Wednesday, October 22, 2008

Betul ke Simpanan Aku Terjamin?



Banyak keraguan dalam cerita jaminan ini. Duit KWSP aku terjamin ke tidak? Kot kerajaan tak meminjam dari bank tempat aku simpan duit semasa, kerajaan pinjam dari KWSP pula. KWSP kan suka cakap duit mereka banyak, tiap-tiap bulan dapat income. Pembetulan KWSP, itu bukan duit hang, duit pekerja Malaysia. Hang tolong simpankan sahaja.

Dengar-dengar angin kutub selatan ada ura-ura nak buat pinjaman sehingga lima billion. Walaweh, 5 billion tu banyak, kalau tak dapat bayar, mampus aku tak ada duit apabila dah umur 55 tahun nanti. 5 billion = 5 ribu juta. Kalau untuk orang average seperti aku ini, satu juta pun tak habis makan sampai mati, 5 billion mungkin boleh sara sehingga 20 keturunan aku!

Apapun aku harap, duit aku selamat. Penat aku kerja datang pukul 8 balik pukul 7 malam kalau duit simpanan aku lesap. Ekonomi dunia merudum, meleset sana sini, pelabur lebih suka ambil pendekatan tunggu dan lihat, jadi haruskan aku yakin dengan simpanan dalam bank aku? Sudah tentu negara juga akan merasa tempiasnya bukan? Perlukan aku beli peti besi simpan duit dalam rumah bawah lantai papan sahaja?

6 comments:

Wawa said...

nasib baik aku takde duit kat kwsp.

tapi aku boleh gerenti ke aku ada duit pencen?

hehe pusing pusing sama je.

Hasbullah Pit said...

Kalau ikut pakdi cerita, yg kena jadi mangsa sub prima ialah "pension fund"

ezza erisa said...

dengar2 lah depa minta pinjam 5b dari kwsp nak melabur (harap2 tak lebur)..harap2 tak betullah apa yang aku dengar itu..

nobisha said...

kalau tak percaya kat kerajaan, nak percaya kat sapa lagi? :)

aizam said...

nobisha, percaya pada Yang Satu..Kitakan ada Tuhan..

mrs hafiz said...

dia nak pinjam 5b senang2 je,
kita nak kluarkan duit tu utk kegunaan kita mcm2 prosedur.
(last year percubaan utk kluarkan duit kwsp kami utk perubatan hubby, kene maki lagi adalah)
tuh duit kami ke duit derang???