Monday, October 06, 2008

Belajar Masak Rendang

Gambar jem, hebatkan. Tak nampak dimana pun permulaan membuatkan aku sempat nyanyi lagu heavy metal ciptaan sendiri. Aku kongsikan liriknya 'where is the header, i can't see it! where is the header, i can't see it!' (ikut lagu theme spongebob squarepant). Hahaha. Nun saujana mata memandang, masih tak nampak ruang. Camno den nak potong kalu macam ni. Ini la punca-punca aku sangkut balik Sabtu hari itu. Rupanya, polis trafik kat depan tutup satu lorong. Aisey man. Mahu tak berangin ice cola cik kiah.


Hari Ahad yang indah, aku decided nak belajar masak rendang. Pagi-pagi dah pergi pasar. Tada, proses memasak rendang, ikut resepi Puan Zamzarina Aidah. Kira oklah walau tak sedap sangat pun. Percubaan pertama la katakan, termasam sedikit aku rasa, pasal lebih letak asam keping. Hahaha


Ini dia versi orang tamak selalu rugi. Masak banyak gila macam nak buat rumah terbuka. Eh ada lagi, kuah kacang satu periuk tapi lupa pula nak snap gambar. Akhir kata, semasa korang sibuk tekan pedal minyak dan brek serta clutch dalam kesesakan balik bandar, I sibuk makan nasi himpit berkuah kacang dengan rendang. Jangan jeles you.


Posted by Picasa

3 comments:

pembaca setia said...

busy ke mek?updatela blog mu ni hari2..
mu tak update, kurang bahan bacaan aku.
sekian terima kasih.

cik bintang said...

selamat hari raye mokcik erisa!
sori la lambat..
agak terlupe.. hihi
maaf zahir dan bating ye

ezza erisa said...

iye selamat hari raya juga cik bintang.

a'ah busy...3 hari outstesen..ni baru balik ke office...tuk tiga hari. lepas tu outstesen lagi...adeh...