Thursday, September 11, 2008

PKR Gelojoh?

Ya, hanya PKR dalam Pakatan Rakyat yang bagi aku begitu gelojoh dan tak boleh tunggu pilihanraya umum. Lagipun, tengoklah siapa pemimpin tertingginya. Tak ada parti lain dalam pakatan rakyat yang sibuk nak mengambil alih kerajaan pada 16 September. Dia seorang sahaja.

Yang sibuk nak jejak ahli BN sampai ke Taiwan pun geng dia juga. Serius, menyampah cik kiah tau. Gelojoh benar nak memerintah sampai ambil tindakan super drastik begitu sekali. BN boleh dimasukkan dalam minda, mereka cuba menyelamatkan tampuk pemerintahan yang ada pada mereka, yang PKR ni macam dah tak boleh tunggu sampai mereka balik tu apa dia? Tak ke gelojoh namanya itu? Ada apalah sangat dengan tarikh 16 September? Ada lagi 364 tarikh lain dalam setahun boleh dipilih kenapa nak sangat 16 September? Kalau nak melakar sejarah sendiri, biarlah guna tarikh yang berbeza dari sebarang sejarah lain kan?

Ada orang cakap, argh, BN dulu pun sama. Pakai taktik sama. Pujuk-pujuk ahli parlimen parti pembangkang. Apa salahnya kalau Pakatan Rakyat pakai taktik yang serupa. Ini jawapan aku: Kata nak membina kerajaan yang berbeza dari yang ada sekarang. Kata nak bina satu kerajaan yang super hebat. Takkan nak pakai taktik kotor sama macam kerajaan sekarang yang didakwa buruk dan hodoh itu pula kot? Kalau pakai taktik sama, bukankah nampak sama buruk dan hodoh? Kalau dah sama buruk dan hodoh, kenapa aku nak kena tukar pemerintah? Macam keluar mulut buaya, masuk mulut buaya baliklah kaedahnya.

Ada orang lain tinggal komen, katanya undi pos ditambah ke sana undi pos ditambah ke sini bagi menang BN. Kalau tidak dah lama BN kecundang. Iya ka? Iya ka? Ya mungkin ada undi pos buat top up sana sini, tapi kalaulah rakyat semua pakat mengundi parti lain, tak terlawannya dengan undi pos itu. Contoh di Permatang Pauh, kata ada tiga bas hantu di tahan tidak dapat masuk. Kalau tiga bas itu lepas mengundi pun, baru 200undi. Majoriti 16k! Tak terlawan kalau semua rakyat bersatu padu undi satu pihak sahaja. Keluarlah hantu kus kus pun.

Apapun, aku mengharapkan tarikh 16 September tidak akan menjadi kenyataan. Aku muak, jelak dan bosan. Terutama dengan segala jenis media menumpu kepada tarikh tersebut yang hanya tinggal empat hari lagi. Bosan cik kiah tengok tv. Sampai kes rompak alfa romeo di Bukit Jelutong petang tadi pun tak masuk berita you.

7 comments:

Jed Yoong said...

Desperado sial sampai pergi ke Taiwan.

Macam hari ni tak de handphone, internet, tele-conference.

I really think PKR has ruined their golden opportunity.

The more I read their "moral justifications", the more I think they are seriously deluded cult members.

shaxx said...

nak at camna... mamat tu semangat mesia boleh!!! kekekke...

Anonymous said...

Itu cara dia... gelojo ke bersopan ke adalah urusan dia. Rakyat berminat dengan dia pasal apa...? Sebahagian rakyat benci dengan kerajaan pasal apa...? Anda sokong siapa dan kenapa...?

Laxmana said...

Setuju sangat lah saye cik kiah ooi...

andaikan bung moktar radin transform jd katak, apa beza seorang bung moktar radin sebagai ahli parlimen BN dengan seorang bung moktar radin sebagai ahli parlimen Pakatan Rakyat?

=> saya seorang aktivis Pakatan Rakyat! dan saya tak setuju idea "lompat parti" gagasan Anwar Ibrahim!

full stop!

