Sunday, August 31, 2008

Bunga Kemerdekaan

Aku membuat perancangan ke KLCC pada petang semalam meskipun di ajak oleh teman-teman sepejabat untuk ke Luna Bar untuk tengok bunga api KLCC dari tingkat 34 menara Pan Global. Tetapi akhirnya aku terstuck di dalam bilik hotel. Bukan apa, malas nak bergerak jadinya.

Apapun aku tekad nak tengok bunga api kemerdekaan. Teguh aku tunggu pukul 12 malam. Dan aku yakin yang mana-mana pergi Dataran ka, Bukit Bintang ka, KLCC ka semuanya memang nak menunggu bunga api sahaja. Pengertian hari merdeka warga muda Malaysia ialah = bunga api! Tak ada bunga api hampa jadinya.

Tengah tengah menyanyi pukul 12, dataran merdeka memulakan acara bunga api. Yang paling aku kucewa, bilik aku memang mengadap dataran TETAPI dek kerana terhalang oleh Menara Kuala Lumpur, aku hanya dapat melihat serpihan bunga api dan juga asap-asap yang dikeluarkan oleh pembakaran bunga api. Cik kiah kecewa you!.

Lebih mengecewakan apabila TV1 punya penerbit macam harem sahaja. Di tengah tengah bunga api berdentam dentum, kau fokus muka Paklah menyanyi riang ria dengan Jean?? What the....??? Fokuslah bunga api badigol oi. Sudahlah sesekali sahaja terlepas gambar bunga api, itupun dari sudut yang sama. Alahai...patutlah makin lama makin tenggelam TV1 nih.

TV2 pula menyiarkan konsert ambang kemerdekaan KLCC. Walaweh, sampai pukul 12 lebih aku tunggu kot kot ada bunga api sesat. Harem. Tak kesampaian. Konsert ambang je...celebration nehi hey. Buat penat aku excited sahaja.

Aku cuba tekan remote TV3, TV7, 8TV, TV9, wah wah wah..macam tak meraikan apa-apapun. Cerita orang putih, cina, korea ke udara macam 31 Ogos adalah hari tak ada apa-apa makna sekalipun.

Jangan salahkan rakyat tak sambut ulangtahun ke 51 kemerdekaan tanah air, stesen TV pun sama. Tidak bermeriah langsung pun.

Maaflah kalau cik kiah kecewa bunga api tak ada di KLCC semperna 31 Ogos tahun ini, sebab cik kiah terdidik dari kecil oleh kerajaan setiap keraian mesti ada bunga api! Aku yakin, adik aku kat kampung pun sanggup berjaga sampai pukul 12 semata-mata nak tengok bunga api dalam TV. Aku kecewa dengan RTM, Media Prima dan KLCC sekali.

Friday, August 29, 2008

Erra Fazira vs Anwar Ibrahim

Menyorot berita di utusan malaysia online semalam membuatkan aku rasa nak tergelak terkekeh kekeh. Kotya pun nak cari berita lain untuk cover berita Anwar Ibrahim di Permatang Pauh, takkan umpan dengan Erra Fazira mengandung tiga bulan kot?

Alahai, kalau Datin Seri Jean Abdullah yang mengandung tiga bulan, baru lah boleh jadi berita muka dengan mengalahkan Anwar Ibrahim punya berita kemenangan di Permatang Pauh.

Wednesday, August 27, 2008

Hari Anwar Paling Di sebut

Hari ini (selain dari semalam), merupakan pesta nama Anwar Ibrahim. Anwar menang majoriti besar, Anwar akan angkat sumpah jadi ahli parlimen, Anwar itu Anwar begini dan sebagainya. Walaweh, Anwar itu Anwar ini. Di internet hampir semua blog milik orang Malaysia heboh dengan kemenangan Anwar.

Kemenangan Anwar sudah dijangka, salah satu sebab nyata ialah kerusi itu milik isterinya Wan Azizah. Beliau memenangi kerusi Permatang Pauh dengan majoriti lebih 13,000 undi. Jadi apa yang membuatkan suratkhabar pro kerajaan tak habis-habis cuba nak menutup cerita sebenar dengan mengatakan Arif Shah itu mempunyai peluang yang besar untuk menang pilihanraya kecil kali ini?

