Friday, September 26, 2008

Selamat Hari Raya!

Esok pagi aku akan berangkat pulangg ke kampung halamang (tambah g) sebelum orangg mula bangung sahur. Aku tidak mahu kandas di tol Gombak seperti tahung lalu akibat terlambat bangung. Akan ku update blog ini sepulangnya aku dari kampung walaupun dua minggu selepas minggu hari raya merupakan minggu yang sangat sibuk bagi aku!

Terhibur aku dipagi ini apabila melihat berita laporan polis pemuda UMNO berkenaan Teresa Kok menghina telur. Hahahahaha. Telur ayam ke telur siapa yang rasa terhina itu? Kahkahkah. Tolonglah, dah masuk 51tahun merdeka, ada sahaja kebodohan yang nak ditunjukkan kepada pengetahuan umum.

Sekali lagi, selamat hari raya dari saya, ezza erisa. Memohon keampunan atas segala terkasar dan terlembut. Semoga perjalanan kita semua selamat ke mana-mana destinasi. :)

Tuesday, September 23, 2008

Teresa, Silap Lapor atau Silap Mulut?

Malam tadi di jam 7, aku menonton Edisi 7 di NTV7 dimana berita memaparkan Teresa (ahli parlimen seputeh yang baru bebas dari tahanan ISA itu) mengatakan dengan lantang yang Utusan Malaysia silap lapor berkenaan hal pemakanannya di dalam tahanan.

Dia membetulkannya kenyataannya sebagai berkata 'makanan yang diberikannya di dalam tahanan adalah baik sedikit (slightly better) dari makanan anjing' dari kenyataan di dalam Utusan Malaysia yang mendakwa Tesera berkata 'makanannya sama dengan makanan anjing'. Riak muka sedikit ceria berbanding muka hari pertama keluar tahanan.

Aku pasang telinga lebih jelas, cuma mengingati apa yang aku lihat berita pada hari pertama pembebasannya. Pada hari beliau begitu bersemangat bercerita tentang makanan apabila orang lain pula sibuk bercerita tentang pembebasannya. Come on, dalam banyak-banyak isu, dalam pelbagai masalah lain, Teresa memilih untuk bercerita tentang makanan????

Di TV3 Buletin Utama, aku tunggu. Aku yakin aku tidak salah dengar. Akhirnya, rakaman hari pembebasannya diulang siar. Jelas dan nyata, beliau sendiri berkata 'makanan yang diterimanya similar to dog food (kalau diterjemah similar ini maksud bahasa melayunya lebih kurang / sama). Jadi di mana dan bila beliau berkata makanannya lebih baik sedikit dari makanan anjing kerana sefahaman aku yang lidah satu tiga suku (satu = Bahasa Melayu, tiga suku = English) apabila video diulang tayang itu aku faham sepertimana wartawan Utusan Malaysia faham. 'Similar' itu adalah sama. Similar bukan bererti baik sedikit ya! Kan tak pepasal kantoi berbohong secara bermaruahnya di siaran televisyen rancangan perdana.

Apapun, aku rasa menyampah kerana beliau timbulkan isu makan ikan kembung, isu ayam dua keping, isu telur rebus dengan kuah. Kata Ahli Parlimen, mewakili rakyat, ada rakyat yang makan lebih teruk dari itu. Ada rakyat makan berkuahkan air garam, berlaukkan kicap. Apalah sangat makan nasi dengan telur rebus? Rakan sepejabat aku makan tengahari telur rebus dan timun mentah sahaja, tak ada pula buat sidang akhbar!

Pilih topik sesuai untuk buat kontroversi. Taulah selalu makan buffet di hotel mewah, apalah sangat sesekali merasa macam orang susah? Belum jadi Menteri, baru jadi Ahli Parlimen dah tak boleh makan ikan kembung?

PS: Kat rumah aku dikampung, hari-hari lauk kami ikan kembung dan nasi. Sesekali baru makan ayam. Bukan sebab tak mampu, ikan lebih menyihatkan dari ayam lah cik Teresa.

Monday, September 22, 2008

Pengumuman Semperna Raya

Gosh, stock market down! Fixed deposit down! Saham aku down! Nasi up, lauk up. Adeh. Berita buruk untuk budak-budak yang niat nak datang kutip duit raya kat rumah aku, duit raya down juga tahun ni. Ini adalah sebagai langkah menyambut seruan Menteri Kewangan kita yang baru iaitu ubah cara hidup. Terima kasih.

