Wednesday, November 26, 2008

Minta Maaf? Mana Boleh..Saya Tak Salah!

Saya tak sengaja memisleadkan parlimen. Kalau tak sengaja maknanya bukan salah saya. Jadi kalau dah bukan saya salah, saya tak perlulah minta maaf. - Itulah kata Nazri Aziz apabila semua ahli parlimen pembangkang minta dia minta maaf berkenaan kenyataan di parlimen tentang pemecatan hakim-hakim pada 1980-an dulu.

Ya Timbalan Speaker kata dia tidak salah. Tapi tak ada salahnya minta maaf. Aku tak salahkan anak Karpal Singh yang kecewa besar apabila Nazri Aziz enggan minta maaf. Angkuh, ego. Itu pendapat peribadi aku pada Nazri Aziz.

Sudah tentu kau salah. Kau tak buat kajian menyeluruh sebelum buat kenyataan. (Atau orang-orang pejabat kau tak buat kajian). Sudah tentu kau salah pasal baca buta-buta apa yang ditulis oleh pegawai komunikasi kau. Sudah tentu kau salah pasal kau ego banget, tak ada ruginya minta maaf.

Aku menyampah tahap gaban apabila Nazri kata, dia tak perlu minta maaf sebab dia tak salah sepertimana yang Timbalan Speaker telah tentukan.

Hari Raya ringan je mulut minta maaf, kau ada buat salah?

Contoh lain, kau bawa kereta pada kadar yang ditetapkan, tiba-tiba ada budak kecil lintas jalan. Terlanggar. Masuk hospital. Kau minta maaf juga walaupun bukan salah kau kan?

Contoh lain, kau terlanggar bahu orang di KLCC, kau blah bodo ke kau minta maaf? Walaupun kau tak sengaja? Minta maaf kan?

Secara logiknya, kau tak perlu buat salah sampai bunuh orang sebelum boleh menuturkan maaf, kau rasa orang tak puas hati dengan kau..dengan tingkah laku or kelakuan kau..just say I am sorry. Idaklah sampai koyak rabak seluar kau apabila menuturkan kata-kata tersebut. Huh!

3 comments:

lim bin ganesan said...

Kalaulah saya jumpa dia dimana-mana saya akan memaki dia dengan seteruk yang boleh. Lepas itu saya tak perlu minta maaf sebab saya cuma tersilap orang. Bolehkah alasan ini diterima?

Anonymous said...

Memang betul apa yg dikatakan.Kita takde menteri yg senonoh malah islam menyuruh bermaafaan.I hate Nazri,a bad example to nation,very rude n very unhealthy manners.Masalah macamni X sengaja,what a shame to the country.common rakyat not stupid anymore.SPEAKER pun so bias. DISGRACE N SHAMEFUL.

Wawa said...

i hate nazri big time.

memalukan orang melayu dan orang islam dan juga menteri2 khasnya.