Sunday, September 07, 2008

Khalid, Diam Sahajalah

Terperanjat aku membaca berita dimuka depan Utusan Malaysia hari ini. Aku tidak pasti itu adalah benar kata-kata yang keluar dari mulut Menteri Besar Selangor, atau satu sandiwara akhbar media arus perdana untuk mengalih perhatian dari isu Bukit Bendera.

Khalid didakwa berkata lawatan beliau ke tempat dilanda musibah membuang masa dan membuang kewangan sahaja. Beliau ada wakil rakyat dan orang yang boleh pergi melawat, yang boleh pergi memberi sumbangan kewangan. Guess what Khalid, rakyat suka nak tengok pemimpin mereka datang melawat, mendengar sendiri rintihan rakyat dikala kesusahan. Mendengar dan melihat sendiri sudah pasti berbeza dari mendengar dari pihak perantara.

Rakyat suka dengan pemimpin yang prihatin, yang dalam keadaan super busy sekalipun boleh meluangkan masa melihat keadaan kawasan bencana. Aku melihat PAS, PKR, dan lain-lain parti dalam Pakatan Rakyat sebagai berbeza dari UMNO. Takkan nak upgrade sama paras dengan Paklah, dikala banjir di Johor, beliau ke Australia makan nasi kandar?

Aku nasihatkan kepada Khalid, lainkali kalau nak menentang arus, diamkan sahaja. Jangan bersuara. Somethings better left unspoken.

7 comments:

Jed Yoong said...

Tak kan dia kata "malas"....

izinni said...

khalid org pas ke?

izinni said...

jelas sekali anda tidak pernah dengar tentang Majlis Amal didalam PAS. tentu anda tak pernah lihat kelibat gerombolan anak-anak muda belia berbaju merah hati membantu mangsa2 banjir di johor tanpa sebarang liputan dari media massa.

ezza erisa said...

jelas sekali anda tidak faham dengan bahasa yang saya gunakan

'Takkan nak upgrade sama paras dengan Paklah, dikala banjir di Johor, beliau ke Australia makan nasi kandar?'

adakah saya berkata pemuda pas tidak turun padang? adakah saya berkata pemuda UMNO tidak turun padang?

Aloha said...

Hahaha.. Ini cerita pon ada ek??? nnti akan dikatanye, media putar belit ayat..

biasa dahhh.. at least dia jujur berkata-kata...

Jed Yoong said...

Izzini,

Khalid Orang UMNO.
OOOOOOooops.
UMNO Team B, geng setia Anwar dlm PKR.

zewt said...

utusan malaysia... saudari nak percaya?