Thursday, September 18, 2008

Tanya Shahrir, Kenapa Belum Turun?

Jawab Shahrir, ringgit di tutup lemah berbanding Dolar Amerika. Aisey man, kata ikut harga pasaran dunia, apabila harga minyak dunia turun, minyak di Malaysia juga akan turun. Tapi selepas turun lebih 30 dolar dari yang sewaktu turun 15sen, ada pula dolak dalih lain?

Tuesday, September 16, 2008

Minyak Dah Turun Nih



Bulan lepas, walaupun cakap harga minyak di kaji pada setiap hujung bulan, tak menyempat sampai hujung bulan dah turunkan harga minyak (demi cakap minyak dah turun banyak), walaupun semua orang tahu harga minyak turun sebelum 1 September demi menarik perhatian warga Permatang Pauh.

Dan sekarang, minyak dah turun banyak berbanding harga tolak 15sen itu, takkan nak tunggu 1 October juga kot? Cik Kiah nak balik raya kat kampung ni Paklah, nak pakai minyak banyak. 1100km pergi balik Paklah oii. Turunkan sebelum raya turunkan sebelum raya kalau nak popular. Hahahaha. Eh cop, ke sepatutnya aku minta dengan Anwar? Iyalah, dah 16 September hari ini.

Monday, September 15, 2008

Zaid Ibrahim, Well Said!

Aku sangat suka hati dengan Zaid Ibrahim, Menteri di Jabatan Perdana Menteri punya kenyataan di kaca televisyen Buletin Utama. Beliau membuat satu cadangan iaitu ISA di kembalikan kepada matlamat asalnya iaitu untuk menangkap musuh negara (contohnya komunis) dan bukan musuh politik. Bravo!

Sunday, September 14, 2008

Living in Malaysia, Hell Confusing

Kalau anda orang ternama belah parti pemerintah, buat kenyataan rasis (racist dibahasa melayukan), anda akan di gantung tiga tahun dari jawatan parti. Kalau anda wartawan yang melaporkan kenyataan rasis tersebut, anda akan di ISAkan. Walaupun hakikatnya anda cuma menulis di atas kertas dan kemudian dihantar kepada editor sebelum boleh terbit di dalam akhbar. Alasan menISAkan anda pula tidak jelas, kedengaran diberita jam lapan malam anda diISAkan kerana keselamatan anda terancam?

Andai kata wartawan berkenaan kalau merasa dirinya terancam, bukankah beliau yang patut ke balai polis memohon perlindungan? Jangan berdrama lari ke kedutaan Turki pula. Kenapa perlu di ISAkan? Setahu aku ISA bukan satu bentuk perlindungan polis kepada mangsa keadaan. Entahlah, dan keliru berterusan.

Thursday, September 11, 2008

PKR Gelojoh?

Ya, hanya PKR dalam Pakatan Rakyat yang bagi aku begitu gelojoh dan tak boleh tunggu pilihanraya umum. Lagipun, tengoklah siapa pemimpin tertingginya. Tak ada parti lain dalam pakatan rakyat yang sibuk nak mengambil alih kerajaan pada 16 September. Dia seorang sahaja.

Yang sibuk nak jejak ahli BN sampai ke Taiwan pun geng dia juga. Serius, menyampah cik kiah tau. Gelojoh benar nak memerintah sampai ambil tindakan super drastik begitu sekali. BN boleh dimasukkan dalam minda, mereka cuba menyelamatkan tampuk pemerintahan yang ada pada mereka, yang PKR ni macam dah tak boleh tunggu sampai mereka balik tu apa dia? Tak ke gelojoh namanya itu? Ada apalah sangat dengan tarikh 16 September? Ada lagi 364 tarikh lain dalam setahun boleh dipilih kenapa nak sangat 16 September? Kalau nak melakar sejarah sendiri, biarlah guna tarikh yang berbeza dari sebarang sejarah lain kan?

Ada orang cakap, argh, BN dulu pun sama. Pakai taktik sama. Pujuk-pujuk ahli parlimen parti pembangkang. Apa salahnya kalau Pakatan Rakyat pakai taktik yang serupa. Ini jawapan aku: Kata nak membina kerajaan yang berbeza dari yang ada sekarang. Kata nak bina satu kerajaan yang super hebat. Takkan nak pakai taktik kotor sama macam kerajaan sekarang yang didakwa buruk dan hodoh itu pula kot? Kalau pakai taktik sama, bukankah nampak sama buruk dan hodoh? Kalau dah sama buruk dan hodoh, kenapa aku nak kena tukar pemerintah? Macam keluar mulut buaya, masuk mulut buaya baliklah kaedahnya.

