Wednesday, August 13, 2008

Dilema Pelajar UiTM

Dey, joyah, samad, salih, ali, kiah, semek dan sebagainya. Apa pasal kamu hari ini sampai sanggup tuang-tuang kuliah nak berarak ke pejabat KSU semata-mata sebab nak tunjuk pandai, nak membantah kata-kata dari Menteri Besar Selangor?

Nak tergelak besar aku melihat, kot ya pun joyah, kiah, samad, salleh, nak popular setanding Saiful dari UNITEN, nak muka masuk tv tolong pilih acara sikit boleh tak? Jangan melalak tak tentu hala.

Kenapa aku tergelak? Kenapa aku rasa kesian pada yang tuang kelas tak pepasal itu? Kenapa sibuk nak berarak ke pejabat KSU kat Shah Alam menunjukkan rasa tidak puas hati kepada Menteri Besar Selangor? Kot ya pun Menteri Besar suarakan pendapat, yang ingin membuka UiTM kepada bukan bumiputera nak dimarahnya, tak payahlah sampai nak ponteng-ponteng kelas. SEBAB PALING NYATA SEKALI IALAH, PENDAPAT DARI MENTERI BESAR SELANGOR ITU BUKAN BOLEH PAKAI PUN. Dia bukan pegang jawatan berkait dengan apa sahaja yang membolehkan pendapatnya laku nak diterima.

Sementelah dia itu wakil pembangkang, kerat ibu jari kakilah kalau kerajaan nak dengar usul dari pihak pembangkang. Jadi, untuk apa perhimpunan macam esok terus dibuka pintu UiTM itu bukan bumiputera? Untuk apa perhimpunan hari ini? Sekadar nak menunjukkan pelajar UiTM boleh membantah? Bantahlah tapi biarlah cerdik sedikit, kalau nak bantah, tengok dahulu siapa yang kemukakan cadangan, ada macam akan dapat perhatiankah cadangan tersebut dan sebagainya.

Kenapa semasa MRSM dibuka 10% kepada bukan bumiputera, tak ada yang bersilat terajang dihadapan pintu gerbang sekolah nak membantah? Kenapa semasa kuota JPA dilebarkan untuk bukan bumiputera tak ada yang berarak di tengah Jalan Ampang? Sedangkan konsepnya sama, cuma datang dari pihak berbeza.

Esok aku nak suarakan pendapat jugalah, mana tahu ada pelajar nak berkumpul ponteng kelas berarak demi nak bantah suara yang tidak boleh mengubah apa-apa.

5 comments:

Anonymous said...

setuju, thought i'm the only one yg rasa perarakan membantah bersungguh2 tu pelik... mb sngor ada kuasa ke nak bukak uitm kpd bukan bumi?? tp cara depa membantah tu mmg mcm mb sngor ada kuasa. media pun menghangatkn isu tu mcm benda tu boleh diimplemen oleh seorg mb sngor.

hmmm... rupa2 nya budak uitm yg pelik... dulu, srkg & selamanya... hehee...

aRieL said...

wes..sesungguhnyer aku juga merasakan perarakan itu sungguh bodo..wpon aku plajar uitm..muahahahahaha..ape kepekdahnye ntah g berarak tu..wat malu aku je..dok sanggup nok ngaku aku student uitm..bodo..hahahaha..[kalo ade org bleh detect aku sape mampuih..]

Anonymous said...

ish, ish, ish ... kalau le semangat yang berkobar - kobar sebegitu disalurkan kat peranan diaorang sebagak penimba ilmu, bagus gak.

tak habis - habis nak melatah orang - orang melayu kite ni. sama je, pelajar - pelajar yang masih 'ingusan' ke atau orang - orang tua cerdik pandai (kat forum Bar Council tu), sama je tahap pemikiran tu. yang buruknya orang melayu dan Islam jugak.

kasorrga dunia said...

at least ada gak depa yg nak bersuara... tunjuk rasa ketidakpuasan hati...

Anonymous said...

bersuara pada 'menda'yg tak ada hujung pangkal sama mcm menyalak jer bunyinyer....kalo betul derang pelajar IPTA..sesungguhnya pemikiran mereka harus ditahap IPTA gaks....bukannyer makin tinggi belajar....bertingkat2 bodohnya....sesiapa boleh menyuarakan pendapat.hatta tukang kebun sekali pun...laksana or tak bukannye kptusan kat tangan tukang kebun.Btw la kan....perarakan tuh ada dapat permit dr pihak berkuasa tak?bak kata nabil."Lu Pikirrrlah sendiriiii..."