Perdana V6 milik kerajaan pun hilang jugak kan? Tapi apalah sangat takat kereta Perdana tu. Enjin jet pejuang pertahanan negara lagikan boleh dihilangkan. Inikan pula setakat Perdana kan? Oh meh aku speku secara bodoh, kat dalam gudang simpanan tu, mungkin ada jin kot. Waktu malam, jin-jin tu keluar angkut sikit demi sedikit. 'Tadaaa' (Sila tiru gaya joker dalam the dark knight) vanished.

Satu enjin hilang heboh satu Malaysia, kemudian dikhabarkan bukan satu, tapi dua enjin yang hilang?? Bersama banyak lagi benda lain yang Najib kata nak reveal kat mahkamah ja. Perghhh.... cantik pertahanan negara. Tercalar-balar.

Erk, menda macam ni kira keselamatan negara kan? Takde hukum-hukum ISA ke? Tanya je... I kan tak sekolah tinggi. Abih SPM terus berhenti sekolah.

PS: Teringat filem Wira Angkasa. Tetiba berangan nak jadi Norein Noor masa muda lak. :P

Friday, December 18, 2009

Christian The Lion - Sungguh Menyentuh Perasaan

Pagi tadi, aku menonton Oprah di Hallmark Channel. Bagi yang tatau, Oprah ni merupakan talkshow terpopular di US pasal topik-topik dia sangat best dan of course kerana cik Oprah sangat terer jadi pengacara.

Pagi tadi (which is tentunya siaran ulangan), antara topiknya ialah temubual dengan Facebook co-founder (Mark Zuckerberg). Umur baru 25 tahun dah jadi billionaire! dek kerana Facebook.

OH aku memang suka melalut kan, sebenarnya aku nak cakap, sila tonton video diatas, ini pun one of the topik yang Oprah mention tadi. Memula dia dah cakap, sangat touching dan membuatkan ramai orang menangis. Sila sediakan tisu. Hehehe. Aku sikit punya tough. Gelak je masa dia cakap macam tu. Tapi aku tengok la juga. Amazing, 2mins duration video boleh buat aku menangis teresak-esak macam baru terima berita sangat sedih. Sungguh-sungguh menyentuh perasaan.

Okey, disebabkan dia mention kat youtube dah ramai yang tengok sampai 40juta kali, aku carilah video asal tu tapi tak jumpa, takpe lah..ini pun video yang sama cuma hits dia tak sampai juta-juta lagi. Not so suprise, aku tengok sekali lagi video ni kat youtube lepas rancangan Oprah habis, dan air mata aku gugur lagi. Giler laaa.

Monday, December 14, 2009

Menjawab Soalan Berkenaan Jambatan Sultan Mahmud

Gatal-gatal check tracking tengok ada pula yang tanya tol dijambatan Sultan Mahmud dimansuhkan. Ini kak kiah nak tolong jawab. Ini ingat-ingat lupa cik kiah je neh. Kalau ada salah sikit-sikit harap ada yang betulkan. Almaklumlah cerita ini dah lama. Lama sangat-sangat. Dah hampir 10tahun alkisahnya. Hehehe

Sebelum tahun 2000 memang ada tol di atas jambatan Sultan Mahmud (bagi yang tak tahu, Jambatan Sultan Mahmud ini terletak di Kuala Terengganu). Kalau dari Batu 6 nak ke bandar Kuala Terengganu, bolehlah lalu atas jambatan ni dan bayar tol RM1.50 atau lalu laluan yang agak jauh sedikit yakni Manir. Takde la jauh mana pun, aku prefer jalan jauh neh pasal sekarang atas jambatan mungkin sesak sebab turun-turun je jambatan kat depan sana tuh ada Mydin Mall. Perlu diingatkan fakta penting pertama dalam kamus Terengganu ialah Mydin merupakan pasar raya sanjungan disini. Tak ada tempat yang setanding Mydin. Aku zaman duk Kuala Terengganu dulu pun kalau outing, tempat wajib pergi ialah Mydin. Hahaha.(Time tu mydin ada kat area Pasar Payang). Dah tua-tua neh, aku masih lagi suka pergi Mydin tapi dah duk KL, terpaksa lah aku pergi Mydin USJ. Mydin Masjid India tidaklah best pasal tiada tempat parking. Hihihihi.

Alamak, jauh lak aku melalut, okey berbalik kepada Jambatan Sultan Mahmud. Sebaik selepas pilihanraya tahun 2000 yang dimenangi secara besar, cemerlang, gemilang oleh parti PAS dan mereka berjaya membentuk kerajaan, salah satu janji mereka ialah menghapuskan tol di bumi Terengganu. Maka runtuhlah pondok tol di Jambatan Sultan Mahmud. Dan apabila Barisan Nasional mengambil alih pada tahun 2004, mereka takde pun nak tolkan balik laluan tu. (Nak kena bakar??? ELok elok tiada, diadakan balik? Hahaha). Itu jelah ceritanya. :)

Gambar Kelakar Adalah Ubat Stress

Untuk mengelakkan kejadiah terjun dari bangunan 2tingkat sebab aku rasa kepala aku dah berat sangat, jadi aku cari ubat stress yakni gambar-gambar lawak. Confirm menjadi! Totally made my day! Hoho.

Friday, December 04, 2009

WD 40 vs Gam Gajah

Ceritanya malam tadi, aku sudah mahu tidur. Tiba-tiba teringat nak gamkan selipar yang tercabut tali. Bangunlah balik. Tengah-tengah mengam (almaklumla nak cepatkan?), tiba-tiba gam gajah itu sudah melimpah ruah. Dari 10jari tangan, 6jari selamat diliputi oleh gam gajah. Aku panik la jugak lima sen pasal banyak jari dah terpalit gam.

Mula-mula aku pergi basuh, harapan la kalau gam gajah nak tanggal pakai air kan? Kemudian aku pakai minyak masak. Bijak sungguh anak pakcik Ramli neh. Minyak masak yo nak tanggalkan gam gajah? Kemudian aku pakai tuppertine (ke eja camne tah). Sental sental. Tak tanggal gak. Kemudian aku pakai tuppertine lain lak (banyaknya aku simpan tuppertine, apa faedah tah?). Tak gak tanggal. Sudah kepanikkan aku terserlah.

Kemudian aku google kat net. Katanya WD40 boleh guna tuk menanggalkan gam gajah. Ya, dengan baju tidur kartun (baru khamis lepas aku kutuk artis yang duk bangunan tu turun pakai baju tidur ke parking kete, ni aku lak buat.. aku nih betulla memang dapat balasan segera, tak perlu tunggu di alam satu lagi, huhuhu), aku gagahkan diri turun ambil WD40 dalam kereta. Naik umah, spray spray.... lepas tu tunggu 5minit, aku sental dengan berus lembut. Berjaya la dia tanggal. Memanglah agak lama gak tapi at least boleh la tanggal. Selepas bersusah payah, dah hilang ngantuk..baru lah boleh pergi tidur. Menyesal lak buat kerja gopoh-gapah. Menda cepat jadi makin lambat adalah. Hahah.

Moral dalam cite ni ialah WD40 boleh menanggalkan gam gajah or gam UHU dengan pantas. Dan tangan kembali licin tanpa rasa lekat lekit gam. Yeaa.

Wednesday, December 02, 2009

Nak Tarik Subsidi Gula Pulak???

Posted by Picasa
Sewaktu dalam perjalanan ke tempat kerja pagi tadi, aku dengar berita pasal rokok kotak 14batang akan dihapuskan menjelang bulan Jun 2010. Yang ada hanya rokok 20batang. Atas dasar konon nak menyelamatkan rakyat dari kena penyakit itu dan ini. Aku tulis "konon" dalam ayat diatas kerana aku tahu kerajaan Malaysia tak bodoh. Mereka tahu perokok tegar akan tetap beli rokok kalau dipackkan kepada 50batang satu kotak pun. Siapa yang mereka cuba nak tipu?

Okey, berbalik kepada isu yang lebih kurang sama iaitu Gula. Aku selaku orang yang tidak gemar akan kemanisan gula pun rasa nak melenting jugak ni. Memang gulalah penyebab banyak penyakit-penyakit. Tetapi nak tarik subsidi gula atas alasan ini? Heck la alasan. Ayat biasa, spend bermillion untuk subsidi gula bla bla bla.

Apa yang aku nampak kalau subsidi gula ditarik, sepertimana rokok akan ada pembelinya, gula juga begitu. Apa effect pada pengguna akhir? Harga makanan meningkat berkali ganda. Kalau selama ni, teh o berharga RM1.20, dengan penarikan subsidi yang menjangkau 75% dari harga sebenar gula, harga segelas teh o mungkin boleh melambung sehingga RM2.00. Itu baru teh o. Biskut siap packing? Kuih muih sarapan pagi? Dan lain-lain lagi. Jadi, apakah ini yang kerajaan cari? Lebih inflasi daripada biasa??

Gula merupakan bahan keperluan rakyat Malaysia. Gula merupakan makanan ruji rakyat kita. Rakyat kita tak minum kopi pahit, rakyat kita tak minum green tea kosong (yes, adala yang minum, macam aku minum green tea kosong tapi berapa kerat? Berapa nisbah berbanding yang kena letak gula baru leh telan?)

Mode mencari gula now. Tensen dengan muka depan the star punya pasal. Hahaha.

Monday, November 23, 2009

Anak Sendiri di Anak Tirikan...

Apa punya tajuk da... pening aku nak beri tajuk yang sesuai. Tapi ini adalah entry berkaitan dengan bantuan kemanusian berkaitan banjir sebenarnya. Pasal sejak dua tiga minggu ni berita kebanjiran berlaku di hampir negeri yang terdedah kepada musim tengkujuh.

Tajuk di atas berkaitan dengan bantuan untuk mangsa banjir. Ya bantuan kemanusiaan yang Malaysia sangat pakar itu. Pada kali pertama banjir iaitu dua minggu lepas, banyak rumah sudah rosak teruk dan pelbagai harta sudah tidak boleh digunakan lagi. Kerajaan dengan bangganya berkata, bantuan akan dihulurkan selepas mangsa terbabit betul-betul disahkan merupakan mangsa banjir. TAKUT KES MENIPU bantuan.

Apa yang aku rasa agak annoy dalam kes ini?

1. Sewaktu negara Indonesia dilanda bencana, Aceh dilanda petaka, Philipina dilanda taufan, kerajaan tanpa meminta senarai apa-apa dengan murah hati menghulur bantuan berguni-guni. Pihak swasta juga dengan penuh ceria pakat-pakat setup tabung bantuan bencana seterusnya sibuk display mock cheque tulis beratus ribu untuk diberikan kepada mangsa.