Kalau Wan Azizah dapat majoriti lebih 13,000, adalah sesuatu yang logik akalnya apabila suaminya yang menjadi faktor kepada penubuhan Parti Keadilan Rakyat itu sendiri bertanding merebut kerusi berkenaan dan mendapat majoriti yang lebih besar dari itu.

Tak payahlah The Star nak bercerita yang Arif Shah hilang 5kg dalam masa 10hari akibat terlalu sibuk berkempen, tak payahlah Khairyl Jamaludin nak tuduh PKR terima duit dari Amerika untuk berkempen (aku tertanya, UMNO pula dapat dana dari mana ya?), tak payahlah Najib sibuk-sibuk turun padang dan minta Anwar bersumpah sebab Najib dah bersumpah. Rakyat sudah bosan dengan pelbagai drama dari lubang punggung Saiful yang diliwat kepada menantu Paklah kepada kisah angin-angin Najib dan Mongolianya. Nak jadi menteri dulu pun dah angkat sumpah, ramai juga yang kandas termakan rasuah dan sebagainya. Tak payahlah semua itu.

Dan yang lain pula, tak payahlah jadikan Permatang Pauh kayu pengukur yang rakyat menolak BN sepenuhnya. Bukan apa, dah bertanding kawasan PKR dan kerusinya kembali dimiliki oleh PKR bukan sesuatu yang luar biasa. Yang luar biasa dan boleh dikatakan menolak BN sepenuhnya apabila kerusi Kepala Batas atau kerusi Pekan dibuka untuk pengundian dan hasilnya dimenangi oleh parti pembangkang, itu baru betul-betul ditolak.

Dan aku agak, BN pun tak berani nak buat-buat menang (ie main taktik kotor) di Permatang Pauh, kerana mana nak cari 16000 hantu untuk lawan majoriti undikan? Dan kalau mereka menang, SAH NYATA main toyol.

Oh selain itu aku nak umumkan aku tidak akan menyibarkan bendera di kereta aku semperna 51tahun kemerdekaan tahun ini. Baik secara betul, atau terbalik. Aku kecewa selepas 51tahun merdeka, sejarah kemerdekaan masih samar-samar. Pemimpin dulu berjuang untuk kemerdekaan tanpa mengira kewangan dan pangkat. Nyawa sekalipun sanggup dikorbankan. Tetapi sekarang. sudah terbalik. Semuanya mengejar Dato, Datuk, Tokki, Tok kedut dan sebagainya. Kalau ada blogger anjurkan pemasangan bendera terbalik, aku pula nak anjurkan kempen JANGAN PASANG BENDERA semperna 51tahun merdeka atas pelbagai sebab yang kita sendiri tak puas hati.

Monday, August 25, 2008

Rebat Tunai Akan Dikaji Semula

Sewaktu membaca surat khabar berita minggu semalam, di muka depan ada menyiarkan berkenaan rebat tunai akan dikaji semula kerana katanya kalau di tarik dan dimasukkan ke dalam minyak, harga minyak boleh dikurangkan dalam 30-40sen lagi dari harga sekarang.

Soalan aku, masa bulan Jun hari tu, tak sempat menyempat buat keputusan kurangkan subsidi minyak, bagi rebat tunai segala, tak kaji dahulu ka? Pening la cik kiah camni gayanya.

Berapa Banyak Mahu Sumpah?

Terdahulu Saiful bersumpah, lepas tu Encik Najib bersumpah, kemudian Najib memaksa-maksa Anwar pula bersumpah. Ikut suka hati dia lah nak bersumpah ke idak? Trend sekarang ni trend bersumpah ka? Lepas ini mahkamah kosonglah, semua orang pergi masjid untuk bersumpah dan siapa yang berani bersumpah dialah yang betul.

Jangan jadi sesumpah sudahlah. Boleh bertukar-tukar warna.

