Tuesday, September 23, 2008

Teresa, Silap Lapor atau Silap Mulut?

Malam tadi di jam 7, aku menonton Edisi 7 di NTV7 dimana berita memaparkan Teresa (ahli parlimen seputeh yang baru bebas dari tahanan ISA itu) mengatakan dengan lantang yang Utusan Malaysia silap lapor berkenaan hal pemakanannya di dalam tahanan.

Dia membetulkannya kenyataannya sebagai berkata 'makanan yang diberikannya di dalam tahanan adalah baik sedikit (slightly better) dari makanan anjing' dari kenyataan di dalam Utusan Malaysia yang mendakwa Tesera berkata 'makanannya sama dengan makanan anjing'. Riak muka sedikit ceria berbanding muka hari pertama keluar tahanan.

Aku pasang telinga lebih jelas, cuma mengingati apa yang aku lihat berita pada hari pertama pembebasannya. Pada hari beliau begitu bersemangat bercerita tentang makanan apabila orang lain pula sibuk bercerita tentang pembebasannya. Come on, dalam banyak-banyak isu, dalam pelbagai masalah lain, Teresa memilih untuk bercerita tentang makanan????

Di TV3 Buletin Utama, aku tunggu. Aku yakin aku tidak salah dengar. Akhirnya, rakaman hari pembebasannya diulang siar. Jelas dan nyata, beliau sendiri berkata 'makanan yang diterimanya similar to dog food (kalau diterjemah similar ini maksud bahasa melayunya lebih kurang / sama). Jadi di mana dan bila beliau berkata makanannya lebih baik sedikit dari makanan anjing kerana sefahaman aku yang lidah satu tiga suku (satu = Bahasa Melayu, tiga suku = English) apabila video diulang tayang itu aku faham sepertimana wartawan Utusan Malaysia faham. 'Similar' itu adalah sama. Similar bukan bererti baik sedikit ya! Kan tak pepasal kantoi berbohong secara bermaruahnya di siaran televisyen rancangan perdana.

Apapun, aku rasa menyampah kerana beliau timbulkan isu makan ikan kembung, isu ayam dua keping, isu telur rebus dengan kuah. Kata Ahli Parlimen, mewakili rakyat, ada rakyat yang makan lebih teruk dari itu. Ada rakyat makan berkuahkan air garam, berlaukkan kicap. Apalah sangat makan nasi dengan telur rebus? Rakan sepejabat aku makan tengahari telur rebus dan timun mentah sahaja, tak ada pula buat sidang akhbar!

Pilih topik sesuai untuk buat kontroversi. Taulah selalu makan buffet di hotel mewah, apalah sangat sesekali merasa macam orang susah? Belum jadi Menteri, baru jadi Ahli Parlimen dah tak boleh makan ikan kembung?

PS: Kat rumah aku dikampung, hari-hari lauk kami ikan kembung dan nasi. Sesekali baru makan ayam. Bukan sebab tak mampu, ikan lebih menyihatkan dari ayam lah cik Teresa.

5 comments:

Aloha said...

Ahakss..... dia xpaham bahasa inggeris kot... At least dpt gak mkn menda2 cam tu.. kalu dibaginya roti keras n air sejuk je.....

Hero said...

hmm.. mmg tak patut dia samakan macam tu.. masa mula2 baca statement dia, ingatkan makan makanan basi or kotor ke.. rupa2nya itu pun dianggap macam makanan anjing.. patut len kali kasi maggi jer.. lagi murah.. nak komplen pun takleh.. pasal anjing sure tak makan maggi.. setahu saya ler.. :p

maybe patut simpan lama skit dalam lokap tu.. bulan2 ke.. setahun ke.. barulah nanti lepas kuar, dia suka lak ngan makanan stail tu.. lepas tu bila bebas, asik nak ikan goreng n telur rebus je.. hehehe..

aizam said...

dia sama kan dengan hot-dog kot...

Dr.Sid said...

kah kah kah kah kah malu siot!!!!!hahahahahaahahaahaha

amoi said...

you have been tagged...check it out
http://amokika.blogspot.com/2008/09/layan-tag-mengetag-plak.html