Monday, December 15, 2008

Oh Bukit Antarabangsa...

Punyalah banyak berita pasal tanah runtuh di Bukit Antarabangsa, sampai aku tidur pun mimpikan tanah runtuh. Oh bukan ini yang aku nak tuliskan.

Ceritanya bermula di pagi sabtu, dua hari sebelum umat Islam di Malaysia menyambut hari raya haji yang suam-suam kuku sambutannya di ibu kota tanah air. Aku memang lambat tahu, walaupun aku tengok helikopter duk terbang turun, terbang naik di bukit berhadapan rumah aku, aku tidak tahu apa-apa sampailah menonton berita di malam hari kejadian. Sebak pun ada. Aku bayangkan kalau kejadian tersebut berlaku pada aku dan keluarga aku, mesti tangisan pilu berkumandang.

Lagilah sebak, rumah arwah kawan aku pun berada di kawasan yang sama. Perlukah aku telefon keluarganya bertanya khabar? Oh, nanti penat pula nak kenalkan diri yang aku ini kawan arwah anaknya. Tak mengapalah, aku doakan mereka semua dijauhkan dari mala petaka itu.

Okay berbalik kepada tragedi bukit antarabangsa, aku taknak tulis berkenaan bantuan, aku taknak tulis pasal penduduk yang mengamuk askar yang tak tolong penduduk. Aku nak tulis pasal tanggapan masyarakat pada penduduk yakni mangsa tragedi.

1. Padan muka, dah kaya.. nak duduk umah tinggi-tinggi atas bukit. Kan dah dapat balasan.
- What the hell????? Kalau duduk kat dalam gua pun kalau nak jadi kejadian tak diingini, jadi juga. Apa kaitan dengan kaya? Yang miskin pun kalau berada disitu kena juga. Dan siapa yang taknak duduk tempat tinggi-tinggi, nampak permandangan saujana mata memandang???? Dah orang jual, mereka mampu beli, beli sahajalah.
- Dan juga apa kenapa pula cakap pasal balasan? Pasal depa kaya? Apa kaya tu satu dosa ke?

2. Sampai mati pun pegang handphone lagi.
- Merujuk kepada yang mati kat tingkat bawah rumah yang kena langgar dek tanah runtuh tuh. Hello, orang zaman sekarang, berapa kerat tidur telefon bimbit letak kat ruang tamu macam telefon rumah. Semua orang jenis telefon bimbit letak kat tepi bantal okey. Apa salah dia pegang telefon? Apa? Apa? Apa?

3. Buat apa nak bantu, depa kan semua orang kaya
- Mentaliti zaman batu. Dah orang tengah susahkan tu... kaya tak kaya lain cerita. Tolong jelah. Hari ni musibah kena tang depa, nanti-nanti kalau kena kat kita pula? Time macam ni,...jumlah wang dalam bank ke tepikan lah dulu. Depa pun bukan nak cerita duit depa ada berkepuk-kepuk dalam bank. Mereka dah hilang rumah, hilang harta benda, hilang kereta. Tak teruk lagi ke keadaan itu?

2 comments:

Anonymous said...

yg kena timpa bale tu semua jutawan.
simpanan pun ada jute2 kat dlm negeri, kat luar negeri mungkin ber billion2.

aloha said...

Aku simpati kt Askar/Bomba/PGA atau mane2 bdn yg terlibat menyelamatkan mangsa tempoh hari...

Simpati sbb ada org xkenang budi pada mereka... PEnat Lelah, KEringat , hujan BAsah dtg kesana utk tolong mangsa.. tp.........

KEsempatan ini.. TERIMA KASIH pada BOMBA n Penyelamat, PGA, POlis , Askar yg membantu aku dulu masa banjir melanda perumahan Aku... Terima Kaseyyyy..

Kepada Mangsa dan Keluarga... tabah mengadapi dugaan dari NYA, smoga kehidupan yg mendatang lebih bermakna.

"Naik bukit angkuh cakap ayah jangan risau
turun bukit pucat dengar tiga miaww
kucing bawa tidur rimau bawa ngigau
masuk tempat orang bawa otak bukan pisau"