Friday, October 31, 2008

TNB ni, Penat Nak Faham



Cik Kiah: Aduhai, harga minyak naik lagi, TNB pun nak naikkan tarif juga. Mati kebulur la anak kucing cik kiah, dahlah makan makanan mahal, cik kiah pula dah tak mampu sebab banyak kena belanja untuk makanan cik kiah sendiri.

Encik Seman: Saya baca dalam surat khabar, katanya TNB nak naikkan tarif sebab harga minyak dah naik, mereka kata kalau macam sekarang lagi tarifnya..rugilah mereka. Mereka pun taknak naikkan tarif tapi tulah, harga minyak dah mahal. Mereka "terpaksa".

Cik Gayah: Itulah, saya pun ada baca, minyak naik macam-macam naik. Bil elektrik rumah pun dah meningkat, dulu RM20.00 lebih sebulan, sekarang dah naik jadi RM65.00 lebih! Macammana dalam belanjawan kata yang kurang RM20.00 bil sebulan boleh dapat percuma eletrik sedangkan tarif dah naik?

Tuan Hasan: Tarif naik sebab minyak mahal. Nak tak hendak kena telan juga.

Cik Kiah: Tapi tuan-tuan, kenapa bila minyak dah turun sekarang ni, keluar pula kenyataan TNB tak pakai minyak? Terasa ditipu bulat-bulat, petak-petak dan segi tiga saja cik kiah rasa.


Orang-orang besar dan ada pengaruh dan power memang suka cakap belit-belitlah. Contoh ayat berbelit:

Sebelum pilihanraya: Tidak perlu naikkan harga minyak, sebab minyak mahal, Petronas dapat untung banyak. Kerajaan dapat banyak keuntungan juga.

Selepas pilihanraya: Tidak mampu lagi nak tanggung subsidi

Apabila harga minyak dunia turun:
Alasan untuk tidak menurunkan harga minyak Malaysia:
1. Matawang kita lemah
2. Petronas untung sedikit sahaja sebab harga minyak dunia jatuh, kerajaan tak ada untung
3. Kena mesyuarat kabinet dulu, baru boleh cakap.
4. Paklah yang kena umumkan, Shahrir Samad tak ada kuasa. Ayya!

2 comments:

Rock selamba said...

Camni Ezza oii,
Dulu TNB naikkan tariff bila petronas naikkan harga gas drp RM6++ kepada RM14++ (kenaikan melebihi 100%)... Janakuasa TNB lebih 60% pakai gas .. yg pakai minyak kurang drp 5% sahaja..selebihnya pakai arangbatu & hidro... so logik lah kalau harga minyak turun TNB takde kesan... nak tau brapa harga pasaran gas sekarang?? .. RM30++... maknanya Petronas sedang subsidise TNB dan IPP dengan byk sekali... harga arang batu pon melambung drp 70++/tan kepada 140++... kalau ditarik semua subsidi tu tariff elektrik kita mungkin RM1/unit... itulah yg saya boleh bantu serba sedikit kalau penat sgt nak paham... cik ezza pun kenalah juga jengok2 kat web lain cari info baru boleh menulis dengan fakta... bila kita menulis dgn fakta baru ada sikit kredibiliti.... jangang maroh!!

ezza erisa said...

ya, saya tahu yang 60% janakuasa menggunakan sumber gas, 30% menggunakan arang batu, lebihnya bahan api gaban lain, tetapi masa menaikkan tarif dahulu, apa signal yang TNB dan kerajaan bagi? minyak mahal therefore tarif perlu dinaikkan.

kalau sudah di explain tidaklah akan berlaku cik kiah, encik seman cik gayah semua salah faham...:)