Thursday, November 13, 2008

Website KWSP Caca Marba?

Sudahlah tiba-tiba memandatorikan caruman KWSP kepada 8% yang sangat tidak patut mereka lakukan. Sepatutnya caruman kekal pada 11%, yang ingin jadikan 8% isilah borang pengurangan. Bukan sebaliknya. Oh, KWSP punya website sangatlah caca marba.

1. Aku masuk laman web KWSP. Aku click untuk baca notis pengurangan caruman. Diberitahu nak dapatkan borang, sila ke laman web kwsp.gov.my. Amatlah lawak, aku dah berada di laman web KWSP la ni, berapa kali nak pergi ke laman web KWSP? Boleh tak make our life simple? Instead of bagitahu borang tu boleh download kat KWSP website dengan link kepada www.kwsp.gov.my, linkkan sahaja kepada borang tersebut. Tidak perlulah orang nak kena menjelajah click borang sana click link ini nak dapatkan borang? Make sense?

2. KWSP ada dua versi, versi Bahasa Melayu dan versi English. Walaupun ayat-ayat dalam English, borangnya dalam Bahasa Melayu. Ya, almaklum, separa kerajaan bahasa utama ialah Bahasa Melayu. Perlu diingat, tak semua yang berada di Malaysia tahu bertutur bahasa melayu, expatriate contohnya hanya tahu perkataan 'makan, keluar' dan perkataan mudah lain. Macammana nak suruh mereka fill up form yang dalam bahasa melayu? Buat dwi bahasa tak bolehkah? Bukan apa, bila borang hanya dalam bahasa melayu, secara kadar langsung borang itu tidak difahami oleh expatriate, bila dah tak faham sudah tentulah mereka tak boleh isi. Kalau mereka tak boleh isi, maka siapa yang kena isi? Orang lain yang faham Bahasa Melayu.






Posted by Picasa

6 comments:

LoNeRaNgerSpEaK said...

eally that bad huh??...nak uat camner ..when it comes to GOVERNMENt...kene pasrahla..kang ckap lebih2...kene saman laks kang...uhhu...

amoi said...

tak user friendly...

kawan aku p kwsp selasa lepas nak kuarkan duit utk beli umah...dia share beli umah ngan tunang dia...alih2 takleh kuar lak..katanya pekeliling baru kuar kamis lepas kalo tak kawen takleh kuar duit kwsp...cek dlm website tade pon...announcement kat paper pon tade...dan2 je tak bg kuar...ni mesti sbb najib pinjam 5 billion tu...

aloha said...

HAhaha...

BAhasa Jiwa Bangsa ....

Tp kita BAngsa Malaysia... bila pakai bahasa rojak dimarhnye pulak..

MAlaysia Ku Gemilang!!!

zairulk said...

my dear ezza..u nih terlalu terpengaruh ngan web luar negara...kat oversea..kat UK cthnya..memang canggih gilenyer web..semua maklumat ada di situ.

Malangnya kite kat m'sia..belum sampai tahap web yg super dasyhat mnih...kira dah ada web ni pun dah cukup terbilang

ezza erisa said...

amoi, sama macam pengeluaran untuk bayar pinjaman pelajaran. kat website kata boleh keluarkan...bila telefon..katanya hanya yang pinjam dan buat agreement 2001 onwards sahaja yang layak buat pengeluaran tuk bayar loan study, yang sebelum 2001 tak layak..KENAPA? Yang buat loan study before 2001 tu nak pinjam duit orang lain ke dari KWSP tuk bayar utang? Nak keluarkan duit sendirik juga....aneh betul.

Zairul,
Terpaksa kagum dgn website luar, website Malaysia sgt sedih. Yang paling canggih sekali ialah CELCOM.com.my, flash bertaburan, (mentaliti orang Malaysia, ada flash = website yang super hebat), sampaikan website lemau nak loading. Kalau pakai dial up, mahu lima tahun tunggu. celcom tak nak upah web designer yang tahu CSS ke? :)

hehe

cencurut said...

kekadang tue webmaster nie bengap skit..

dulu pernah gua bantai webmaster laman www.perak.gov.my... siap gua kasi warning nak kasi tau ngan Sultan Azlan...

abis tue.. dalam dua hari jer terus update dan modified template portal... hehehe...

kena buat kejutan camtue baru ok kot? ntahler...