Hasbullah Pit said...

Sebelum bentuk kerajaan di Malaysia, mesti bentuk kerajaan di Taiwan dulu


hehhe

nuexo said...

anwar dulu lg gile ... cume x berape perasan... tp sekarang... giler melampau... hahahaha...

anwar+tun m = secucuk ...hahahaha
jenis tamak haloba gila kuasa

tp sejarah akan tertulis 2 mangkuk hayun ni laaa buat bangsa melayu berpecah belah ....

selamat berpuasa pd smua ...

aizam said...

Salam Sejahtera,

OK kalaulah katakan Anwar tunggu smpi pilihanraya ke-13, katakan Najib sempat naik jadi PM.. SO apa pulak Najib akan lakukan terhadap Pakatan Rakyat & Anwar.. Tak ke melepas mereka untuk menumbangkan BN & BN akan terus memerintah dengan celakanya pada masa itu..

Bagi pendapat aku Paklah sebenarnya bagi peluang kepada DSAI utk mengambil alih tampuk pemerintahan daripada disambar oleh NAJIB dengan cara tak nampak dek mata kasar, kalau betul paklah betul2 jahat kenapa ia sanggup melepaskan ANwar dari ISA jika ia tahu DSAI mampu mengugatnya (berberapa kebaikan paklah yg ptt kita setuju & aku x kata paklah baik sgt).. MAna nak Najib memerintah atau DSAI? Kita kan semua maklum banyak skandal yg melanda Najib.. Releven kah dia jadi PM kita?

Nak ke kita tunggu lama lagi utk tukar pemimpin sehinggakan ekonomi malaysia terumbang-ambing? pelabur asing tidak masuk melabur (Pendapatan negara).. Nak ke tengok paklah yang lemah mentadbir ekonomi negara terus menerajui negara sehingga rakyat jelata susah dan fakir di negara sendiri?

Isu lompat parti itu tidak salah.. dlm perlembagaan pun tidak melarang. Kenapa ia tidak dilarang sebab ramai ahli pembangkang suatu ketika dulu lompat masuk BN.. Dan ia suci bila berpihak kepada BN tp dikatakan kotor bila ia berpihak kepada PR?

Even BN menang mejoriti dlm Pilihanraya sekalipun bagi aku ia bukan lah kemenangan yang bersih & suci.. Dengan propaganda yang dimainkan BN semasa pilihanraya cukup kotor ia menang hasil dari menipu rakyat, berbohong sepanjang pemerintahan.. Sampai bila kita hendak dibohongi dan dimomokan oleh pemerintah sebegini?

So perlukah memandang sinis terhadap apa yang diusahakan oleh DSAI? Tidak kah kita hendak tgk ekonomi negara kita kembali pulih? Atau kita biarkan pak pandir dengan labu-labunya.. Salahkah kita untuk menukar kerajaan untuk kebaikan bersama.. Kerajaan PR(jika jadi) tidak boleh di buat andaian lagi sebab mereka masih belum memerintah.. Kita tengok dulu pemerintahan mereka barulah kita buat andaian.. BN dh memerintah 50 thn kita dh tgk hasil.. ermm maju? memang maju tapi apakah kemajuan yg dicapai setahap yang sepatutnya bagi sesebuah negara membangun yang dh merdeka hampir 50 tahun? adakah kita sudah hidup senang seperti negara2 membangun yang lain? taiwan , korea? cuba kita bandingkan...

Kalau Anwar tak sayangkan negara dia dah lama dia tinggalkan Malaysia ambik suaka politik ke mana-mana negara lain.. Tak perlu bersusah payah kene seksa dlm ISA & kene tuduh meliwat lagi..

Bayangkan bapak kita di tuduh melakukan kesalahan seks apa reaksi kita? Dan apakah perasaan kita bila orang kondem bapak kita sedangkan kita tahu isi hati bapak kita...

Sekian InsyaAllah.. sekadar renungan bersama