Friday, August 01, 2008

Kena Marah Baru Senyap?

Ceritanya mudah. Kedai aksesori dan bengkel kereta memang suka mengambil peluang memperdaya dan mempengaruhi pemilik kereta agar membeli sesuatu yang tidak diperlukan oleh kereta mereka. Tidak hairan kalau Perdana Terengganu berjumlah berjuta-juta ringgit belanja penyelenggaran tahunannya. Padan muka benar mereka yang didakwa itu (walaupun ikutkan mereka cuma bilis, yang jerungnya masih berada diluar sana), boleh menjadi panduan kepada pemilik bengkel yang lain.

Beberapa hari lalu, aku perasan mentol lampu kecil bahagian depan kereta aku tidak menyala (terbakar lah tu). Jadi, selepas balik dari kerja, aku singgah di sebuah kedai aksesori merangkap bengkel berhampiran Petronas Setiawangsa untuk tukar mentol. Sementelah harga mentol dah RM2.00 seketul, aku suruhlah diaorang pasangkan terus.

Untuk memasang lampu depan, mereka kena buka bonet. Selepas bonet berisi enjin dibuka, ada tiga jurujual tak berapa bertauliah datang keliling. Hendak kelentong itu dan ini. Alat untuk menjimatkan minyaklah, alat untuk menyenyapkan bunyi enjinlah, alat itu alat ini. Aku cakap dengan sopan santun, senyum lagi ‘taknak’

Taknak aku itu, rupanya tak difahami, terus menerus bagitahu aku punya kereta cepat rosak lah kalau tak pakai, makan banyak minyaklah. Aku cakap lagi sekali, dalam nada kurang senang…Taknak.

Mentol belum pasang ni, duk sibuk promosi barang jimat minyak dia (yang tu paling obvious, siap duk tekan-tekan wayar-wayar kat enjin aku), tiba-tiba aku rasa tak boleh sabar. Seterusnya terhamburlah ‘Pasang je mentol tu, tak payah nak buat promosi – promosi’ dengan nada amat menengking, muka super serious. Hamik kau, aku cakap baik-baik, kau makin melebih.

Apabila dah selamat kena tengking, barulah memasing senyap dan beredar pergi cari pelanggan lain hendak jadikan mangsa. Dan dan juga, waktu tu juga tangan laju pasangkan mentol.

Walaupun aku bawa kereta standard, tak ada turbo tak ada weber tak ada rim besar tak ada jin aprit duk dalam enjin bay, tidak semestinya aku mudah terpedaya dengan tipu muslihat jurujual. Benda benda beginilah membuatkan aku terfikir, mungkin Perdana Terengganu pergi kedai nak tukar mentol lampu, tapi akhirnya dengan lampu-lampu sekali orang kedai tu tukarkan. Huh. Mau bil tak banyak???

1 comments:

Kujie said...

hahahahahah....ambek ko...

dah macam jin aprit dah....

control ayu cik kak...