Friday, December 19, 2008

McDonald Prosperity: Siapa yang Prosperous??

Posted by Picasa


Semalam aku gatal lah nak beli Prosperity Burger ni. Beli sahajalah kat Drive Tru di Petronas Setiawangsa ala-ala nak balik ke rumah dah. Eh ada version double beef? Ini sudah bagus.

Jadi tanpa mengesyaki apa-apa, iyalah tahun lepas baru harga RM11.00 lebih. Kalau double pun takkanla mahal sangat kan? Dua tahun lepas tak sampai 10ringgit pun, aku pun gatal mulutlah order double punya set. Ha amik kau..mengada-ngada betul.

Apabila aku pandang balik skrin selepas mengesahkan pesanan, nah hamik kau. Betul betul double! RM22.95???? Gila! Kaya la McDonald macam ni. Hidangan harga macam tu, kalau makan kat kedai makan biasa, dapat lunch 3-4hari!

Prosperity betul aku. Menyesal pun iya. Tapi takkan nak undo balik kan? Kalau beli dua dah dekat harga RM50.00. Baik aku telan NANDOS kalau harga macam ni punya harga. Puas hati pun iya.

Akhir kata, dalam sibuk minyak turun harga, dan peniaga di gerai-gerai, runcit dan sebagainya diseru turunkan harga. Bila pula kita nak seru restoran makanan segera turunkan harga juga? Makin menjadi-jadi pula mereka ini.

8 comments:

aizam said...

nanti bolehlah derma byk sket kat persatuan yahudi sedunia.. nge nge nge

mudin001 said...

Lain kali periksa harga dulu sebelum beli cik kak!

:)

p/s: Order double tu boleh ke habis?

mudin001 said...

Lain kali periksa harga dulu sebelum beli cik kak!

:)

p/s: Order double tu boleh ke habis?

ezza erisa said...

boleh...makan daging je..
roti...fries..air seme tak makan

atau

boleh...

makan semua sekali....tempoh start jam 7 petang..sumbatan terakhir jam 12.15 malam... (testimoni by diri sendiri)

hahaha

zuhairy.mustafa said...

tula..xde la sedap sgt..tp mahal kemain.. tak berbaloi lah.. tp bole la nak mkn setahun sekali (cm raya plak)

NedLi Natalisz said...

uiksh.. RM22?
x makanlaa aku McD Prosperity jawapnyer..

Hamirdin b Ithnin said...

Itu yang tak tahan bila anak anak minta belanja di McD

googler said...

It seems my language skills need to be strengthened, because I totally can not read your information, but I think this is a good BLOG
jordan shoes