2. Tak cukup dengan bantuan kewangan, kita turut menyumbang pakaian.. bahan makanan..lampin lagi, susu bayi pulak. Tuala wanita pun kita tolong sumbangkan.

Tetapi apabila rakyat negara sendiri mengalami bencana alam (well banjir pun bencana alam juga), mana pihak swasta yang selama ni hegeh-hegeh setup tabung bencana untuk negara luar tapi tidak untuk rakyat sendiri? Dah habis mock cheque untuk didisplay atau tabung bantuan banjir tidak gah namanya untuk promosi nama syarikat?

Kenapa pula kerajaan waktu menghantar bantuan ke negara lain tak minta list? Kenapa apabila rakyat sendiri yang mengalami bencana nak kena minta list? Apa beza bencana alam di negara orang dengan negara sendiri? Ke sebab rakyat negara lain bukan ahli parti pemerintah dan parti pembangkang? Jadi tidak perlu ditilik-tilik yang mana nak bagi bantuan lebih? Renung-renungkan dan selamat beramal :D

Tuesday, November 17, 2009

Sistem Peperiksaan Dan Pelajar

Semperna musim peperiksaan, aku terfikirkan topik ini sebaik aku dengar radio pagi semalam. Dari peperiksaan SPM dan STPM seterusnya menjalar kepada peperiksaan setiap semester diuniversiti dan kolej menerawang terus kotak fikiran aku.

Antara soalan mudah ialah, kenapa walaupun di peringkat sekolah dan universiti, top studentnya ialah perempuan tetapi yang berjaya masuk market pekerjaan dengan mudah ialah lelaki? Kenapa ramai top student perempuan apabila keluar bekerja hanya membuat kerja-kerja rutin yang tidak ada cabaran kerja? Begitulah lebih kurang.

Aku terpaksa mengakui yang situasi itu berlaku.

Apa aku melalut neh, motif aku nak taip nih belum tercapai neh. Hihihi. Aku ada terbaca dalam ruangan rencana surat khabar (lupa paper apa), pasal kenapa perempuan berjaya kat bangku sekolah dan lelaki lebih berjaya selepas sekolah (even result cukup makan je). Ianya adalah kerana sistem peperiksaan kita memberi kelebihan kepada budak perempuan. Kami bijak bab menghafal, kami bijak bab come up with teori dan sebagainya. Sistem peperiksaan memungkinkan kami menonjolkan kegunaan otak kami ini.(TEORI)

Tetapi bagi pelajar lelaki, mereka lebih menumpu kepada kemahiran. Mereka tidak minat menghafal fakta sejarah 400kali. Mereka tidak minat dengan coloring peta minda. Ini semua minat perempuan. Buku nota penuh warna warni. Jadi pelajar lelaki akan mendapat result yang cukup makan kerana otak mereka di design untuk membuat kerja-kerja berasaskan kemahiran. Kalau di sekolah teknik atau vokasional siapa yang lebih menyerlah? (PRAKTIKAL).

Apabila menceburi bidang pekerjaan, sistem peperiksaan tidak langsung memberi manafaat (selain result yang cenderung dimonopoli oleh pelajar perempuan). Tetapi dari segi kerja (yang mana semuanya memerlukan praktikal) maka ketika inilah lelaki yang datang dari produk sistem peperiksaan yang tak berapa cantik resultnya akan menyerlah dan kelihatan sangat mampu adapt kepada sistem pekerjaan.

Jadi rasanya mungkin sistem peperiksaan yang ada sekarang bukanlah jalan terbaik mengukur prestasi seseorang individu. Kan?

Friday, November 13, 2009

Insurance Renewal Notice: Lawak Sih

Posted by Picasa
Aku memang takde niat nak sambung CIMB Aviva Takaful untuk kali ke tiga selepas tahun lepas. Atas beberapa sebab:

1. Masa aku renew buat kali pertama, ejen tu kata, kalau masuk tahun ke dua aku tak claim... aku akan dapat rebet sikit sebab ini adalah takaful. Bukan insuran biasa. (Percayalah i kan). (Masa ni CIMB Takaful lagi. dia lum merge dengan Aviva)

2. Second year, aku renew la kan, aku tunggu-tunggu rebet pasal dia kata hantar by cheque. Percaya la lagi. Tak ada pun. Saje je. Kot dapat RM2.00 pun tak apa lah, aku bayar bukan banyak pun, aku nak tengok je betul ke dapat rebet.

3. Selepas sebulan renew insuran, aku dapat polisi (biasalah tu kan), aku dapat 3 salinan polisi. Yang nombor polisinya berbeza-beza. Dari satu kertas ke satu kertas. Ada yang cover itu tak cover ini. Ada yang cover ini tak cover itu. Aku jadi confius. Aku cuba call CIMB Aviva Takaful untuk 3 hari berturut-turut selepas aku dapat polisi tu, haram tak berangkat! Kalau aku eksiden tahun lepas, aku taktahu la nombor polisi mana aku nak kena guna untuk claim insuran atau nombor berapa aku nak kena call supaya aku boleh bercakap untuk buat claim. (SEBAB UTAMA)


Jadi, aku memang tak ada niat nak sambung sekali lagi. Okey, semalam mereka hantar renewal notice (standard lah memang akan hantar kalau dah ada data kan), yang paling lawak, ialah dia letak windscreen coverage aku RM12,000. Memang tiap tahun aku akan letak additional coverage untuk windscreen, takut takut cermin pecah ke apa ke. Tapinya 12,000??? Apo kau ingat aku bawak Volvo? Hahaha.

Memang aku sedar dia buat salah, tapi sebelum hantar tu, check lah dulu. Kot jadi camnih, dapat kat pakcik-pakcik bawak kancil macam aku neh, tak ke mau kena heart attack tengok total kena bayar insuran untuk kereta buruk sampai beribu-ribu? Apapun, CIMB Takaful, kau memang pandai buat lawak. Ceria aku pagi nih! :D

Monday, November 09, 2009

Piala Malaysia: Too Stupid Too Furious

Tahun depan, aku cadangkan anak Yusop Selam buat filem pasal bola sepak lak. Tajuk ala-ala filem aksi kereta. Tapi mengisahkan perjuangan satu kumpulan yang pergi menyorak kat padang bola. Amacam? Box office tak agak-agak? :P

By now, we should know that Kelantan kalah Piala Malaysia 1-3 berhadapan dengan Negeri Sembilan. Tetapi aku yakin yang rakyat Malaysia gian perkatakan sekarang, bukan kejuaraan Negeri Sembilan tetapi lebih kepada apa yang berlaku diluar padang pada malam final itu.

Aku dari awal sudah menjangkakan insiden pelik-pelik akan berlaku. Hai, takkan tak ingat tahun lepas penyokong Kelantan bakar stadium kan? (Masih ingat tak kejadian di mumbai apabila penonton bakar panggung wayang akibat ending movie tak seperti yang dia harapkan, sama kan?) Sudah tentu tahun ini pun akan ada insiden yang menarik penonton bukan peminat bola menonton final. Seawal jam 6.00 petang, sudah ada insiden berebut-rebut nak masuk. Bola start pukul 8.45pm. Yang nak serbu pukul 6.00 tu pasai apa? Sampai roboh pintu tu dibuatnya.

Penyokong Kelantan bagi aku sangat kelakar, macam sarkas. Dengan mercunnya, dengan baling botolnya, dengan bakar kerusinya, dengan bakar kain rentangnya. Aku taknak ulas lah apa yang terjadi, aku tahu ramai tengok siaran langsung, ramai juga yang baca paper dan ikuti perbincangan tabie penyokong kelantan di Internet.

Cuma aku tertarik dengan satu pernyataan, 'penyokong kelantan live up the expectation'. Of course they did. Aku pun expect buruk gak pasal tu aku gagahkan diri tengok perlawanan akhir tu. Kekekek.

Aku rasa selain dari percaturan yang tidak kena, penyokong kelantan adalah penyumbang besar kekalahan Kelantan pada hari itu. Camno pemain nak main dengan penuh kosentrasi kalau penyokong dah macam tu sekali? Depa tertekan tau dak?

Apapun ucapan aku, it just football match la. Taksah la angin-angin sangat. Kalah menang, tak ada kampung yang tergadai. Tahun depan piala tu pusing lagi. Rebutlah lagi. Yang nak bergaduh, bertumbuk, bakar itu ini macam orang takde tamadun neh...apa hal? :)

Tuesday, October 27, 2009

Belanjawan 2010 - Suara Lambat Aku :P

1. RM50/Kad Kredit

Aku ikuti belanjawan 2010. Tapi aku macam tak ada masa nak go through. Pehtu aku tengok ringkasan kata kerajaan nak impose RM50 per kredit kad. Aku selama ini bijak juga bab-bab pakai kad kredit iaitu aku cari bank yang tiada annual fee. Supaya aku tidak perlu bayar kos-kos hidden sana sini.

Dari semua kredit kad kena caj RM50.00 baiklah dia buat kad pertama tak kena, kalau gatal nak pakai lebih dari satu baru kena caj RM50.00. Idaklah nampak ciri-ciri kerajaan tiada duit dan cuba pow duit rakyat from which ever channel possible. Ini bukan soal RM50 per kredit kad. Ini adalah soal RM50 per kredit kad darab berapa juta kad? Mungkin RM50 ini adalah untuk membayar RM60 billion pakej ransang merangsang tahun lepas yang aku tak tau apa jadinya itu.

Kalau kerajaan nak mengelakkan rakyat overspend dengan kad kredit (yang memang diketahui merupakan salah satu punca besar kebangkrapan rakyat Malaysia), tidaklah perlu ambil RM50.00. Sebab sudah jadi pelik, yang bagi kad ialah bank, yang kutip duit ialah kerajaan. Ada pelbagai cara lain.

a. Contoh mudah, setiap orang dihadkan ada satu kredit kad sahaja. Data kat bank negara kan ada. Capture jo lah dari situ. Kata e-government?

b. Kerajaan juga tidak memberi masa untuk rakyat potong kad itu. Sepatutnya menda ni dilaksanakan 2tahun lagi ke (Alangkah PPSMI pun ambik masa 3-4tahun untuk dilupuskan kan?). Confirm belanjawan tahun depan, dia deduct balik RM50 neh or belanjawan tahun 2012. Almaklum la kan, nak pilihanraya tahun tu. Tahun mengambil hati rakyat. Hahaha.


untuk menggalakkan rakyat berbelanja secara berhemah, setiap kad kredit dicaj RM50 dan RM25 utk kad sampingan <-- ayat paling lawak tahun ini. Nak mengalakkan rakyat berbelanja berhemah ialah naikkan pendapatan tahunan orang yang layak pakai CC la Dato' Seri. Ada ke gaji RM1500 pun dah mampu pakai kredit kad which mean 18k per year. At least buat 25k p.a ke logik jugak.

