Friday, September 05, 2008

Why Making Fuss with 16 Sept?

Huh, tajuk dalam English pula hari ini. Bukan apa, aku menyampah dengan semua spekulasi berkenaan peralihan kuasa kerajaan dari Barisan Nasional kepada Pakatan Rakyat pada 16 September.

Terbaru khabar angin mengatakan semua pemimpin tertinggi Barisan Nasional nak berlepas keluar negeri pada tarikh tersebut.

Pendapat peribadi aku, ya aku inginkan satu kerajaan yang bersih imejnya memerintah Malaysia. Cara merasuah dan membida harga tinggi kepada ahli parlimen bukanlah cara bersih dan bermaruah untuk mendapat tampuk di Putrajaya. Kalau ini yang berlaku, seriusnya aku akan hilang rasa hormat aku kepada Pakatan Rakyat.

Aku tak faham dengan keadaan sekarang. Bukankah ahli parlimen dipilih oleh rakyat, diundi berdasarkan parti yang mereka wakili? Kalau sekiranya ahli-ahli parlimen ini (yang pada masa kempen pilihanraya konon nak berbakti kepada rakyat), rabun biji mata dengan duit depan mata, sudah pasti ianya mengkhianati mandat dari rakyat. Kalau rakyat di sesuatu tempat itu ingin memberikan kemenangan kepada parti lawan, mereka tidak memangkah Barisan Nasional. Kalau selepas mendapat kuasa, ahli parlimen tiba-tiba jadi tamak haloba, dan menyertai parti lawan, sudah pasti rakyat yang mengundi mereka sebelum ini merasa kecewa. Dapat MP tamak satu hal, dapat MP yang prinsipnya boleh dijual beli satu hal yang lain.

Alangkah kecewanya aku kalau orang-orang yang terhormat selama ini rupanya setiap seorang ada harga masing-masing. Campakkan satu briefcase berisi duit, nah segala-galanya boleh menjadi.

Aku lebih kecewa dengan Pakatan Rakyat yang tidak sabar-sabar nak melakar sejarah. Tidak boleh menunggu pilihanraya umum, nak memerintah negara secepat mungkin. Jangan sampai buat demonstrasi seperti di Thailand sudahlah. Apa kata, hormati keputusan rakyat dalam pilihanraya lepas! Mungkin Barisan Nasional tidak menang besar, tidak menang bergaya tetapi rakyat masih ingin diperintah oleh Barisan Nasional buat satu penggal lagi.

Sekarang, aku nampak Anwar Ibrahim begitu dasyat sekali. Begitu haloba, gelojoh betul dengan jawatan Perdana Menteri. Apa sudah tidak boleh tunggu lagi 4tahun akan datangkah, biar rakyat yang menentukan di atas kertas undi mereka? Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat begitu bersungguh-sungguh kata ramai MP akan menyertai mereka. Mungkin dengan umpan duit! Tetapi terfikirkah mereka, jika MP-MP ini boleh berpaling tadah dari Barisan kerana duit, suatu hari, MP-MP yang sama boleh berpaling tadah sekali lagi jika menerima tawaran yang lebih lumayan.

Gunalah saluran yang betul untuk ke Putrajaya, bukan melalui taktik kotor belakang tabir. Terhina rasanya suara rakyat marhein seperti aku.

4 comments:

aloha said...

HAha..

Nak jadi PM niat dihati nak hapuskan RASUAH.. tp dibelakang?? dia salah sorang nye... huhuhu.

"Gunalah saluran yang betul untuk ke Putrajaya, bukan melalui taktik kotor belakang tabir. "
Taktik kotor.. main blakang!!

Jed Yoong said...

Maybe Anwar got deadline from his sponsors.

I agree on your points on pancing katak.

Just do a good job + the rakyat will choose again in PRU-13-lah.

zewt said...

salam...

mungkin saudari perlu beri sedikit perhatian terhadap undi pos dan pengundi hantu yang "memilih" ahli parlimen tersebut. tanpa undi pos (yang penuh kontroversial) dan pengundi hantu.... mungkin keputusan pilihanraya umum yang lalu akan berlainan?

Anonymous said...

mana saudari tahu katak2 melompat tu dibayar....
mungkin juga mereka melompat dengan relahati...