Tuesday, November 04, 2008

Abby, Semoga Tabah

Aku tak selalu menulis pasal gossip, aku rasa sangat murahan kalau menulis gossip. Seolah nak lawan majalah kolam renang Mangga dan sebagainya. Aku tidak rela blog aku jadi tempat gossip mengossip. Aku ada pendirian peribadi kepada bahan gossip. :)

Tetapi menonton
Melodi di Ahad lepas, melihat Abby Abadi menangis membuatkan aku rasa sangat lah syahdu.

Tergamak Norman Hakim buat Abby macam tu. Apa lagi yang dikau cari? Isteri yang lawa? Abby tu tak lawa ke? Aku boleh nampak rajukan dan derita Abby yang sangat dalam. Dia nampak macam sangat memendam perasaan. Kalau Norman dah nak jadi lelaki muda balik, nak ngorat anak-anak dara lain, pergi sahajalah. Aku yakin wanita secantik dan setabah Abby akan dapat penganti, insyaALLAH yang lebih baik dari Norman.

Apa kaedahnya isteri baru bersalin, tapi sang suami sibuk berasmaradana dengan perempuan lain, siap tak hubungi isteri langsung? Memang padan sangatlah kena tangkap basah. Itupun nak menafikan lagi. Eh eh, tak dernya Jabatan Agama nak serbu bodoh-bodoh je, kurang-kurang depa dah siasat. Ingat kalau keluar Melodi cakap belit-belit sikit ada orang nak percaya? Sambil cakap sengih-sengih pula tu.

Ramai orang lebih kesian pada Abby, beliau pada awal interview cuba menunjukkan yang dia kuat, tidak terjejas dengan apa yang berlaku tapi akhirnya tewas dengan perasaan. Menangis juga. :(

Sabarlah Abby, semoga kebahagiaan menjadi milikmu. Norman nak ngorat dengan Memey ke Momok ke lantak lah. Poyo je.

8 comments:

aizam said...

Tak ada apa yang salah seorang lelaki itu untuk memilih lebih dari satu teman hidup cuma perlakuan norman itu mungkin menyebabkan kecurigaan berlaku yang menyebabkan fitah.

Islam membenarkan lelaki berpoligami tapi kena ada caranya yakni perlu ada kemampuan dan bersifat adil bak kata orang, seorang isteri belum tentu lelaki dapat bersifat adil. Wanita pula jaganlah selalu menongkah arus melawan syariat agama tentang bab berpoligami itu cuma ianya perlu menghayati syariat islam. Memang payah bagi wanita utk menerima hakikat ini tanpa pegangan yang kukuh tentang islam tapi dalam islam tiada istilah payah dalam apa jua syariat yang dibenarka NYA.

ezza erisa said...

cakap memang senang bang
just imagine your wife ada suami lain....how will you feel? (although woman not allowed to have two husbands at one time)

lagipun, apa adilnya Norman Hakim? Belum bernikah sudah tak balik rumah berbulan2...sudah nikah karang..langsung tak kenal Ukay Perdana...

zairulkm said...

ezza.u teremosi lebih sangat nih..kwn kita si aizam tu ckp perkara sebetulnya..now Norman yg buat masalah..u tak ble judge semua lelaki poligami tu akan tidak berlaku adil. Kita cuma highlight poligami yg bermasalah je..keindahan & kemurnian poligami x pernah diwar-warkan.

Abby should be bertenang skrg..mmg skrg org simpati ngan dia tp akan datang akan naik menyampah..krisis rumahtangga patut diselesaikan tanpa penglibatan media, serang-menyerang, tuduh-menuduh..ishh..malu laaa skit

Hasbullah Pit said...

Takrifan poyo yang mana satu dimaksudkan oleh ezza?

aizam said...

well ezza dlm islam isteri tidak dibenarkan mempunyai lebih dari 2 suami tapi suami mempunyai lebih dari isteri adalah dibenarkan. Itu kenyataan yang perlu diterima.

Dlm konteks ini ezza kene faham tentang menghayati hukum Islam. Jika anda tak setuju suami kawin dr satu bermakna anda tak setuju islam membenarkan suami kawin dari satu..

Isteri yang solehah redha suaminya kawin dari satu dan sy pernah jumpa & kawan sy sendiri (perempuan) yang redha suaminya kawin dari satu kerna sy melihat dari fizikalnya dia (isteri) seorang yang taat kepada hukum Allah.

Kes Norman ni cara dia salah. Tapi tak bermaksud dia diharamkan untuk berkahwin lebih dari satu jika berkemampuan..Sepatutnya Norman perlu bersifat matang dengan berbincang dulu dengan Abby.. itu jer problem dia dia.

Yang pastinya ramai wanita moden sekarang ego kerana mengangap lelaki yang dicintainya hanya perlu mencintainya seorang sahaja, walhal quota lelaki masih ada lebih dari satu..

Yang pasti lelaki itu mesti berkemampuan dan mampu bersikap adil. Diulangi mempunyai seorang isteri tidak bermakna lelaki itu dapat bersikap adil..

ezza erisa said...

eh eh ingatkan ni topik pasal norman hakim kena tangkap basah lepas tu kata kena sabotaj tapi dah jadi topik lelaki kahwin dua pula..hehehe

sebol;
poyo sebab tak mengaku selama ni, tak kenallah apa lah..nah hamik kena tangkap basah sesambil kata tak kenal tuh..

zairulkm,
itulah. takut nanti tahap nyampah org kat abby sama macam org nyampah kat ina naim dulu :)

siap buat buku bagai.

aizam,
perempuan moden sekarang bukan ego, tapi nampak yang lakinya memang tak mampu,

contohnya: kahwin satu pun, wife kena kerja nak tlg ringankan beban kewangan keluarga.

lepeh tu ada jiwa nak kawin dua tiga..hahaha. padahal syarat kahwin 2 or 3 or 4 ialah mampu zahir dan batin.

aizam said...

ezza sy dh terangkan 'jika mampu' dlm konteks ini norman mampu dr segi kewangan tapi tak tau pulak dr segi batiniah..Zahiriah dah ok badan dah tegap sasa.

ada kene mengena lelaki kawin dua dgn kisah norman sebb dari segi perbuatan norman tu nampaknya norman nak tambah sorang lagi..

p/s: Najib Razak pun bini sorang tapi takut bini... Apatah lagi nak kawin lebih satu..

aloha said...

HAhaha.... korang kena tau... Semangat Juang seorang Wanita tinggi tau..

Lelaki Vs Wanita = Dua2 ada EGO!!!

Kpd Abby (kalu diowang ada lawat blog ni laa) TElan la, walaupon ia pahit..

Kpd Norman: baby baru tak kenal lagi sape BAPA dia....