Ada orang lain tinggal komen, katanya undi pos ditambah ke sana undi pos ditambah ke sini bagi menang BN. Kalau tidak dah lama BN kecundang. Iya ka? Iya ka? Ya mungkin ada undi pos buat top up sana sini, tapi kalaulah rakyat semua pakat mengundi parti lain, tak terlawannya dengan undi pos itu. Contoh di Permatang Pauh, kata ada tiga bas hantu di tahan tidak dapat masuk. Kalau tiga bas itu lepas mengundi pun, baru 200undi. Majoriti 16k! Tak terlawan kalau semua rakyat bersatu padu undi satu pihak sahaja. Keluarlah hantu kus kus pun.

Apapun, aku mengharapkan tarikh 16 September tidak akan menjadi kenyataan. Aku muak, jelak dan bosan. Terutama dengan segala jenis media menumpu kepada tarikh tersebut yang hanya tinggal empat hari lagi. Bosan cik kiah tengok tv. Sampai kes rompak alfa romeo di Bukit Jelutong petang tadi pun tak masuk berita you.

Wednesday, September 10, 2008

Paklah Dah Letak Jawatan Ke?

Menonton Buletin Utama jam lapan malam tadi, agak memeranjatkan aku apabila intisari berita dibaca oleh pembaca berita. Tun Dr Mahathir kembali menjadi ahli UMNO.

Betulkan kalau aku silap, pada Mac lepas, bukankah Tun Mahathir berikrar tidak akan masuk balik kepangkuan UMNO selagi Paklah menjadi Perdana Menteri. Selagi Paklah berada ditampuk paling atas dalam kepimpinan kerajaan, Tun Mahathir berjanji dia akan berada di luar parti (tetapi tidak masuk mana-mana parti pembangkang), dan akan membuat gesaan dan pelbagai serangan untuk menjatuhkan Paklah, sehingga Paklah angkat kaki.

Jadi, dengan berita Tun Mahathir kembali kepada UMNO, soalan aku, Paklah sudah letak jawatan kah? Belum lagi kan? Jadi dalam perang berat sebelah ini, dimana Tun Mahathir tidak sudah-sudah membuat serangan dan kutukan kepada Paklah dan pentadbirannya, akhirnya Paklah yang menang?

Sunday, September 07, 2008

Khalid, Diam Sahajalah

Terperanjat aku membaca berita dimuka depan Utusan Malaysia hari ini. Aku tidak pasti itu adalah benar kata-kata yang keluar dari mulut Menteri Besar Selangor, atau satu sandiwara akhbar media arus perdana untuk mengalih perhatian dari isu Bukit Bendera.

Khalid didakwa berkata lawatan beliau ke tempat dilanda musibah membuang masa dan membuang kewangan sahaja. Beliau ada wakil rakyat dan orang yang boleh pergi melawat, yang boleh pergi memberi sumbangan kewangan. Guess what Khalid, rakyat suka nak tengok pemimpin mereka datang melawat, mendengar sendiri rintihan rakyat dikala kesusahan. Mendengar dan melihat sendiri sudah pasti berbeza dari mendengar dari pihak perantara.

Rakyat suka dengan pemimpin yang prihatin, yang dalam keadaan super busy sekalipun boleh meluangkan masa melihat keadaan kawasan bencana. Aku melihat PAS, PKR, dan lain-lain parti dalam Pakatan Rakyat sebagai berbeza dari UMNO. Takkan nak upgrade sama paras dengan Paklah, dikala banjir di Johor, beliau ke Australia makan nasi kandar?

Aku nasihatkan kepada Khalid, lainkali kalau nak menentang arus, diamkan sahaja. Jangan bersuara. Somethings better left unspoken.

Friday, September 05, 2008

Why Making Fuss with 16 Sept?

Huh, tajuk dalam English pula hari ini. Bukan apa, aku menyampah dengan semua spekulasi berkenaan peralihan kuasa kerajaan dari Barisan Nasional kepada Pakatan Rakyat pada 16 September.

Terbaru khabar angin mengatakan semua pemimpin tertinggi Barisan Nasional nak berlepas keluar negeri pada tarikh tersebut.