Thursday, August 21, 2008

Raba, Bontot dan Undi

Aku menerima gambar ini dari email. Ini ke rupa Puteri UMNO yang mengadu mereka di raba dan diludah? Kalau macam ni bawa diri, aku tak hairanlah dengan apa yang berlaku. Mulanya aku rasa kesian, tapi lepas tengok gambar ini rasa macam huh, patut pun, perangai pun sama. Huh.



Yang ini pula syok nak meliwat pula. Kalau macam ini hodohnya parti politik, tak nak aku joint sampai bebila. Orang lain sibuk perjuangkan ekonomi negara, kamu pula sibuk nak beraksi cucuk bontot. Huh



Posted by Picasa

Monday, August 18, 2008

Kenapa 26 Ogos?

Tak pelik ka? Wa rasa banyak pelik. Kenapa hari mengundi di Permatang Pauh perlu jatuh pada hari bekerja? Sementelah hari bekerja, di tengah minggu pula itu. Memaksa sang perantau samada untuk bercuti dihari Isnin dan Selasa, atau tidak balik mengundi langsung! Memaksa yang bekerja mengambil cuti untuk pergi mengundi.

Apa strategi SPR ini? Strategi ghost voters kah? Sungguh aku merasa pelik. Kenapa tidak 30 Ogos? Kenapa tidak 2 September? Kenapa mesti 26 Ogos, hari Selasa ditengah minggu? Nampak sangat ketidak telusannya. Huh.

Tambah tak faham apabila isu Saiful Bukharistow diungkit ungkit sebagai isu utama. Kalau dari Anwar boleh difahami, beliau cuba membersihkan imejnya yang tercalar, dari Najib seperti dalam kempen yang tersiar di Buletin Utama sungguh memeningkan tahap genius otak aku. Bukankah Najib juga yang sibuk-sibuk berkata, isu liwat Anwar dan Saiful bukan isu politik? Jadi kenapa perlu Najib sibuk-sibuk berkempen menyuarakan isu liwat Anwar pula? Sendiri cakap, sendiri tak ingat? Huh. Lidah bercadang seribu!

Trip Ke Cameroon.. Eh Cameron Highlands

Saja saja nak pergi untuk hirup udara sejuk beku sambil minum teh strawberi. Macam-macam rintangan perjalanan diharungi.

Jumaat 15 Ogos, cuti separuh hari. Nak dijadikan cerita, turun ke parking kereta, tekan-tekan remote, tak disarm pula alarm kereta. Puas pusing keliling kereta, tidak juga berjaya. Hendak pergi tukar bateri alarm, tak ada kedai yang dekat. Selepas disepak-sepak, akhirnya setelah hampir sejam, berjaya juga buka!

Ambil adik aku di Shah Alam. Patah balik kuala lumpur, makan tengahari pukul 3.00 petang dan seterusnya kemas-kemas baju. Bertolak ke Cameron Highlands. Bertolak pukul 4 petang. Sampai di Tun Razak, ya ampun sesak! Keluar dari Kuala Lumpur dekat pukul 5 kalau tak silap. Sepanjang jalan hujan kekadang lebat, kekadang perlahan, kekadang tak hujan langsung.

Sampai di Tol Tapah lebih kurang pukul 6. Hujan sangatlah lebat, aku dah rasa cuak nak daki bukit ke Cameron dalam cuaca begitu. Sudahnya ikut satu kereta lain (walaupun kereta itu super perlahan, tapi disebabkan baik berteman, aku ikutkan sahaja).

Pukul 7 sampai di Cameron Highland, mencari-cari tempat untuk bermalam. Buat keputusan untuk bermalam di Brinchang, dekat sedikit dengan pasar malam. Pukul 8.00 dapat bilik, terus masuk baring. Lepas mandi turun jalan-jalan ke pasar malam. Fuh, sayur je manjang. Boring pun iya.

Lepas makan di gerai belakang hotel, aku dan adik aku balik bilik hotel. Sejuk ya ampun memaksa aku tidur awal gile! Esoknya, lepas check out, tengok tayar kereta belakang pancit. Aisey man, potong betul. Tak ke jadi satu masalah problem! Apapun aku ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada adik dari Jalan Kelang Lama yang sudi tolong akak tukarkan tayar. Begitu gentleman, datang nak bagi pertolongan. Kagum akak tau!