Nanti ada orang kata, kalau nak senang, pakai debit kad la. Buat apa pakai kredit kad. Neh aku nak jawab, debit kad ni baru diperkenalkan. Tak semua tempat support lagi. Even sesetengah kedai bata pun tak support debit kad atau ATM kad. Apa kes? Apapun people, please take care of your own finances. Muflis kang tak dapat nak ditolong la. :D

2. Income tax - pelepasan diri naik RM1000.
Yeaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa, terima kasih banyak. Boleh buat bayar government caj untuk kredit kad :P

3. Pelepasan cukai RM500 untuk pengguna broadband
Yea.. tapi aku tak dapatlah.

Atas dua dasar: Internet sharing atas nama orang lain, camno nak claim tu. Second - yang bayar income tax dapat pengecualian, yang tak bayar cukai tu, camner? Sian gak depa, dahla gaji rendah...kena bayar bil broadband full pulak tuh. Camner tuh?

Wednesday, October 21, 2009

Jasa Paklah Selaku Perdana Menteri

Semalam Najib announcekan mulai tahun depan 16 September akan jadi cuti umum seluruh Malaysia. Yea, best best. Memang dah lama sepatutnya 16 September jadi cuti umum. Pasal tiap-tiap tahun isu yang sama berkumandang, 31 August di raikan tetapi hari pembentukan Malaysia dipandang sepi. Cuma ada dalam buku sejarah tingkatan 5 sahaja.

Tiba tiba aku terrefresh pasal jasa Paklah yang paling aku ingin sepanjang dia jadi PM. Bukanlah jasa gambar-gambar dia terlelap di majlis rasmi. I remembered him most sewaktu dia umumkan Thaipusam merupakan cuti umum bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Aku ingat lagi ucapan dia: 'tiap kali thaipusam KL jem teruk..kita bagi jelah KL cuti hari thaipusam'. Yeaaa jugak.

Apakah satu hari selepas Najib bersara, satu-satunya jasa yang pop up dalam minda aku sewaktu mengenangnya ialah menjadikan 16 September sebagai cuti umum? Hehehe kita tunggu dan lihat.

Tuesday, October 20, 2009

As Malaysian, Kita Tak Tahu Banyak Benda...

Semalam ada quick meeting bahagian Admin dan Finance. Semasa dalam meeting, bos aku (yang berasal dari Sri Lanka) memberitahu bahagian kewangan jangan terlalu berkira dengan duit makanan untuk para peserta kursus/consultation/meeting/seminar dan sebarang benda yang diuruskan oleh pejabat kami.

Sebagai contoh, walaupun lunch disediakan didalam flight tetapi kalau flightnya itu adalah jam 2-3petang, office perlu membayar duit lunch lain para peserta kursus. Atas dua sebab: 1. waktu lunch biasa adalah jam 1. Dan yang ke dua peserta kursus mungkin keluar awal-awal pagi untuk mengejar flight. Ada yang menaiki bas sehingga 4-5jam untuk sampai ke airport. Tak makan dari pagi. Disitu juga bos aku tekankan: Jangan assume semua tempat macam Malaysia.

Kemudian sebaik meeting berakhir, puan bos bercerita yang ibu dan anaknya dari Sri Lanka akan datang ke Malaysia minggu hadapan dan Malaysian Embassy di Sri Lanka agak ketat sedikit proses pemberian visa disebabkan ada kes beberapa hari lepas di mana warga Sri Lanka ditangkap sedang naik bot kecil di Indonesia sedang berusaha nak naik bot besar untuk ke Australia. Ya, aku ada baca berita itu. Tetapi tidak ambik port sangat.

Kemudian dia bercerita lagi, warga negara miskin ini sanggup berhimpit didalam bot yang memuatkan 200++ orang dan berkongsi 1 tandas untuk tempoh beberapa hari semasa dilautan dari Indonesia ke Australia (memula depa mai Malaysia ke Sabah Sarawak, dari Sabah Sarawak ke Indonesia lak..dari Indonesia ke Australia).

Jadi bos aku selepas melihat muka kami macam muka tidak percaya, maka dia berkata 'you as Malaysian, never know about this stuff. You will never know how people sacrify their whole life saving to get out from those poor country and start new life'

Sedar tak sedar betul apa yang bos aku cakap. Kita kat sini macam-macam komplen itu tak best, ini tak kena. Tapi berbanding negara-negara lain, kita sebenarnya jadi bahan cemburuan.

Ditambah lagi dengan cik Suzana pagi tadi copy paste email dari warga Iran yang menyatakan dia tak boleh attach scanned copy of her passport because the connection is so slow. Lagila aku rasa macam sangat tidak logik. Pakai dial up 56k modem pun lepas, apa jenis internet yang negara itu? And then we repeat to each other, as Malaysian kita memang tak tahu banyak benda..

Wednesday, October 14, 2009

Dah Pandai Tarik-Tarik Pulak...



Dah banyak kali aku cakap kawasan kerja aku ni payah nak cari parking kan? Double parking kang kena saman lak. But this is by far the most extreme action yang pernah dilakukan oleh DBKL di kawasan sekitar pejabat aku. Kalau saman tu, hari-hari la dapat. Aku dengan tak segan mengaku, kereta aku tu ada la 5-6keping saman DBKL.

Aku suarakan rasa agak tidak puas hati aku la juga sedikit, sometimes, kalau aku kena kerja luar..dan perlu bawa kereta...bila balik memang tak ada parking. Kalau kereta tu boleh lipat masuk poket bolehla lipat naik parking kat sebelah meja kerja. Kalau dah besar gabak, macammana?

Kotya nak menarik kereta, common sense la bang DBKL. Sediakan tempat parking. Season parking RM200 sebulan pun orang sanggup bayar. Bukan pakai sedap kalau orang salah park, kita tarik tetapi masalah kenapa mereka parking tepi jalan tidak ditangani. Hari ini sahaja, sekitar jalan Riong sepanjang pemerhatian aku, empat kereta ditarik. Perbuatan menarik kereta di tempat tidak ada parking adalah seperti 'membunuh anai-anai satu per satu tanpa memusnahkan sarangnya'.



Sunday, October 11, 2009

Movie Review - Papadom

Pernah dengar tentang filem Papadom? Barangkali pernah. Filem ini merupakan filem terbaik FFPAM 2009 (or which ever number they want to call it). Menonton the making of Papadom tengahari tadi di ASTRO RIA membuatkan aku macam sedikit tidak sabar untuk menonton filem ini. Agak menarik juga the making nya. Tetapi the making selalunya memang tunjuk part-part best sahaja.

Last aku tengok cerita Melayu di pawagam adalah arahan Khabir Bhatia iaitu Setem yang sangat menarik hasilnya dilakonkan oleh Aflin Shauki. Kali ini, diarah dan dilakonkan oleh Aflin Shauki pula.

Ada beberapa benda yang aku nak tegur sebelum aku komen best ke tak citer neh:

1. Ketiadaan sarikata English
Ini amatlah menyedihkan memandangkan filem ini merupakan filem terbaik tahun ini. Jika filem Setem boleh diadakan sarikata, kenapa tidak filem terbaik tahun ini? Memang jarang kaum bukan melayu menonton filem Melayu tetapi apa salahnya kalau jadikan sarikata sebagai satu strategi pemasaran? Kalau filem Thailand atau Jepun atau Hindustan tidak bersarikata, agak-agak ada tak kaum lain nak masuk panggung dan nganga tengok filem dengan tak faham?

2. Suara berbisik
Ada beberapa scene dalam filem dimana, watak berbisik antara satu sama lain. Contoh semasa isteri Saadom hampir menghembuskan nafas terakhir. Ya, orang sakit mana boleh cakap kuat-kuat tetapi kalau sampai audiens tidak dengar, maka tidak perlulah buat dialog kan? :D

Okey berbalik kepada jalan cerita, kalau dibandingkan dengan movie lain garapan Aflin, filem ini tidak kalah dari segi jalan cerita. Siap ada boria lagi. Aku juga suka mende remeh temeh yang diberi perhatian dalam filem ini (seperti filem arahan Yasmin Ahmad). Contoh benda remeh temeh ialah penggunaan telefon bimbit yang besar dan outdated kerana watak masih berada di tahun 1990-an dan awal 2000. Begitu juga dengan kereta yang digunakan.

Apapun, aku rasa cerita ini sesuai untuk hari bapa. Pasal mengisahkan Saadom yang menghadapi masalah untuk melepaskan anaknya pergi jauh dari dia kerana sepanjang selepas kematian isterinya, hidupnya didedikasi untuk menjaga anaknya. Ada sedih, ada ketawa, ada lucu. Berbanding setem, setem lagi menarik la kot. Tapi filem ini ada semua rencah menjadikan ia sebuah filem. filem Kecuali watak si anak dara yang baru keluar dari ketiak ayah, terus pergi peluk-peluk dengan jantan eh? Ada nilai pengajaran juga walaupun aku memang selalunya akan cuba avoid filem yang nak mendidik ini. Filem Melayu suka sangat buat ciri-ciri mendidik eh?

Cuma satu je walaupun cerita Papadom tidak mengecewakan, ia juga tidak ada rasa wow. Dimana apabila sebaik aku keluar dari panggung, there is nothing to talk about. Berbeza dengan setem, I still remember a few scenes from that movie. :)

PS: Aku tengok gezek 'Santau' yang bakal keluar pada bulan December agak seram juga lima sen.


Friday, October 09, 2009

Bincang Hal Port Dickson Jab

Mula-mula sekali, aku nak cakap aku sangat sayang Port Dickson. Port Dickson sangat dekat dihati aku bukan pasal dia ada pantai yang paling dekat dari KL. :P Port Dickson merupakan tempat aku mengenali susah senang hidup (eh mana ada senang, susah je aku kenal masa kat situ.). Port Dickson juga menemukan aku dengan Mariani aka Itik. Orang yang ajar aku memasak, yang aku share dengan keluarga-keluarga sekali. Mak dia dan keluarga dia yang lain pun aku dah sayang macam keluarga sendiri. Tiap kali balik kampung acara wajib singgah Bukit Payung demand makan-makan dulu. Hehehe.

Jadi setiap kali sebut atau ke Port Dickson ada macam feeling yang aku tak boleh bagitahu dan explain kepada orang. Macam orang cakap 'tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat bermain' Dalam kes aku tempat bermulanya hidup seorang aku la.