Pendapat peribadi aku, ya aku inginkan satu kerajaan yang bersih imejnya memerintah Malaysia. Cara merasuah dan membida harga tinggi kepada ahli parlimen bukanlah cara bersih dan bermaruah untuk mendapat tampuk di Putrajaya. Kalau ini yang berlaku, seriusnya aku akan hilang rasa hormat aku kepada Pakatan Rakyat.

Aku tak faham dengan keadaan sekarang. Bukankah ahli parlimen dipilih oleh rakyat, diundi berdasarkan parti yang mereka wakili? Kalau sekiranya ahli-ahli parlimen ini (yang pada masa kempen pilihanraya konon nak berbakti kepada rakyat), rabun biji mata dengan duit depan mata, sudah pasti ianya mengkhianati mandat dari rakyat. Kalau rakyat di sesuatu tempat itu ingin memberikan kemenangan kepada parti lawan, mereka tidak memangkah Barisan Nasional. Kalau selepas mendapat kuasa, ahli parlimen tiba-tiba jadi tamak haloba, dan menyertai parti lawan, sudah pasti rakyat yang mengundi mereka sebelum ini merasa kecewa. Dapat MP tamak satu hal, dapat MP yang prinsipnya boleh dijual beli satu hal yang lain.

Alangkah kecewanya aku kalau orang-orang yang terhormat selama ini rupanya setiap seorang ada harga masing-masing. Campakkan satu briefcase berisi duit, nah segala-galanya boleh menjadi.

Aku lebih kecewa dengan Pakatan Rakyat yang tidak sabar-sabar nak melakar sejarah. Tidak boleh menunggu pilihanraya umum, nak memerintah negara secepat mungkin. Jangan sampai buat demonstrasi seperti di Thailand sudahlah. Apa kata, hormati keputusan rakyat dalam pilihanraya lepas! Mungkin Barisan Nasional tidak menang besar, tidak menang bergaya tetapi rakyat masih ingin diperintah oleh Barisan Nasional buat satu penggal lagi.

Sekarang, aku nampak Anwar Ibrahim begitu dasyat sekali. Begitu haloba, gelojoh betul dengan jawatan Perdana Menteri. Apa sudah tidak boleh tunggu lagi 4tahun akan datangkah, biar rakyat yang menentukan di atas kertas undi mereka? Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat begitu bersungguh-sungguh kata ramai MP akan menyertai mereka. Mungkin dengan umpan duit! Tetapi terfikirkah mereka, jika MP-MP ini boleh berpaling tadah dari Barisan kerana duit, suatu hari, MP-MP yang sama boleh berpaling tadah sekali lagi jika menerima tawaran yang lebih lumayan.

Gunalah saluran yang betul untuk ke Putrajaya, bukan melalui taktik kotor belakang tabir. Terhina rasanya suara rakyat marhein seperti aku.

Wednesday, September 03, 2008

Ketika UMNO menjadi Racist

Alangkah terkejutnya aku selepas seminggu baru Najib nak keluar TV mohon maaf atas kesilapan ADUN Bukit Bendera. Dua kali terkejut kerana tak ramai orang tahu ada ADUN UMNO berceramah dengan racist di Permatang Pauh. Al maklumlah, media dikuasai kerajaan. Mana ada masuk tv yang parti MCA nak buat demonstrasi kan?

Tidak terkejut apabila Najib yang muncul di TV bukan sang ADUN yang seronok berceramah sambil air liur meleleh-leleh sambil keluarkan hujah racist nya. Kenapa bukan ADUN tersebut yang keluar TV, minta maaf. Gentleman la sikit.

Aku bayangkan, Menteri Besar Selangor atau pemimpin pembangkang yang lain buat kenyataan macam tu, entah berapa banyak demonstrasi agaknya dipaparkan dalam TV. Oh Encik ADUN yang otak sedalam satu inci jarum, kaum Cina dan India pendatang pada tahun 1930an ke 1940an paling lambat pun 1950-an. Tahun 2008 tidak tepat lagi untuk panggil mereka pendatang. Sudah ada kad pengenalan, sudah jadi warganegara. Tak belajar sejarah kah?

Tahun 2008 ini, kalau Encik ADUN nak tahu, yang kita panggil pendatang ialah warga Nepal, Bangladesh, India, Vietnam, Filipina, Africa, Indonesia et al. Tidak dinafikan ramai warga Filipina sudah menjadi warga negara Malaysia dengan mudahnya di Sabah. Yang itu baru kita panggil pendatang. Alangkah asal usul Melayu pun masih kabur, entah berasal dari mana. Kita pun pendatang juga satu ketika dulu cik mamat oi.