Monday, August 18, 2008

Trip Ke Cameroon.. Eh Cameron Highlands

Saja saja nak pergi untuk hirup udara sejuk beku sambil minum teh strawberi. Macam-macam rintangan perjalanan diharungi.

Jumaat 15 Ogos, cuti separuh hari. Nak dijadikan cerita, turun ke parking kereta, tekan-tekan remote, tak disarm pula alarm kereta. Puas pusing keliling kereta, tidak juga berjaya. Hendak pergi tukar bateri alarm, tak ada kedai yang dekat. Selepas disepak-sepak, akhirnya setelah hampir sejam, berjaya juga buka!

Ambil adik aku di Shah Alam. Patah balik kuala lumpur, makan tengahari pukul 3.00 petang dan seterusnya kemas-kemas baju. Bertolak ke Cameron Highlands. Bertolak pukul 4 petang. Sampai di Tun Razak, ya ampun sesak! Keluar dari Kuala Lumpur dekat pukul 5 kalau tak silap. Sepanjang jalan hujan kekadang lebat, kekadang perlahan, kekadang tak hujan langsung.

Sampai di Tol Tapah lebih kurang pukul 6. Hujan sangatlah lebat, aku dah rasa cuak nak daki bukit ke Cameron dalam cuaca begitu. Sudahnya ikut satu kereta lain (walaupun kereta itu super perlahan, tapi disebabkan baik berteman, aku ikutkan sahaja).

Pukul 7 sampai di Cameron Highland, mencari-cari tempat untuk bermalam. Buat keputusan untuk bermalam di Brinchang, dekat sedikit dengan pasar malam. Pukul 8.00 dapat bilik, terus masuk baring. Lepas mandi turun jalan-jalan ke pasar malam. Fuh, sayur je manjang. Boring pun iya.

Lepas makan di gerai belakang hotel, aku dan adik aku balik bilik hotel. Sejuk ya ampun memaksa aku tidur awal gile! Esoknya, lepas check out, tengok tayar kereta belakang pancit. Aisey man, potong betul. Tak ke jadi satu masalah problem! Apapun aku ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada adik dari Jalan Kelang Lama yang sudi tolong akak tukarkan tayar. Begitu gentleman, datang nak bagi pertolongan. Kagum akak tau!


Waktu jalan-jalan, jumpa orang promosi DIGI, dapat belon 2 biji! Ihiks.Waktu turun pun sama, hujan lebat. Aisey....

1 comments:

Jie said...

lor..... g kejap mcm tu je ke]
utk minum secawan teh strawberi?