Sekarang glamour betul Port Dickson, disebabkan pilihanraya kecil yang akan berlangsung di Bagan Pinang. Alahai, macam-macam kes. Bertumbuk lah, bertetaklah (ganah mung orang Port Dickson! Baru balik siam belajar tomoi ka?). Berita tv pula gebang bukan main pasal ceramah PAS ada 2o sahajalah yang hadir dan pelbagai isu lain.

Tiap kali nak pilihanraya, tiap kali gak aku rasa taknak tengok berita tapi kalau aku tak tengok berita sudahnya aku tak tahu ASTRO dah menang bida hak siaran perlawanan bola sepak. Hari tu ya ya cakap Telekom bida tinggi dah- ni sebab aku kena gak tengok berita... abihla pengetahuan am aku kalau tak tengok berita.

Setiap kali pilihanraya, bab buruk parti satu sama lain diteruskan....parti ini tak bagus, parti ini senget sebelah. Calon ini tak membantu rakyat before this, calon yang itu tak bagus. Serba serbi tak kena. Secara peribadi aku tak suka calon yang dipertaruhkan oleh Barisan Nasional but hey... aku tak layak mengundi pun untuk kawasan tersebut. Jadi, peribadi ke profesional ke.. aku tak suka lah calon itu. :) That does not mean I root for other candidate tho... Senang cite, aku pengundi berdaftar kawasan Dun Kampung Raja and have no power to vote at other place.(read: bukan pengundi bangkit dari kubur)

Oh, PR cepat-cepatlah register sebagai satu pakatan.. nanti senang nak kempen pakai satu logo je.

Monday, September 28, 2009

Ops Sikap! Gagal Ke Berjaya?

Okey, memula sekali....selamat kembali ke ibu kota wahai semua perantau-perantau. Berapa jumlah saman anda? Heee. Teman? Idokla teman tahu... Selamat hari raya.

Aku terpanggil nak suarakan pendapat aku berkenaan Ops Sikap yang berakhir semalam. Dengan luahan kecewa Ketua Polis Negara yang siap kata hukuman gantung pun tidak dapat menginsafkan sikap buruk pemandu Malaysia yang mengakibatkan kemalangan maut yang ngeri-ngeri sepanjang Ops Sikap untuk hari raya ini.

Jadi apakah Ops Sikap ke 20 gagal mencapai matlamatnya? Atau berjaya? Aku kurang jelas apa matlamat Ops Sikap kerana ikutkan ianya untuk mengurangkan kemalangan tetapi setiap hari sepanjang Ops Sikap yang kuat dihebohkan ialah jumlah kematian, jumlah kemalangan dan juga jumlah saman. Kalau Ops Sikap adalah untuk mengumpul statistik maka tahniah...ianya berjaya setiap kali ia diadakan. Kalau untuk mengurangkan kemalangan...eeerm...agak kurang berjaya.

Aku pelik dengan Ops Sikap, kalau untuk menjadikan pemandu berkemah....sila pegawai-pegawai polis tunggu di tepi jalan. Percayalah... pemandu Malaysia ni ada perasaan takut dengan polis trafik..even nampak kereta peronda pun cepat-cepat sarung tali pinggang keledar! Yang pegawai polis tu pulak tak perlu pun buat sekatan jalan atau ukur speed kereta lalu..just duduk2 lepak sambil borak pun tak apa. Yang penting visibility nya jelas. Dari jauh ku pohon ampun maaf...ops.. dari jauh dah kelihatan! Sah pemandu terus jadi sopan santun. Nak memotong di tempat yang dibenarkan pun segan silu gitu.

Ops Sikap tahun ni menyaksikan tiada roadblock diadakan, which is good la sebab tak sesak. Tapi the bad side is orang tak nampak polis jadi mereka naik gila. Kat mana-mana pun buat kesalahan lalu lintas which might cause the serius accident to happen. Sebab tu aku pelik apabila sibuk keluar statistik berbelas ribu jumlah saman dikeluarkan setiap hari. Untuk kumpul samankah Ops Sikap itu? Kalau polis duk bersembunyi dalam hutan atau di tengah highway untuk tembak kereta yang tidak mematuhi peraturan jalan raya (tanpa kelihatan), adakah boleh mengurangkan jumlah kemalangan? Kalau kena saman pun bukan kena bayar on the spot. Which tak bagi effect langsung pada yang buat kesalahan.

Cadangan ikhlas aku kepada PDRM untuk Ops Sikap akan datang, sila tempatkan pegawai polis ditempat yang pemandu nampak. Jadi mereka takut seterusnya jadi baik. Jangan hanya duk shoot dari tempat tak nampak dan pada esoknya dengan penuh syok keluarkan statistik. Mungkin PDRM boleh buat dua operasi semperna hari-hari perayaan, 1. Ops Sikap. 2 Ops Statistik. :)

Wednesday, September 16, 2009

Pasukan F1 Malaysia, Biar Betul?

Cukuplah Petronas jadi wakil F1 dari Malaysia. Tak perlu wujud Malaysia team dalam F1. Aneh sungguh. Ini bukan sukan olimpik nak bersaing peringkat negara.

Mai mana idea pasukan F1 Malaysia neh? Apakah terus menjadi negara maju, Malaysia ini sekiranya menjadi negara pertama menjadi team dalam F1? Singapura pun tidak ada team dalam F1, elok je dollar mereka kukuh di pasaran.

Kalau idea itu semata-mata nak memetakan Malaysia dimata dunia, wake up! Ia telah dilakukan dengan memacakkan Petronas Twin Tower sampai French Spiderman panjat sampai ke atas (oh by the way, bila kerajaan Melaka nak bagi Datukship kat dia neh?). Jadi untuk apa pasukan F1 Malaysia?

Dari berbelanja berbillion hanya untuk nama gah dimana dunia (like anyone care??), baik bayar banyak skit duit bonus kakitangan awam. (Bonus kakitangan awam RM500 pun bayar dua kali..apa cer?). Macamla aku kakitangan awam kan? Hahaha.

Tuesday, September 15, 2009

Tol Percuma Ke Pantai Timur.....Bestnyee

18 September dan 24 September 2009 menyaksikan dari jam 12pagi hingga 5pagi, tol adalah menjadi percuma. Ada la terdetik ini tidak berada best, kalau sehari suntuk free baru betul-betul best.

Kronologi kalau aku nak dapatkan tol percuma - Aku perlu keluar dari lebuhraya Pantai Timur di exit terakhir yang memerlukan 3jam (minus plus) perjalanan dari Kuala Lumpur, ini bermakna aku harus bergerak pukul 1.00pagi lebih sedikit dan keluar dari LPT di exit Jabor jam 4.00pagi lebih sedikit. (Sebelum jam 5 pagi). Isunya sama, berbahaya memandu pasal waktu malam mengantuk tapi boleh kunyah-kunyah makanan dan agak takutlah sebenarnya jalan malam-malam neh, dahlah macam-macam cerito aku dengar kat LPT tu...). Hahaha. Macam tak sanggup je. Baik aku tunggu cerah sikit.

Peluang lalu highway dan percuma amatlah syok untuk dilepaskan. Bukan berkenaan bayaran, tetapi peluang melalui sejarah 'Aku pernah lalu highway free je dulu' akan kekal jadi satu cerita tu. Hahaha.

Okeylah, dari tak ada promotion apa-apa kan? Selama ni pun lalu bayar penuh je. Tak ada pulak orang bising-bising kan? Sama juga kaedahnya dengan promosi ini. Sapa nak, jalan, sapa taknak tarik selimut sambung tidur. Kekeke.

Dalam Proses Mengubah Templates

Tahu ajelah ya, template aku yang lama sudah expired jadi aku terpaksa mengodek templates baru. Macam biasa, aku nak keep it simple. Aku taksuka template berserabut kiri kanan belakang depan.

Harap bersabar dengan proses mengubahsuai ini. :)

Monday, September 14, 2009

16 September Datang Lagi...

16 September 1969 menyaksikan penubuhan Malaysia dimana semenanjung dan Sabah Sarawak bergabung menjadi negara yang kini dikenali sebagai Malaysia.

Kemudian datang lagi satu sejarah 16 September iaitu 16 September 2008 apabila Anwar Ibrahim dengan penuh semangat berkata yang pada tarikh tersebut kerajaan akan bertukar ganti dari Barisan Nasional kepada Pakatan Rakyat. Diam tak diam dah hampir setahun kan kita dibawah kerajaan baru. Eh eh...mimpi rupanya. 16 September tahun lepas yang menyaksikan babak-babak lawan bawak lari ahli parlimen ke Taiwan untuk belajar pertanian? Biar benar belajar pertanian... kemudian di kejar oleh pasukan satu lagi seperti main bola untuk menyaksikan sejarah pada 16 September.

Sejarah memang berlaku, iaitu sejarah rakyat menunggu nunggu apa akan jadi. Aku masih teringat muka Paklah dengan bangga berkata, tengok tak ada apa-apa jadi (bukan dengan muka bangga sebenarnya...muka release..kelegaan)..Kekeke.

Apapun 16 September datang lagi. Aku tunggu dengan semangat 16 September tahun ini kerana ianya hari gaji aku. I still have some last minutes shopping to do. Sapa nak sponsor baju raya untuk aku? Wahahaha.

Tuesday, September 08, 2009

Beraya Dengan Warna Baru...


Setelah melihat Ina (osmate aku) berpindah ke bilik baru dan mengecat biliknya dengan penuh tekun dan hasilnya sungguh lawa dimata aku..maka aku sudah envy sama bilik dia punya warna yang sangat cantik. Jadi untuk tidak envy lebih-lebih, aku ajak dia cat ruang tamu pula dengan lebihan cat yang digunakan untuk bilik dia. Maka aku, Ina dan Fauzan (osmate baru)..telah bertungkus lumus mengecat ruang tamu sehingga jadi cantik.

Mula-mula musti kena alih perabut nan tidak la banyak mana. Lebih kurang pukul 9 lebih usaha mengecat dimulakan. Disebabkan aku tak tahu, briefing dulu oleh Ina. (time ni Fauzan belum balik).. Setelah mengecat dan mengechat...fauzan balik dia pun tolong sama. Maka kami bertiga dengan happy dan gembira mengecat rumah beriya-iya macam nak beraya di Kuala Lumpur. Pukul 12 malam lebih skit siap sudah. Pasal cat kat ruang tamu sahaja. Bukan seluruh rumah pun. Tapi apabila memandang hasilnya yang cantik dimata kami...aku dan Ina berniat nak cat ruang tamu ke dua lak dan hall masuk ke ruang tamu pertama. Projek kalau tiada aral melintang lepas raya lah. Penat eh tunggu malam buta baru nak mengecat. Cat siang kan letih dahaga melanda lak. Hohohoh.