Waktu jalan-jalan, jumpa orang promosi DIGI, dapat belon 2 biji! Ihiks.Waktu turun pun sama, hujan lebat. Aisey....

Thursday, August 14, 2008

Serangan Seksual

Hari ini aku belajar satu contoh serangan seksual, yang mana sesuatu yang sangat aku tidak terjangka kerana kawan-kawan lelaki yang aku kenali kebanyakan sangat gentleman dan tidak sesekali melakukan serangan seksual ke atas aku (nota kepada semua, serangan seksual tidak hanya bermakna anda kena rogol ya!). Kalau sekadar bergurau tak melampau, itu masih boleh dimaafkan. Disebabkan kenalan-kenalan dan kawan-kawan lelaki aku, semuanya baik-baik, tahu batas gurau senda, maka aku masih rasa macam tak percaya apabila ada lelaki diluar sana yang perangai cam cilakak seperti dibawah ini.

Hari ini, aku menaiki teksi ke Pejabat Pos Laju di Brickfield. Sementelah susah mendapatkan tempat letak kereta baik di Brickfield atau berhampiran pejabat, teksi merupakan satu kenderaan pengangkutan terpantas sudah semestinya untuk perjalanan dekat.

Sewaktu perjalanan balik, aku menahan sebuah teksi dan memberitahu destinasi iaitu berhampiran New Straits Times. Kebanyakkan pemandu teksi memang tahu dimana NST. Sebaik teksi berkenaan memulakan perjalanan dari hadapan Pejabat Pos Laju, sang pemandu mula menyanyi kegirangan. Mulanya aku tidak dapat tangkap dengan loghatnya yang entah apa-apa itu.

'No money no talk, no money no talk, no money no f**k, no money no touch'. Dan dia berulang kali mengulang ayat itu. Kemudian ditambah dengan soalan-soalan merimaskan yang aku tidak jawab. Tapi disebabkan pemandu teksi itu sangatlah bebal, dia masih cuba berintekrasi dengan aku walaupun tidak mendapat jawapan. (masa ini aku sangat terkejut sampai blur, apa harus aku buat!)

Pemandu Teksi: You dah kahwin ka?
Aku: (Harus jawab ya ni, idak dibawa nya aku lari ke mana-mana). Sudah
Pemandu Teksi: Ada anak ka?
Aku: Tak ada.
Pemandu Teksi: Oh, you dengan husband hari hari f**k ka?
Aku: (Diam). dalam hati tertanya, apa jenis soalan neh.
Pemandu Teksi: Pasal apa tak ada anak, you dua orang mau f**k saja ka, anak tak mau?
Aku: (Diam) aku dah takmo jawab apa-apa
Pemandu Teksi: Orang cakap a, kawin a.. memang untuk f**k punya. Tak mahu f**k, tak perlu kawin. Sudah kawin a, hari-hari mau memang boleh f**k punya. You punya husband hari-hari ajak f**k ka?
Aku: (Diam) serius tangan aku dah sejuk
Pemandu Teksi: Mangkuk neh dah makin meracau, cakap pasal, body lah, keluar masuk segala.
AKu: Simpang depan tu berhenti. (Arah dia, dengan harapan dia tak bawa aku lari la)
Nasib baik dia ikut arah, berhenti kat tempat aku suruh berhenti. Boleh sesiapa advise aku, dalam keadaan begini, apa sepatutnya yang sebaiknya dilakukan?

Bila aku turun, aku tertanya sendiri, patut kah aku salin nombor teksi dia? Aku kerling, masa tu aku memang ingat nombor dia. Tapi sebab aku duk terketar-ketar takut, tiba-tiba aku dah jadi lupa. Aisey, kawan aku marah aku. Cakap aku bodoh. Itu salah satu cara serangan seksual. Isk, bodoh betul aku!

