Monday, October 20, 2008

Melihat Abdullah Ahmad Badawi Naik Angin...

Aku sahaja yang terasa atau memang drama politik kebelakangan ini terlalu menonjol? Semperna pemilihan barisan tertinggi baru MCA dan UMNO ini, drama begitu menonjol sekali. Tidak tahulah bila akan tamat. Mac 2009 mungkin? Tidak tidak, drama politik tidak akan pernah habis.

Aku rasa drama ini lagi best dan hebat dari sebelum pilihanraya umum 8 Mac lalu. Bukan apa, kalau 8 Mac menyaksikan stesen televisyen dan media cetak berpusu-pusu cetak cerita buruk pasal parti pembangkang, tapi drama kali ini menyaksikan media pun hilang arus, tidak tahu siapa nak diperburukkan mungkin.

Melihat Paklah dalam berita seketika tadi membuatkan aku rasa agak bengkek dengan ayat-ayat dalam blog Tun Mahathir. Sepertimana yang Paklah kata, Tun tidak ada hak nak jadi pengarah UMNO. Siapa yang berada di puncak kekuasaan parti bukan hak milik seorang insan. Ia hak pemilihan akar umbi parti.

Bagi aku pula, Orang Najib, orang Paklah, orang Hishamudin, orang Muhyidin dan sesiapa sahaja, merupakan orang UMNO. Jadi apa masalah kalau bekerja bersama-sama. Setiap orang adalah prefer sesiapa, tetapi kalau betul berjuang untuk parti, apa masalah dengan jadi penyokong sesiapa? Bukan ahli partikah kalau sokong Paklah, bukan ahli partikah kalau sokong Khairy Jamaludin dan bukan ahli UMNO kah kalau sokong Mukhriz? Aku rasa tak payahlah fikir siapa orang siapa, selagi niatnya bekerja untuk negara bukan bekerja untuk kepentingan poket sendiri sudah cukup baik. Tapi ada lagike ahli politik sekarang yang bekerja memang ikhlas untuk melihat negara menjadi lebih maju semata-mata dan tidak menjaga dan melihat kepentingan sendiri? Tetttt, diragui sama sekali. Hahahah.

Aku juga rasa, sebagai rakyat biasa, Tun berhak menyuarakan pendapat dia. Tapi Tun bukan rakyat biasa, Tun orang berpengaruh. Kalau aku yang tulis, aku taknak Najib memerintah negara menjadi Perdana Menteri, dan tidak suka juga kepada Paklah, tentu orang melihat aku sebagai pembangkang tetapi tapi kalau Tun yang tulis, sudah tentu ia menimbulkan kemarahan. Walaupun Tun bukan lagi ahli UMNO (ini tang aku keliru sedikit, hari itu kata dah masuk UMNO balik, kenapa Paklah masih cakap Tun orang luar?, aneh). After all, blog adalah tempat orang meluahkan apa perasaannya, kerajaan kata penulis blog meroyan, penulis blog begitu dan begini, jadi apa sangatlah nak dihirau kenyataan Tun dalam internet kan? Biarkan sahajalah.

Lebih baik tumpukan perhatian kepada desakan MCA agar Khairy di ISAkan, itu lebih menarik. Jeng jeng jeng.

3 comments:

abe said...

ezza erisa,
betullah apa yg dikatakan tu.....tapi, ambo tertarik nak "panjangkan ceritera" pasal 3 perkataan terakhir demo - jeng jeng jeng....

Ada soghe Rajo kelate jaman dolu2…….
satu ari , dio jupo pendita diraja ...
Rajo kato la ko pendita "Kalu demo ni bijok sangak, cuba buat ayak mangandungi 27 perkatae mulo dgn huruf 'j'".
Pendita ni pikir punyo pikir, tok leh jugok nok jawak...lepah tu dio pun give up la...
dio suruh la Rajo rhoyak jawape.
Kato Rajo "Jawape nyo : jepong jale jale, jupo jawo, jawo jale-jale jupo jepong, jawo jeling jepong, jepong jelir jawo, jawo jelok, jawo jolok jubo jepong.....
Lepah tu pendita kato " itu baru 22 perkataan, mana lagi 5 perkataan?"
Jawab Rajo "limo lagi tu....jeng, jeng, jeng....jahane jepong!!"

abih ceghito...

Awang Goneng said...

Sorang juruhebah org t'ganu:
Mempesilakang Aziang Mazwang Sapuang utk menyampaikang lagu bertajuk Sekadar dipinggirang

kasorrga dunia said...

Kawe sokong KJ... jeng jeng jeng...