Maka gambar seperti yang dilihat. Kalu korang kata tak cantikpun..takpelah... aku dan osmates rasa cantik. Kebetulan matching pula dengan sofa, tikar dan kotak sound system. Blend in red la kot tema dia. Walaupun takde niat satu sen pun nak beraya 3hari pertama kat rumah ni tapinya..sian dia manjang kena tinggal...kena la tinggal dalam keadaan agak cantik kan? Hahaha

Kenapa Ina cat bilik dia memula sekali? Pasal dia pindah bilik baru..dan osmate yang pindah keluar tu...hahaha rupanya kaki vandalism. Untuk mengcover vandalism dia..dia tepek wrapper hadiah kat satu ruang dinding ni. Ina rasa wrapper itu sangat buruk tahap tak mampu dilihat. Jadi dia sudah niat nak mengcat balik la bilik dia. Agaknya osmate yang pindah keluar tu tak reti mengecat agaknya jadi dia tampal wrapper kat kesan-kesan contengan dia. Yang kat bawah tu hasil contengan dia yang kami jumpa selepas wrapper yang dia tampal kemas dan cantik dikoyakkan. Hahahah lawak sih. Tapak tangan dia pun dia leh tekap..pehtu tulis 'this is my hand'. Tempat plug letrik lak dia tulis 'this is plug' Hahahha. Serius lawak sungguh.

Panjang umur mungkin kalau rajin la...bila dah jemu dengan warna ni..aku nak main tone hijau lak.. Hijau lembut dengan hijau keras skit. Mesti cantik gak. Yang penting dual tone. Ala-ala shawl popular masa kini. Hahaha



Cantikkan? Argh..mata aku nampak cantik....


Hasil contengan ex osmate yang berjaya kami discover dalam bilik dia selepas dikoyakkan wrapper yang dia buat konon-konon wallpaper.. Gile kentang ini orang. Nampak pendiam rupanya kaki vandalism. Hahahaha. Selamat bertukar kaler dual tone juga hasil cat Ina.

Tuesday, September 01, 2009

Harga Minyak Dah Turun...

Sekali silap daa..gred jo yang turun..harganya idak.. Hampeh.com.

Beberapa bulan yang lepas ada ura-ura bermula 1 September akan naik harga minyak. Ron97 akan jadi mahal dan akan di introduce RON95 pada harga RM1.75. (Ni pekejadah ni..janji dulu RM1.75..tiba-tiba jadi RM1.80, kambing punya janji..kambing pun tak berjanji okey. Yang ni memang aku agak angin. Oh aku lupa, kerajaan BN mana reti tunai janji...menanam tebu dibibir mulut... kena diebetis padan muka) Berita semalam menyatakan bermula hari ini maka penguatkuasaan itu akan berlaku. Apa yang aku lihat?

Toksah la duk gebang-gebang RON97 la RON95. Asal boleh sumbat dalam tangki sudah. Kan ianya sama je tidak berplumbum macam minyak RON97. Mostly kereta-kereta di Malaysia boleh sumbat the lowest ron sampai RON88. Bukan rosak bengkok pun kebuk pembakaran tu kalau pakai RON95.

Apa la nak heboh-hebohkan..sungguh aku tak faham la. Tapi kalu aku gi refill minyak esok lusa...stesen minyak aku tuju tu takde RON95 memang aku akan naik minyak la. Pasal enforce something tapi belum bersedia sepenuhnya. Hahaha.

Tuesday, August 25, 2009

Bagus Sangat Ke Karya Seberang Itu?

Sebelum aku teruskan bebelan aku ini, sebenarnya dua tiga tahun dulu aku agak suka la dengar lagu dari negara Indonesia. Macam orang lain juga. Walaupun artis-artis Malaysia asyik keluar melodi cerita mereka tidak puas hati dengan sponsor-sponsor yang sanggup menaja kuman seberang lautan tetapi tidak artis tempatan. Dalam hati aku duk berkata 'dah kalu lagu depa bagus, tajalah..yang kau dengki tak habis-habis apahal?'

Kemudian, baru-baru ini semasa Anugerah Planet Muzik yang berlangsung di Indonesia dimulai dengan insiden pengeboman kemudian si susuli oleh vokalis kumpulan Slank tunjuk bontot diikuti rapat dengan sambutan mat-mat dan mek-mek Indon yang buat keras kejum sewaktu persembahan artis luar tetapi bertepik dan bersorak sakan sewaktu persembahan artis negara mereka (ini membuktikan 2 perkara; 1. mereka tidak didedahkan dengan lagu dari negara lain. 2. mereka sokong artis mereka).

Sejak malam Anugerah Planet Muzik itu, aku berikrar nak menjauhkan diri dari lagu Indonesia. Kalau rakyat mereka boleh support karya artis negara mereka dengan penuh jiwa, kenapa kita nak mengetepikan artis kita lantas melaungkan artis Indonesia lebih bagus, karya mereka lebih kreatif dan sebagainya? Padahal dari 3-4tahun lepas, kalau didengar...lagu-lagu dari sana lebih kurang sahaja. Lembik longlai dan sebagainya. Apa yang membuatkan lagu mereka sangat hits di Malaysia?

Salahkan radio di Malaysia. Ya itu betul. Kalau mereka tidak putarkan lagu yang sama setiap 2jam, dan secara psikologi memaksa pendengar mendengar lagu yang sama berulang dan ulang kali..sudah tentu lagu itu tidak akan menjadi hits. Bukan pendengar yang menjadikan sesuatu lagu itu teratas tetapi stesen radio. Bayangkan kalau lagu Yuna, Meet Uncle Hussein, Hujan dan lain-lain band indie yang lain tidak dimainkan berkali-kali di radio, ada orang kenal dorang tak selain geng geng yang selalu pergi gig? Sama la dengan lagu Indon. We being forced to accept it. Sebab tu sanjung melangit tinggi, lagu kreatif bla bla bla bla.

Contoh lagu yang aku rasa aku sangat benci dengar ialah Superman dari The Lucky Laki. Apa kejadah lagu macam tu??? Tetapi akibat disumbat dan disumbat ke telinga akhirnya aku terlekat juga irama lagu itu dalam kepala. Get I mean? Overalnya aku nak cakap, aku dah virus free dari lagu-lagu Indon. Jengkel gila kalu aku terdengar lagu Indon di radio Malaysia. Dalam hati tertanya, selain dari Siti Nurhaliza...orang Indonesia tak kenal artis lain pun. Padahal we have plenty of talented artists.

Monday, August 24, 2009

Outing @ Bazaar Ramadan

1 Ramadan, selepas menonton the Orphan di Galaxy Ampang, aku dan deida berhasrat nak outing kat pasar Ramadan pula. Awal lagi masa memula sampai..tapi balik semayang zuhur dulu. Lepas tu tunggu asar jerlah terus sebelum jalan kaki ke param. It is not far from my house. Tak sampai 10minit pun ke pasar ramadan setiawangsa itu.

Apa motif outing ini? Saje nak ambil gambar kemeriahan bazaar ramadan. Hehehe. Aku pakai kamera blur ajelah. Keenakan makanan yang aku tak tertarik nak beli. Pelik la aku.. bulan puasa tak bernafsu lebih lak untuk beli makanan yang sedap-sedap itu. (Iya ke sedap?) hahaha

Kepak ayam yang menggoda selera, tetapi berjaya aku tepis godaan itu.

Ayam goreng yang akan ku buat wallpaper.. Kakaka..menguji iman..kakaka


Oh ikan bilis..nyam nyam nyam

Thursday, August 20, 2009

Jadual Berbuka Puasa 2009

Aku tercari-cari nak download dimana ada jadual berbuka puasa 2009. Aku menjumpainya jadual buka puasa bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur disini. (Click here)

Bagi negeri dan daerah lain, boleh click disini. Akan ada pilihan negeri masing-masing. Click dan pdf document akan terbuka. Print sahaja. Akhir kata, selamat menyambut bulan puasa! :)

Terima kasih portal Islam.gov.my

Wednesday, August 19, 2009

Tak Ada Orang Yak Bersih Ke?

Agak terperanjat apabila calon pilihan BN di Permatang Pasir mempunyai kes rasuah yang belum selesai. Membuatkan aku terfikir satu benda, setiap kali pilih calon..ada sahaja yang pihak pembangkang bongkarkan tentang ketidakbersihan calon berkenaan.

Jadi soalan aku yang bangang, kenapa tidak dipilih yang maksum, bersih dari segala kes-kes yang memburukkan calon di mata pengundi atau tidak ada langsung yang bersih? Semua calon-calon yang belum dipilih pun sudah tidak ada yang bersih ke?

Kenapa harus dipilih orang-orang yang mungkin menjadi punca utama kekalahan parti untuk menjadi calon?

Tuesday, August 18, 2009

Pesanan Khidmat Masyarakat - Pakailah Topeng

Kita taktahu body kita camne. Kuat ke? Tak kuat ke? Jadi sebagai langkah berjaga-jaga mai la kita pakat pakai mask apabila keluar ke tempat orang ramai. Jangan kerana kelewaan (ada ke word lewa = kelewaan), kita mati katak dan menyusahkan orang lain. Mostly rakyat Malaysia masih ambil mudah akan risiko terdedah kepada selsema babi.

Yes, aku mahu memanggil penyakit itu sebagai selsema babi. Baru hina skit bunyinya. Kalau sebut H1N1 macam tak ada pesalah pulak. Utamakan kebersihan. Cuci tangan dengan kerap. Untuk lebih berkesan, 20saat dan lebih. Bukan pi celup air lepas tu claim dah bersihkan tangan. Mask dan hand wash dan juga hand sanitiser menjadi satu benda paling popular waktu ini. Apa jua cara anda, pastikan kita sama-sama bertanggungjawab melindungi diri dan keluarga dari selsema babi.

Aku berdoa semoga kita dilindungi dari selsema babi. Setiap hari ada sahaja kematian terbaru. Takut aku membacanya. Kalau terjangkit pun sembuh macam demam biasa dan tidak diakhiri dengan fatal. :(

Monday, August 17, 2009

Movie Review - Setem

Maaf kerana aku agak jarang update blog sekarang. Ada busy banyak pulak sekarang ini. Okey, aku nak review movie setem. Filem apa? Setem? Apa itu? Ala...filem setem lakonan Afdlin Shauki, Rashidi Ishak dan nama-nama lain. Aku malas la nak sebut satu persatu pasal ramai. Nak tau google je lah ya.

Aku jarang tengok cerita melayu. Aku skeptikal pasal selalunya harga tiket tidak berbaloi dengan jalan cerita. Takat tipikal tipikal cintan cintun, rogol, curi, rompak, bunuh orang, derhaka kat mak ayah, lumba haram, lepas tu insaf tak ada maknanya. I dun need movie to remind me akan keruntuhan moral rakyat Malaysia because I already watch it in the news every single days. Why the movie makers think kaki wayang nak pergi bayar RM10 untuk tengok realiti sekeliling kami?

