Wednesday, August 27, 2008

Hari Anwar Paling Di sebut

Hari ini (selain dari semalam), merupakan pesta nama Anwar Ibrahim. Anwar menang majoriti besar, Anwar akan angkat sumpah jadi ahli parlimen, Anwar itu Anwar begini dan sebagainya. Walaweh, Anwar itu Anwar ini. Di internet hampir semua blog milik orang Malaysia heboh dengan kemenangan Anwar.

Kemenangan Anwar sudah dijangka, salah satu sebab nyata ialah kerusi itu milik isterinya Wan Azizah. Beliau memenangi kerusi Permatang Pauh dengan majoriti lebih 13,000 undi. Jadi apa yang membuatkan suratkhabar pro kerajaan tak habis-habis cuba nak menutup cerita sebenar dengan mengatakan Arif Shah itu mempunyai peluang yang besar untuk menang pilihanraya kecil kali ini?

Kalau Wan Azizah dapat majoriti lebih 13,000, adalah sesuatu yang logik akalnya apabila suaminya yang menjadi faktor kepada penubuhan Parti Keadilan Rakyat itu sendiri bertanding merebut kerusi berkenaan dan mendapat majoriti yang lebih besar dari itu.

Tak payahlah The Star nak bercerita yang Arif Shah hilang 5kg dalam masa 10hari akibat terlalu sibuk berkempen, tak payahlah Khairyl Jamaludin nak tuduh PKR terima duit dari Amerika untuk berkempen (aku tertanya, UMNO pula dapat dana dari mana ya?), tak payahlah Najib sibuk-sibuk turun padang dan minta Anwar bersumpah sebab Najib dah bersumpah. Rakyat sudah bosan dengan pelbagai drama dari lubang punggung Saiful yang diliwat kepada menantu Paklah kepada kisah angin-angin Najib dan Mongolianya. Nak jadi menteri dulu pun dah angkat sumpah, ramai juga yang kandas termakan rasuah dan sebagainya. Tak payahlah semua itu.

Dan yang lain pula, tak payahlah jadikan Permatang Pauh kayu pengukur yang rakyat menolak BN sepenuhnya. Bukan apa, dah bertanding kawasan PKR dan kerusinya kembali dimiliki oleh PKR bukan sesuatu yang luar biasa. Yang luar biasa dan boleh dikatakan menolak BN sepenuhnya apabila kerusi Kepala Batas atau kerusi Pekan dibuka untuk pengundian dan hasilnya dimenangi oleh parti pembangkang, itu baru betul-betul ditolak.

Dan aku agak, BN pun tak berani nak buat-buat menang (ie main taktik kotor) di Permatang Pauh, kerana mana nak cari 16000 hantu untuk lawan majoriti undikan? Dan kalau mereka menang, SAH NYATA main toyol.

Oh selain itu aku nak umumkan aku tidak akan menyibarkan bendera di kereta aku semperna 51tahun kemerdekaan tahun ini. Baik secara betul, atau terbalik. Aku kecewa selepas 51tahun merdeka, sejarah kemerdekaan masih samar-samar. Pemimpin dulu berjuang untuk kemerdekaan tanpa mengira kewangan dan pangkat. Nyawa sekalipun sanggup dikorbankan. Tetapi sekarang. sudah terbalik. Semuanya mengejar Dato, Datuk, Tokki, Tok kedut dan sebagainya. Kalau ada blogger anjurkan pemasangan bendera terbalik, aku pula nak anjurkan kempen JANGAN PASANG BENDERA semperna 51tahun merdeka atas pelbagai sebab yang kita sendiri tak puas hati.

0 comments: