Wednesday, November 12, 2008

Harga Minimum Petrol?

Terdengar berita di radio 24 semalam, Shahrir Samad berkata adanya cadangan untuk menetapkan harga minimum petrol. Sebagai contoh, harga petrol minimum ditetapkan kepada RM1.90 seliter. Walaupun harga minyak dunia jatuh merudum dum dam dum, tidak akan ada penurunan lain. Hanya sebanyak itu sahaja.

Hehehe, waktu menaikkannya dulu tidak pula ada harga maksima ya? Waktu jatuh ini nak buat harga minimum pula. Kononnya boleh kurangkan subsidi minyak dan bolehlah duit itu disuntik kedalam ekonomi Malaysia. Oh dan rebet minyak sekali.

Apapun, ini semua bergantung kepada mesyuarat yang biasa mereka adakan seminggu sekali. Lor seminggu sekali ke? Waktu minyak turun banyak hari tu, sampai sebulan ambil masa nak buat keputusan nak turunkan harga 15sen.

Oh, kalau betul nak jimat duit subsidi minyak, kita batalkan sahaja Monsoon Cup tahun ini. Kata tak dapat untung?

Satu lagi pelan nak mengawal kemelesetan ekonomi, khas untuk golongan hawa di Malaysia, Jualan Mega yang diadakan setahun setahun sekali itu, kita buat tempohnya sehingga 6-7bulan. Ramai perempuan suka berbelanja, jadi ekonomi pasti dapat digerakkan dengan lajunya terutama sehari selepas dapat gaji.. :P

5 comments:

chuckiesd said...

pd aku tak patut ader harga minimum..kenapa plak..sepatutnyer kekalkan letak harga minimum subsidi yang harus dikeluarkan oleh kerajaan...tak payah laaa letak harga minimum harga minyak...

Sweet Thinker said...

skang nie air mineral lg mahal dr minyak. ape kes!

Sweet Thinker said...

skang nie air mineral lg mahal dr minyak. ape kes!

Zubli Zainordin said...

Macam nak tahu poin sebenarnya kenapa mereka sanggup menjadi dan kelihatan...

Pelek-pelek keputusannya.

Ada masyiuk kah?

Anonymous said...

PADA tahun 1999 , aku bayar minyak petrol rm0.99 sen seliter . itu kat port dickson .