Okey berbalik kepada filem Setem. Aku suka arahan Kabir Bhatia kerana filem beliau selalunya mempunya pemandangan yang indah. Tapi mendengar review-review orang lain, filem ini sangat menarik untuk ditonton. Sesuai pula dengan tema 1Malaysia sekarang. Filem ini ada lakonan kaum-kaum besar di Malaysia termasuk kaum pendatang juga. Haha.

Lakonan dan jalan cerita yang sangat kelakar. Tetapi akibat kurang promosi dan juga mungkin kerana ketakutan orang ramai kepada H1N1 maka filem ini kurang mendapat sambutan yang rasanya amatlah merugikan kerana filem ini sungguh menarik dan menghiburkan.

Kalau syarikat lain boleh iklan filem-filem bodoh mereka sampai pecah panggung kenapa tidak pembekal filem SETEM? Sedih lah filem-filem yang bagus begini kalau dapat kutipan kurang memberangsangkan. Pasal sangat best best dan best.

Idea lawak pun fresh bukan idea yang sama dikitar dan dikitar menjadi lapuk. Aku enjoy menonton setem sampai hari ini aku rasa happy kalu teringat Setem. Tidakkah kamu pun mahu merasa begitu? :) Sila pergi menonton. :)

Kucing Pun Layan Porno Daaa

Terbaca Metro Ahad last week. (Punyalah lama, aku tak ada masa nak upload pasal ada hal peribadi yang menghalang).. Lawak la pulak rasanya alasan itu...:D

Thursday, August 06, 2009

Nota Untuk Penganjur Demonstrasi

Lainkali minta pendemo-pendemo bawa duit banyak-banyak pergi shopping sebelum sessi demonstrasi bermula. At least seorang kena beli RM200.00. Jangan duk beli setakat air sebungkus (RM1.00) dan kerepok lekor (RM1.00) sahaja. Alangkah demonstrasi penggunaan mop pun sudahnya akan ada mop yang laku dijual. Apa salah, beli belah kat Jalan Tun Abdul Rahman dulu kan sebelum kena water cannon?


Idaklah nanti apabila demonstrasi dah habis, banyak pihak nak minta kamu bertanggungjawab atas kerugian berjuta-juta. Nanti semua orang suka demonstrasi. Tidaklah kamu dicap merosakkan harga benda peniaga.

Oh, jangan lupa, demonstrasi lainkali sila gunakan teksi. Beramai-ramai naik teksi untuk mendemo. Jangan jalan kaki. Kasi laku sikit itu teksi. Mesti pemandu-pemandu teksi akan suka kalau ada demonstrasi lain kali.

Lainkali juga, buatlah apa-apa yang patut untuk mengelakkan demonstrasi. Banyak cara lain nak luahkan perasaan. Aku tau pendemo-pendemo takkan setuju dengan entry ini, hey guess what...I dun care. Time korang pergi berdemo pun, korang bukan peduli feeling orang yang tak setuju dengan demonstrasi kan?

Tuesday, August 04, 2009

Kcarlife Gathering Datang Lagi

Dari hujung sana ke hujung sini. Ini belum sampai semua ni. Dan ada yang dah siap makan. Meja dah membentuk bentuk pentagon dah aku rasa time neh.


Apabila merujuk kepada kcarlife.com gathering, maknanya gathering tu takkan kurang dari 20 orang lah. Pengertian mini gathering kcarlife pun dah sama dengan pengertian gathering biasa orang lain kot? Grand gathering kcarlife? Aduh.... tak terimaginasi. Tak masuk akal punya kehadiran. Hahaha.

Gathering berlangsung dengan jayanya di Restaurant MMZ Bukit Jelutong pada 1 Ogos yang lepas. Ala, hari yang tiba-tiba puak-puak berdemonstrasi di KL pula. Padahal tarikh rancang menda ni 2 bulan lepas...dah cantik dah.. takde clash apa-apa event. Tetiba ada demo susah lak kitaorang polis sana sini buat roadblock. Huhu. Port rasmi gathering pasal parking suppose to be enough untuk tampung kehadiran warga kcarlife. Hari jumaat lepas, senarai yang nak hadir ialah 100 orang lebih. Tapi kehadiran sangat luar biasa which are more than 200 peoples turn up dengan lebih 150 kereta masing-masing. Hahaha.

Sahabat dari Pahang, dari Selatan (Johor, Melaka dan Negeri Sembilan), dari Perak semua dengan penuh kegirangan ke MMZ. Yea yea yea. Sampai kereta peronda pun lalu sebab terlampau banyak kereta kecil-kecil parking di situ sampai double triple parking. Maybe abam-abam polis ingat, ini adalah serpihan demo di sekitar KL kot. Hahaha. Idaklah...memang la ada demo..demonstrasi kereta canggih-canggih aje.

Enjoy the photos. Orang ramai gile kentang sampai memang tak sempat berkenalan dengan semua orang. :). Terima kasih la yang jauh2 tu datang. Yang dekat pun terima kasih gak... Banyak gambar, tapi malas lah nak hitamkan plat number. Jadi aku link yang mana yang tak nampak plat je.

Photos belongs to Aloha dan syamrv4. Curik ya bang...ahaks!

Sunday, August 02, 2009

Kenapa Hanya Satu Pihak Yang Jahat?

I dun give a damn about the perhimpunan haram di Kuala Lumpur semalam. Aku sibuk pergi hiking dan pergi gathering kcarlife. Berita pun aku tak layan semalam berkenaan isu ini. Just apabila hari ini membaca surat khabar dan menonton berita di televisyen membuatkan aku rasa sedikit pelik.

Okey, dari apa yang aku tahu, ada dua puak yang sibuk nak berdemonstrasi.
1. Gerakan Mansuh ISA
2. Gerakan Sokong ISA

Then, why the hell only one side have to take all the blame????????

GMI menyusahkan rakyat, GMI tidak peduli nasib peniaga di jalan TAR. GMI itu dan ini. Then what happen to the other group? Diaorang tak bersalah ke? Sama-sama berarak kan? Tempat lain-lain tapi kawasan sama. Kenapa hanya satu pihak yang bersalah? Kenapa pihak yang satu itu yang diburukkan. Langsung tidak disebut akan satu pihak lagi.

Macamlah orang tak tahu ada dua pihak yang sibuk nak berpanas hujan semalam. Jadi gerakan penyokong ISA itu hero? Gerakan Mansuh ISA itu penjahat? Please la.

GMI di dokong oleh pembangkang, Sokong ISA didokong oleh mostly yang menyokong pemerintah, jadi yang sokong itu hero?

Walaupun korang kononnya berbeza ideologi tetapi in the end, yeaa..... dapat gak bersatu memenuhkan jalanraya kan? :)

Nasib baik gathering kcarlife tidak terjejas walaupun roadblock sikit punya banyak nak masuk Lembah Kelang!

Tuesday, July 28, 2009

Bukti Pencemaran Udara Terlampau - The Video


Please see the video to the end. You will be suprise and angry because the air pollution is beyond control and the bus is like doing nothing wrong. Be on the road in that bad condition! Abaikan lagu yang berkumandang. WCR 5076. Yes itu no pendaftaran bas berkenaan.

Semalam sewaktu pulang dari kerja, aku telah dengan jayanya berada di belakang sebuah bas kilang Texas Instruments yang sedang dalam perjalanan menghantar pekerja kilang balik ke rumah. What shocking me most? Jumlah asap hitam yang keluar dari kebuk asapnya (ekzos).

Macam bas tengah terbakar! Dan menyebabkan sekitar jalan yang dilalui oleh bas tersebut gelap gulita. One bus enough to make volcanic air pollution in Kuala Lumpur. Kalau kerajaan sibuk sangat nak kawal kadar jerebu di Malaysia, sila ambush dan sita bas ini.

Bukankah ada peraturan JPJ yang mengatakan kereta tidak boleh berasap? Tu bas berasap macam smoke fire itu, sila lah pergi tangkap. Bas itu lalu lalang di jalan raya entah berapa kali sehari, shift kilang ada berapa kali sehari? 2? 3? Kalau 2 mean 4 kali sehari dia keluar mencemarkan alam sekitar. 4 kali sehari tentunya cukup (dengan kadar pencemaran yang dikeluarkan), untuk merosakkan paru-paru dua orang kanak-kanak sekolah!

The vehicle that cause massives air pollution are hundred times worse compared to kancil modify letak enjin turbo.

Monday, July 27, 2009

Car Mileage

Macam biasa, versi tak boleh tengok nombor lawa-lawa kat meter. Mulala rasa tergedik nak ambil gambar. Dah jauh rupanya my small and slow car bawa aku berjalan.
Ini meter dicapai kat Lebuhraya Pantai Timur sewaktu perjalanan balik ke KL dari kampung. Tak sempat nak berhenti takut meter bertukar jadi tak cantik dah. Hahaha. Aku perasan banyak kali betul LPT menjadi medan kereta aku mencapai nombor cantik. Frequent flyer? Eh..flyer? wakakaka.. Poyo.

Friday, July 17, 2009

Aneh Kes Jatuh-jatuh Ni...

Terjatuh? Terjun? Atau dibunuh?

Tak logik pula Setiausaha Politik itu nak terjun kalau hari ni dia sepatutnya register kahwin. Tapi betul ke dia nak kahwin hari ni? Kalau nak kahwin hari ni buat apa melepak lama-lama kat MACC. Dahlah release pukul 3.45pagi, kalau aku nak kahwin..lepas dibebaskan balik terus lah.

Kalau nak kahwin mean life offer his a lot tak memungkinkan dia terjun sebab kusut lah.

Apapun, kerana dia jatuh dan mati selepas disoal siasat oleh SPRM, sekarang SPRM perlu membuktikan mereka tiada kaitan dengan kejadian itu. Jika tidak, imej mereka sebagai badan yang menangani hal-hal rasuah akan tercalar teruk

Apapun misteri ini tidak akan lenyap dalam sekelip mata.

Manik Urai - Satu Kesedaran

65 undi majoriti? Mang ai....sikit sangat tu. Menang memang menang, yang naik jadi ADUN tetap PAS tetapi berita mengenai 65 itu tidak akan senyap dalam masa sekejab. Masih ingat apabila BN menang majoriti Mudah untuk Parlimen bukan Majoriti 2/3 maka semua ahli pembangkang berkata itu merupakan satu kekalahan dan tamparan kepada BN? (Walaupun BN menang dan boleh membentuk kerajaan).