Lepas ini, jangan harap aku nak naik teksi lagi! Kalau penduduk Malaysia sendiri tak rasa selamat naik teksi, apatah lagi warga asing? Pelancong? Yang kerap menjadi mangsa tipu meter? Ini bukan takat tipu meter ni, ini dah makin teruk. Now, aku isytiharkan aku boikot teksi! Selagi aku ingat apa yang aku lalui hari ini, tak ada ada teksi merasa duit tambang dari aku.

Wednesday, August 13, 2008

Dilema Pelajar UiTM

Dey, joyah, samad, salih, ali, kiah, semek dan sebagainya. Apa pasal kamu hari ini sampai sanggup tuang-tuang kuliah nak berarak ke pejabat KSU semata-mata sebab nak tunjuk pandai, nak membantah kata-kata dari Menteri Besar Selangor?

Nak tergelak besar aku melihat, kot ya pun joyah, kiah, samad, salleh, nak popular setanding Saiful dari UNITEN, nak muka masuk tv tolong pilih acara sikit boleh tak? Jangan melalak tak tentu hala.

Kenapa aku tergelak? Kenapa aku rasa kesian pada yang tuang kelas tak pepasal itu? Kenapa sibuk nak berarak ke pejabat KSU kat Shah Alam menunjukkan rasa tidak puas hati kepada Menteri Besar Selangor? Kot ya pun Menteri Besar suarakan pendapat, yang ingin membuka UiTM kepada bukan bumiputera nak dimarahnya, tak payahlah sampai nak ponteng-ponteng kelas. SEBAB PALING NYATA SEKALI IALAH, PENDAPAT DARI MENTERI BESAR SELANGOR ITU BUKAN BOLEH PAKAI PUN. Dia bukan pegang jawatan berkait dengan apa sahaja yang membolehkan pendapatnya laku nak diterima.

Sementelah dia itu wakil pembangkang, kerat ibu jari kakilah kalau kerajaan nak dengar usul dari pihak pembangkang. Jadi, untuk apa perhimpunan macam esok terus dibuka pintu UiTM itu bukan bumiputera? Untuk apa perhimpunan hari ini? Sekadar nak menunjukkan pelajar UiTM boleh membantah? Bantahlah tapi biarlah cerdik sedikit, kalau nak bantah, tengok dahulu siapa yang kemukakan cadangan, ada macam akan dapat perhatiankah cadangan tersebut dan sebagainya.

Kenapa semasa MRSM dibuka 10% kepada bukan bumiputera, tak ada yang bersilat terajang dihadapan pintu gerbang sekolah nak membantah? Kenapa semasa kuota JPA dilebarkan untuk bukan bumiputera tak ada yang berarak di tengah Jalan Ampang? Sedangkan konsepnya sama, cuma datang dari pihak berbeza.

Esok aku nak suarakan pendapat jugalah, mana tahu ada pelajar nak berkumpul ponteng kelas berarak demi nak bantah suara yang tidak boleh mengubah apa-apa.

Tuesday, August 12, 2008

Isu-Isu yang Aku Tak Tahu

Anwar Ibrahim Dibicarakan
Betul aku tak ambil tahu sebab pada malam yang sama, aku bergelut dengan demam, sakit kepala dan nak buka mata pun tak larat. Hanya dengar dari hujung-hujung telinga sahaja. Menjelang keesokkan harinya, aku tidak tahu langsung apa yang berlaku. Apapun aku terkejut sakan, pantas betul pendakwaan dilaksanakan. Teringat aku kes antatuya dulu sampai setahun tangguh sebab kononnya mahkamah tak ada masa kosong, semua sudah ada jadual. Tak adil push perbicaraan lain ke belakang, (walaupun untuk beri ruang kepada kes melibatkan dua negara), alih alih yang ini cepat sahaja masuk mahkamah. Banyak pula slot kosong sekarang ya?

