Monday, August 04, 2008

Berapa Kebarangkalian Minyak Turun 1 September?

Sehari dua selepas kenaikan harga minyak pada Jun lalu, kerajaan mengumumkan mekanisma harga minyak bulanan (apa tah nama betulnya) akan dilaksanakan pada bulan Ogos. Harga minyak akan mengikut harga pasaran, makin tinggi harga minyak dunia, makin tinggi harga minyak yang akan dibayar oleh rakyat tetapi kerajaan akan tetap bagi subsidi 30sen. Tak kira berapa harga minyak itu nanti.

Kemudian selepas 1-2minggu, mereka melihat pattern harga minyak yang makin meningkat, mereka membuat pengumunan, tak jadi nak apungkan harga pada bulan Ogos. Walau berapa tinggi pun harga minyak dunia meningkat, rakyat tetap perlu membayar RM2.70 seliter pada tahun ini. Harga minyak hanya akan direview semula pada Mac 2009. Itu janji kerajaan.

Kemudian adalah debat Shahrir Samad, debat Anwar vs air liur kerajaan dan sebagainya.

Apabila harga minyak dunia turun, ke paras USD122 setong, kerajaan buat pengumuman harga minyak MUNGKIN akan diturunkan pada 1 September tetapi melihat kepada perkembangan harga minyak sepanjang bulan Ogos ini.

Hari ini harga minyak meningkat ke paras USD125 setong. Mungkin esok makin meningkat. Apakah janji kerajaan akan terlaksana menjelang 1 September. Bukan apa, perasaan was was penuh bersarang didada kerana sudah banyak janji berkenaan minyak tidak ditepati, jadi untuk mengharapkan 1 September bermula era kerajaan tepati janji adalah tidak realistik sama sekali.

Kalau betul nak turunkan harga minyak, kenapa perlu tunggu sebulan? Waktu naikkan harga minyak, Encik Dollah cuma bagi waktu 7 jam kepada rakyat untuk bersedia (umum jam 5 petang, kenaikan jam 12 malam), kenapa waktu nak turunkan, umum sebulan sebelum? Psikologi fikiran rakyat? Benda belum tentu tak payah umum. Cakap sahaja, nak apungkan harga minyak pada bulan September. Itu lebih bagus bunyinya dari pengumuman dengan muka ceria, menurunkan harga pada 1 September yang diumumkan pada 1 Ogos dan tanpa sebarang jaminan harga minyak dunia akan menurun lebih rendah atau meningkat lebih tinggi.

Kita tunggu alasan apa yang bakal diberikan pada 31 Ogos nanti.....

3 comments:

amoi said...

dah malas nak dgr ckp2 kerajaan ni...bln ni janji lain...bln dpn buat lain...

kita tunggu je la nnti...

hafi said...

Biasa ar tu.Bila nk naik memang laju je tp kalau bab turun ni macam2 alasan/janji diberi...

suealeen said...

oh cik ezza,
tadi je TPM cakap atas 3 alasan takleh turunkan rega minyak... disiarkan di buletin 1.30..

tak tau la pulak kot² berita TV3 suku yang ini pun takleh pakai.. :D