Ironinya, 65 undi majoriti di Manik Urai juga merupakan kekalahan dan tamparan kepada PAS. Tidak kira apa jua taktik yang diguna pakai oleh BN untuk melonjakkan bilangan undi mereka, yang penting 65 undi itu menakutkan. Mengingatkan PAS agar jangan terlalu yakin dengan kekuasaan dan kekuatan mereka di Kelantan. Apa sahaja boleh berubah.

Ditambah dengan kekuasaan media oleh BN yang menunjukkan ahli-ahli PAS bercakar antara satu sama lain, menambahkan ketidakyakinan pengundi untuk memangkah BN. Sudah tentu, 11 Goodie oleh Najib dan PPSMI merupakan juga satu faktor yang tidak boleh diambil ringan. Rakyat suka PPSMI dihapuskan, rakyat suka tol dikurangkan 20% bagi pengguna tegar lebuhraya (erk walaupun rakyat Manik Urai tidak mendapat faedah dari pengurangan ini).

Aku harap angka 65 menjadi satu lambang yang situasi politik negara masih samar. Pihak pemerintah atau lawan tidak boleh terlalu yakin dengan kemampuan mereka. :)

Monday, July 13, 2009

11 Goodies Semperna Najib 100 Hari

Secara peribadi, aku rasa suka sebab Najib berusaha untuk jadi Perdana Menteri yang rakyat sayang. Samada percubaan itu berjaya atau tidak, kita sama-sama tengok sahajalah. Secara peribadi nya juga, aku rasa 11 hadiah itu bolehlah dari tak ada langsung. 100 hari Paklah jadi Perdana Menteri apa dia bagi? Takde apa kan?

Jadi yang mana duk bising pasal hadiah-hadiah Najib tu, ingatkan itu hadiah. Tak payah nak demand lebih-lebih. Hahaha.

Ada hadiah yang jadi kontroversi, antaranya:

1. 20% discount untuk pengguna touch and go dan Smart Tag yang penggunaan mereka melebihi 80 kali. Entah kat mana kontroversinya. Sure, you have to spend a few hundred to get a discounts. Sama macam PWP (Purchase With Purchase) kat Pasaraya la. Seperti juga kredit kad. Belanja melebihi RM100 sebulan, dapat discount itu dan ini. Apa kaitan dengan orang kaya pakai touch and go atau Smart Tag dan orang miskin tidak? Aku tak kaya dan aku ada juga Touch N Go. Touch N Go dan Smart Tag bukan hak milik orang kaya. Orang naik LRT pun ada Touch N Go bai..

Kenapa Touch and Go and Smart Tag users only but not manual booth user? Fikir logik la sekelian alam. Smart Tag dan Touch and Go users, tiap kali sentuh masuk sistem. Maksudnya sistem tu nanti auto calculate berapa kali kau dah jalan sebulan. Kalau manual booth, kau nak tunjuk 80 keping resit ke tiap kali lalu booth? Ada fikir queue akan jadi berapa kilometer kalau setiap orang tunjuk 80 keping resit dan si tollgate keeper kena kira kepingan resit tu? Hohohoh. Please la...

2. Kadar latihan lesen motor jadi RM211. ya baguslah. Tak ramailah lagi yang bawa motor tidak berlesen. Dan bayarannya sangat menghilangkan beban. Tapinya kesan dari keputusan ini juga ada dua. Baik dan buruk. Yang buruknya ialah bilangan motosikal di jalan akan bertambah berkali ganda. Aku harap idaklah ramai dari yang ini akan menjadi mat rempit tegar pula.

3. Pendaftaran kelahiran di Sabah dan Sarawak dipermudahkan. Aku harap walaupun ia dipermudahkan, idaklah menjadi tempat warga Filipina menjadi rakyat Malaysia dengan sekelip mata. Sudahlah peningkatan rakyat Sabah dan Sarawak menjadi lebih 200% dalam masa 20tahun.

4. Langkah drastik menangani jenayah. Ya ya, aku tunggu langkah drastik itu. Malaysia sudah hampir menjadi negara yang tidak selamat untuk perempuan terutamanya.

5. Permit teksi kepada individu. Aku harap idaklah individu itu dapat kepada warga asing. Aku nampak teksi di Kuala Lumpur ada juga warga asing seperti Indonesia yang jadi pemandunya.

Itu je kot. Yang lain macam bekalan air dan eletrik di sabah dan Sarawak, aku bukan orang yang layak bersuara. :)

Awat tak bagi 100 goodies erk? Hahahah

Wednesday, July 08, 2009

PPSMI: Kenapa 2012?

Akhirnya, ianya akan dihapuskan. Baguskan. Walaupun adik-adik aku semua sudah merasa dalam markah rendah-rendah sebab tak faham ajaran kan? Tetapi aku serius tak tahu kenapa perlu 3 tahun untuk menghapuskan PPSMI. Kenapa 3 tahun? Lama sangatkah masa yang diperlukan untuk cetak semula buku teks dalam bahasa melayu?

Dalam masa tiga tahun berapa ramai kanak-kanak jadi mangsa PPSMI ini?

Aku tahu ramai juga yang tidak puas hati kerana akhirnya ia dihapuskan. Golongan yang english speaking akan merasa takut kalau anak mereka menjadi mangsa apabila tidak mahir berbahasa Melayu dan terpaksa belajar Sains dan Matematik dalam bahasa yang mereka mahir. Guess what? That what orang kampung rasa. Yang english speaking ni selalunya golongan elite, orang bandar dan sebagainya. Yang orang kampung macam aku ini memang rasa gembira sangat-sangatlah.

Yang nak kutuk aku kutuklah. Tak ada hal, aku belajar Math dan Sains dulu dalam bahasa Melayu juga. Elok je sekarang kerja kat international company.

PPSMI tidak pernah membantu budak-budak belajar English pun. Kenapa? Ia bukan menumpu kepada penggunaan grammar yang tepat kan? Macammana nak pandai english kalau tak ada guna grammar. Kalau belajar bahasa inggeris tanpa belajar grammar, nanti orang tanya. Have you eat? Apa nak jawab? I was eaten boleh? Hahaha. Kalau PPSMI tidak menekan kepada penggunaan grammar, maka ianya tidak mencapai sasaran untuk mewujudkan kanak-kanak bijak English pun.

Apa kaedahnya belajar Bahasa Inggeris sesambil belajar sains dan Math? Dah ada slot Bahasa Inggeris kan? Learn it there la. Okey okey..apapun.. Aku menyokong penuh penghapusan PPSMI. Terima kasih Kementerian Pelajaran kerana membuat keputusan yang tepat yang membolehkan anak-anak luar bandar menyinar dalam Matematik dan Sains. Jangan pada tahun 2011 diumumkan tidak jadi sudahlah. Benda nak enforce lama sangat ni...kadangkala tak menjadi.

Monday, July 06, 2009

BN Kata Manik Urai Anak Angkat Dia

Merujuk kepada berita minggu semalam. Dan dan je jadi anak angkat. Siapa yang buat persetujuan nak mengangkat-angkat itu. Lepas pilihanraya kalau kalah, anak angkat tu dibuang di tepi tong sampahkah?

Adakah peluang BN menang di Manik Urai? Ikut rekod, not a chance!

Tapi memang betullah, time nak pilihanraya..minta apa sahaja...pihak yang satu itu akan berjanji itu dan ini. Kalau bekalan elektrik selalu terputus, maka pihak itu akan berjanji elektrik tidak akan terputus lagi. Kalau pengangkutan awam tidak bagus dikawasan tersebut...tunggu sahaja janji manis untuk membeli bas berkoyan-koyan untuk menampung permintaan.

Tetapi tidak kiralah menang atau kalah....janji tinggal janji. Tapi itulah..yang best pilihanraya kecil ni...perhatian lebih sikit.

Walaupun pengerusi SPR berkata 'saya harap ADUN dan MP tidak mati lagi', mesti akan ada yang meninggal dunia. Setiap kali ADUN dan MP meninggal, sesuatu kawasan itu...sudah syok dan meriah seperti bandaraya New York untuk 2-3minggu. Hahahah

Wednesday, July 01, 2009

Teguran Terbuka Kepada Webmaster Radio HotFM

(Dan radio lain dibawah media prima).

Aku selaku pendengar radio online tegar ingin mengucapkan takziah kepada webmaster hotfm (maybe flyfm juga) kerana kehilangan aku sebagai pendengar radio kamu.

Dahulu radio hotfm mudah didengar (berbanding radio astro yang perlu daftar sebagai epass user dulu). Click dan dengar. Kalau nak advance sikit copy paste link ke windows media player. Other than that, easy as pie.

Sekarang, webmaster Hotfm agaknya tengah nak kejar kemajuan. Dari semudah click dan dengar, sekarang perlu install plugin kambing la, plugin ayam la. Siap nak dengar radio online pun perlu baca buku panduan. Oh tidak, aku cuma nak dengar radio, nak enjoy lagu semasa bekerja..kalau aku nak baca buku panduan..baik aku baca buku yang lebih berfaedah.

Jadi kalau kamu jatuh no 3 atau no 5..salah satu sebab ialah webmaster yang terlampau terer, plugin sana sini. Contohi radio astro dari ber epass sekarang click capsules terus boleh play. Oh, aku pendengar sinar dan hitfm sekarang. Aku bosan dengan kerenah player online hotfm sudahla canggih melampaui serta tersekat-sekat sana sini.

Tuesday, June 30, 2009

Orang Gaji, Pembantu Rumah dan Dot Dot Dot

Sejak Siti Hajar keluar suratkhabar akibat didera, maka terbukalah mata orang ramai mengenai kekejaman majikan Malaysia kepada orang gaji mereka. Kerajaan Indonesia pula tak menunggu lama untuk membekukan rakyat mereka masuk Malaysia jadi pembantu rumah.

NGO NGO pula sibuk perjuangkan satu hari cuti setiap minggu untuk pembantu rumah. Majikan-majikan pula sibuk bising tak boleh bagi cuti satu hari kononnya diaorang suka accumulate the leave untuk balik kampung waktu raya dan sebagainya.

Ini pendapat aku la kan sebagai orang kampung yang mak memang menjadi suri rumah sepenuh masa.

Mak aku berada dirumah masak, basuh baju..sapu sampah. Tak ada cuti pun, 7hari seminggu, 30 atau 31 hari sebulan 365 hari atau 366 hari setahun duk kemaskan rumah etc. Siap mengadu bosan kalau adik-adik pergi sekolah pasal tiada apa dirumah. Bukan aku cakap domestic workers tak perlu bercuti. Entahlah, aku tidak berada dalam situasi dan tengok pembantu rumah bekerja. So I am not wearing a right shoe to speak on behalf of them or against the idea.