Forum Terbuka Memeluk Islam
Aku tidak tahu apa isu yang dibicarakan. Tiba tiba sahaja apabila menonton berita, ada yang berkumpul menunjukkan perasaan di sebuah tempat akibar forum itu. Sungguh aku tak tahu. Apapun, secara rasionalnya, namanya lagi forum terbuka. Bukankah itu lebih bagus dari tertutup? Tak tahu apa yang mereka cakapkan. Memburuk-burukkan atau apa? Yang aku pelik cuma satu, kenapa hendak menunjuk-nunjuk perasaan? Kita pun dah pandai nak betulkan apa yang media barat labelkan umat Islam sebagai pengganas ke? Kita nak biar semua orang tahu kita boleh mengganas kah? Siap lempar bom molokov cocktail dan sebagainya. Macam ni nak tunjukkan penganut Islam bukan pengganas?


Saturday, August 09, 2008

Apa Cogan KataTahun Ini?

22 hari menjelang hari yang mencatat sejarah, tanggal 31 bulan Ogos. Sesungguhnya aku tak tahu, apakah tema hari kebangsaan tahun ini. Telah ku cuba jelajah di laman web jabatan penerangan, tidak ku temui. Takkan keranamu Malaysia buat kali ke 800kali nya lagi?? Macam tak kreatif ya ampun! Keranamu Malaysia sudah tidak releven lagi untuk jadi cogan kata untuk kali yang entah ke berapa kalinya.

Atau mungkinkah tahun ini, cogan katanya ialah 'Keranamu Permatang Pauh?' Atau Keranamu Paklah, atau Demi Antatuya, sama-samalah kita tunggu yang mana satu akan diguna pakai. Oh oh tidak terlupa, cemerlang, gemilang, temberang. Sekian terima kasih.

Tuesday, August 05, 2008

Kenapa 'Baharu'?

Kebelakangan ini, aku sakit mata. Sakit mata melihat iklan-iklan berunsurkan baharu. Nescafe rasa baharu, KFC ayam baharu, kicap baharu, pengumuman rancangan televisyen baharu dan pelbagai lagi. Sejak bila perkataan baharu ini dikuatkuasakan penggunaannya semula? Bukankah dahulu sengaja ditukarkan baharu kepada baru?

Dari segi sebutan, baru lebih ringkas, sedap dan cepat disebut. Jadi kenapa sekarang perlu dikuatkuasakan balik perkataan ini? Perlu berlegar-legar dimata dan telinga setiap hari? Adakah kita mahu balik ke zaman 60-an? Adakah ini sebagai tanda kita tidak lupa kepada sejarah datuk nenek moyang? Oh sungguh aku tidak dapat jawapan.

Kenapa baharu? Kenapa kenapa kenapa? Mungkin inilah salah satu sebab orang Malaysia suka berbahasa Inggeris, ringkas dan pendek. New (satu suku kata) = baru (dua suku kata) sekarang baharu (tiga suku kata?????).


Semua orang sudah selesa dengan perkataan baru, atas dasar rasional apa perlu ditukarkan kepada baharu? Dari memasukkan gear undur kepada perkataan zaman moden, ada baiknya diterjemahkan perkataan-perkataan yang belum ada dalam bahasa melayu.

Monday, August 04, 2008

Berapa Kebarangkalian Minyak Turun 1 September?

Sehari dua selepas kenaikan harga minyak pada Jun lalu, kerajaan mengumumkan mekanisma harga minyak bulanan (apa tah nama betulnya) akan dilaksanakan pada bulan Ogos. Harga minyak akan mengikut harga pasaran, makin tinggi harga minyak dunia, makin tinggi harga minyak yang akan dibayar oleh rakyat tetapi kerajaan akan tetap bagi subsidi 30sen. Tak kira berapa harga minyak itu nanti.

Kemudian selepas 1-2minggu, mereka melihat pattern harga minyak yang makin meningkat, mereka membuat pengumunan, tak jadi nak apungkan harga pada bulan Ogos. Walau berapa tinggi pun harga minyak dunia meningkat, rakyat tetap perlu membayar RM2.70 seliter pada tahun ini. Harga minyak hanya akan direview semula pada Mac 2009. Itu janji kerajaan.

Kemudian adalah debat Shahrir Samad, debat Anwar vs air liur kerajaan dan sebagainya.

Apabila harga minyak dunia turun, ke paras USD122 setong, kerajaan buat pengumuman harga minyak MUNGKIN akan diturunkan pada 1 September tetapi melihat kepada perkembangan harga minyak sepanjang bulan Ogos ini.