Tapi cara Kerajaan Indonesia bertindak sungguh tak difahami, banning malaysia konon. Weh yg datang naik tongkang sampai mati kelemasan kat selat melaka itu siapa? Yang ramai pendatang haram tu siapa? Yang mendera pembantu rumah bukan orang Malaysia je. Orang sakit mental je buat camtu. Which can be found in every city and villages in whole world. Nak ban semua negara?

PS: Aku rasa pembantu rumah buat kita jadi malas. Nak ambil air segelas pun nak minta maid ambilkan.

Sunday, June 28, 2009

Transformers Revenge Of The Fallen

Okey, watched this movie at KLCC TGV on 23 Jun. Biasalah, aku kalau movie besar-besar prefer ambil sneak preview. At least, when the rest baru start nak beratur, aku dah siap keluar dan boleh komen dah. Hahaha.

Setidak pendapat dengan banyak review yang keluar di internet, aku rasa this sekuel lagi best dari yang satu dulu. CGI, jalan cerita, lawak semua in one. Ramai orang complaint akan ketidak pandaian Megan Fox berlakon. Hey, korang komen dia tak terer berlakon or korang jeles korang tidak sehot Megan Fox? (Oh.. I sound soo lesbian right now). This movie is about Decepticons and Autobots. Manusia tersekat ditengah-tengah. Megan Fox part dia berlari berlari je. How to be a good actress or actor in the movie when all you need to do is run? Tunggu la dia dapat peluang berlakon filem penuh perasaan (someday).

Aku rasa filem ni bagus boleh ditonton oleh semua la (at least not the part where the decepticon kecil horny di kaki megan fox). Payah tau nak buat review tanpa spoiler. Macammana nak cerita yang aku suka sangat filem ni ya? Transformer 1, aku tonton dua kali diwayang. And I think I gonna watch this sekuel one more time. Tak puas hati la pasal....best sangat. Kelakar amat. Sampai satu panggung gelak bersama-sama.

Itu sahaja. I can't go on memuji filem ini tanpa spoiler. Which is unfair pada orang yang tengah beratur beli ticket dan belum tengok lagi.

PST: Sila tonton filem 'The Last House on the Left'. Walaupun permulaan agak selow tetapi wow, tak pernah pula tengok filem ngeri dimana separuh masa pertama pemangsa memburu dan separuh mangsa kedua, pemangsa diburu. This is the best movie la kalau nak cakap pasal revenge. The Fallen Transformers pun kalah. Hahaha. (Filem ini 18PL, banyak adegan berdarah)

Saturday, June 27, 2009

Influenza A H1N1 or SWINE FLU?

Bertekak lah Kementerian Penerangan, Kebudayaan dan Komunikasi dengan Kementerian Kesihatan akan term mana yang wajar dipakai bagi merujuk kepada selsema yang kini merebak di seluruh dunia. Sudah menjadi pandemik.

Kementerian Kesihatan berkata H1N1 digunakan untuk menyeragamkan panggilannya kerana seluruh dunia memanggilnya H1N1 dan merujuk terus kepada penyakit yang satu itu. Kementerian Penerangan pula berkata, Swine Flu lebih tepat kerana mengambarkan source asal penyakit itu bermula. Jadi yang mana satu?

Me menunggu hasil tekak-tekakkan pihak atas sahaja. Tetapi selsema babi pun sedap juga didengar. :) Kalau selsema burung boleh sahaja digunakan untuk merujuk kepada selsema burung, (ayam pun burung), kenapa tidak selsema babun eh selsema babi kan?


Friday, June 26, 2009

Episod Ayu Lagi

Dia ni punya hobi ialah lena. Sesekali datang manja mesti nak tido kat tangan. Malam tadi disebabkan dia lena kat tangan aku, dengan aku-aku sekali lena. Selamat pukul 10 dah ketiduran depan tv :)
Posted by Picasa

Tuesday, June 23, 2009

H1N1 Ayoyo Spreading Fast

It is spreading and fast. Takut la aku. Ingat tak filem-filem pasal virus yang menyerang sana dan sini? Resident Evil pasal virus spreading all over the world, 28 days later, 28 weeks later pun sama. Menceritakan virus yang merebak dengan pantas. Idaklah H1N1 mengakibatkan kejadian ganas seperti dalam filem-filem ini tetapi virus tetap virus.

Dan serangannya menyebabkan maut. Berbahaya sungguh. Setakat ini sudah 3 sekolah di tutup bagi menghindari ia merebak lebih laju di peringkat sekolah. Bagaimana menghidarinya? Bagaimana mengubatinya? Adoi. serius aku takut.


Aku pernah terbaca dalam blog yang mengatakan 'apa takutnya kepada Selsema Babi apabila orang di Palestin menghadapi maut setiap hari, itu bukan pandemic ka?'. Aku tidak ada jawapan, tetapi pastinya aku berdoa aku terhindar dari jangkitan itu. :)

Friday, June 19, 2009

Stim Boy, Anyone?


Minggu ini jugakla (hari isnin) selepas penat berjalan dan berlari di tasik titiwangsa, sewaktu dalam perjalanan pulang ke rumah, aku dan mekda singgah minum (plan asalnya minum sahaja) di AU2 Keramat.

Selepas pilih kedai, lepak-lepak tengok menu. Alahai perut rasa lapar pula. Biasalah lepas bersenam of course perut minta refill. Jadi orderlah makan tomyam ayam. Sementara menunggu makanan tiba, mata melilau ke sana sini.

Yes, ada beberapa jenis masakan stim ditawarkan dikedai ini. Yang paling mengelikan hati aku ialah stimboy? Apakah itu? Budak lelaki yang dimasak stim atau budak lelaki yang tengah stim? Hahaha. Sungguh aku tidak tahu. :)

Side Parking Itu Seni Part II


Part I here

Haha, lokasi sama la dengan part 1. Almaklum aku belum berhenti kerja dan disini desakan parkingnya sangat tinggi. Bayar untuk parking, atau parking percuma dan datang super awal dan kena bersemangat kental.

Aku tahu ramai orang nak muntah sebab aku duk show off kereta murah aku ni. Tapi biasalah, kereta murah dan kecik pun, ada advantage gak. Senang parking. Hahaha. Serius, everytimes aku dapat masukkan kereta kat tempat sempit dengan propernya maka aku akan rasa sangat happy.

Wednesday, June 17, 2009

Perpaduan Apakah Ini?

Ruang beras-padu dipenuhi dengan cerita Nasharudin dan Nik Aziz bertelagah. Asyik dua tiga menjak berbicara pasal kerajaan Perpaduan, apa sudah jadi? Pergaduhan? Adoi... atau ini merupakan permainan media semata-mata? Tapi kalau sudah berbeza pendapat, rasanya boleh diselesaikan dengan jalan yang lebih respectful.

Jangan jadi Tun Abdullah dan Tun Mahathir ya.

Tuesday, June 16, 2009

Can Someone Tell Me, How TNB Billing Us?

Aku terima bil letrik aka bil monopoli terbesar di Malaysia iaitu Tenaga Nasional. Samada terima bekalan elektrik dari TNB atau hiduplah kamu didalam pelita ayam (ayam juga yang dapat nama).

Aku rasa TNB mencekik darah dan mental aku dengan bil terbaru ini. Yes, bil TNB selalunya bil anggaran sahaja. Tak ada bil sebenar. Malas benarkah nak jelajah tengok bacaan meter sebenar?

Anggaran meter by TNB tu berdasarkan apa? Beberapa bulan sebelum ini, bil elektrik rumah aku dalam lingkungan 30-40ringgit. Kemudian bulan lepas jadi RM56.00++. this month suddenly jump skyhigh to RM191??????????????????????? Anggaran celah bedah apakah ini? Kemudian ditolak pelarasan anggaran sebanyak RM121++. Jadilah RM64.++. Macammana tolak? Mesin kira apa kau guna? RM64 tu pun masih tinggi sangat bagi pengguna yang hanya berada dirumah 9-10jam sehari.

Ada aku tambah perkakasan elektrik? Pasang penghawa dingin dua ketul? Tidak. Ada kipas syiling je. Tiada yang luar biasa. Peti sejuk sudah berada dirumah sejak 4tahun lepas, washing machine too. And limited the usage of washing machine to 3-4times weekly. Jadi WHAT MAKE MY BILL JUMP SKYHIGH?

Boleh TNB explain? Kau pakai algorithma apa menganggar penggunaan elektrik rumah orang? And I felt like macam dirompak secara terangan. Kalau aku tak bayar, the next bil akan tertulis, TUNGGAKAN. Bagaimana ianya jadi tunggakan kalau ianya cuma anggaran? Walaupun ianya hanya anggaran, tetapi tetap kena bayar. Dan bila? bila masanya bil sebenar akan dapat ditengok?

Seperti yang dilihat di bil aku, TARIKH BACAAN TERDAHULU IALAH PADA 13-02-2009. Walaupun tulis macamtu, bagaimana kita sebagai pengguna nak betul-betul pasti yang memang pada hari tersebut ada bacaan dibuat? 4 bulan yang lepas. Dah tu, macammana tiap-tiap bulan manjang meningkat sahaja bil aku ni? Buat kerja betul-betullah. Pergi buat bacaan sebenar. Kot nak untung lebih pun, berpada-padalah.

Geramnya aku kat TNB. Huh Huh HUh. Sekali lagi, anggaran ko pakai algorithma apa? Ke ikut mood je nak letak nilai berapa pengguna perlu bayar?

Kerajaan pernah memutuskan pada belanjawan negara tahun lepas yang jika bil elektrik kurang dari RM20.00 sebulan, rumah tersebut tidak perlu membayar bil elektrik bulan tersebut. Dalam kes anggaran, macammana nak dapat pengecualian??? Kalau asyik anggar tinggi bebenar?

Rumah aku kat kampung bil eletrik bulanannya hanya 60-70ringgit. Mesin basuh on tiap-tiap hari, kadang-kadang dua tiga kali sehari, peti sejuk. TV. Komputer. Lampu luar terpasang sampai siang, lampu dalam rumah kat ruang tamu pun sampai siang. Jadi, bagaimana bil elektrik aku lebih tinggi dari itu? Adakah kadar caj di Kuala Lumpur lebih mahal dari di Besut Terengganu?

Beriya-iya kerajaan konon suruh jimatkan elektrik, bagaimana aku nak tahu aku dah jimatkan elektrik kalau aku tak nampak reflect ke atas bil bulanan aku yang hanya pakai nujum modem meramal sahaja kaedahnya? Lagi menarik, print atas bil, SWITCH TO ENERGY EFFICIENT, LOG ON TO WWW.SWITCH.ORG.MY. Nak jimat camno, kalau tak tahu penggunaan sebenarpun??????