Hari ini harga minyak meningkat ke paras USD125 setong. Mungkin esok makin meningkat. Apakah janji kerajaan akan terlaksana menjelang 1 September. Bukan apa, perasaan was was penuh bersarang didada kerana sudah banyak janji berkenaan minyak tidak ditepati, jadi untuk mengharapkan 1 September bermula era kerajaan tepati janji adalah tidak realistik sama sekali.

Kalau betul nak turunkan harga minyak, kenapa perlu tunggu sebulan? Waktu naikkan harga minyak, Encik Dollah cuma bagi waktu 7 jam kepada rakyat untuk bersedia (umum jam 5 petang, kenaikan jam 12 malam), kenapa waktu nak turunkan, umum sebulan sebelum? Psikologi fikiran rakyat? Benda belum tentu tak payah umum. Cakap sahaja, nak apungkan harga minyak pada bulan September. Itu lebih bagus bunyinya dari pengumuman dengan muka ceria, menurunkan harga pada 1 September yang diumumkan pada 1 Ogos dan tanpa sebarang jaminan harga minyak dunia akan menurun lebih rendah atau meningkat lebih tinggi.

Kita tunggu alasan apa yang bakal diberikan pada 31 Ogos nanti.....

Friday, August 01, 2008

Kena Marah Baru Senyap?

Ceritanya mudah. Kedai aksesori dan bengkel kereta memang suka mengambil peluang memperdaya dan mempengaruhi pemilik kereta agar membeli sesuatu yang tidak diperlukan oleh kereta mereka. Tidak hairan kalau Perdana Terengganu berjumlah berjuta-juta ringgit belanja penyelenggaran tahunannya. Padan muka benar mereka yang didakwa itu (walaupun ikutkan mereka cuma bilis, yang jerungnya masih berada diluar sana), boleh menjadi panduan kepada pemilik bengkel yang lain.

Beberapa hari lalu, aku perasan mentol lampu kecil bahagian depan kereta aku tidak menyala (terbakar lah tu). Jadi, selepas balik dari kerja, aku singgah di sebuah kedai aksesori merangkap bengkel berhampiran Petronas Setiawangsa untuk tukar mentol. Sementelah harga mentol dah RM2.00 seketul, aku suruhlah diaorang pasangkan terus.

Untuk memasang lampu depan, mereka kena buka bonet. Selepas bonet berisi enjin dibuka, ada tiga jurujual tak berapa bertauliah datang keliling. Hendak kelentong itu dan ini. Alat untuk menjimatkan minyaklah, alat untuk menyenyapkan bunyi enjinlah, alat itu alat ini. Aku cakap dengan sopan santun, senyum lagi ‘taknak’

Taknak aku itu, rupanya tak difahami, terus menerus bagitahu aku punya kereta cepat rosak lah kalau tak pakai, makan banyak minyaklah. Aku cakap lagi sekali, dalam nada kurang senang…Taknak.

Mentol belum pasang ni, duk sibuk promosi barang jimat minyak dia (yang tu paling obvious, siap duk tekan-tekan wayar-wayar kat enjin aku), tiba-tiba aku rasa tak boleh sabar. Seterusnya terhamburlah ‘Pasang je mentol tu, tak payah nak buat promosi – promosi’ dengan nada amat menengking, muka super serious. Hamik kau, aku cakap baik-baik, kau makin melebih.

Apabila dah selamat kena tengking, barulah memasing senyap dan beredar pergi cari pelanggan lain hendak jadikan mangsa. Dan dan juga, waktu tu juga tangan laju pasangkan mentol.

Walaupun aku bawa kereta standard, tak ada turbo tak ada weber tak ada rim besar tak ada jin aprit duk dalam enjin bay, tidak semestinya aku mudah terpedaya dengan tipu muslihat jurujual. Benda benda beginilah membuatkan aku terfikir, mungkin Perdana Terengganu pergi kedai nak tukar mentol lampu, tapi akhirnya dengan lampu-lampu sekali orang kedai tu tukarkan. Huh. Mau bil tak banyak???