Wednesday, July 30, 2008

Sungguh Tidak Membebankan!

Sesungguhnya, sejak aku ada kereta lima tahun lalu, aku tak menaiki Bas Express untuk perjalanan jauh lagi dah. Sesekali kalau ada Welcome Dinner untuk mesyuarat yang dianjurkan oleh pejabat aku sahaja, barulah aku naik bas. Itupun bas persiaran, untuk jarak perjalanan lebih kurang 2-3 kilometer sahaja pula tuh.

Jadi, malam tadi, apabila Noh Omar mengumumkan kenaikan tambang bas yang akan diumumkan sebelum hari raya (yang akan menimbulkan kontroversi pastinya), dengan tambahan kenaikan ini tidak akan membebankan, aku rasa macam Ya Ampun, kau tak layak nak justify apa-apa kenaikan dengan beban pengguna. Sesungguhnya kau tak layak. Apa maksud beban pun kau tak tahu, jadi jangan berani menggunakan perkataan ‘tidak membebankan’.

Kalau sudah naik 50% sebagai contoh, tambang biasa 30ringgit. Selepas kenaikan menjadi RM45.00. Dua hala sudah RM90.00, Yang biasanya pengguna membayar RM60.00 sahaja. Kalau untuk satu keluarga berpendapatan sederhana yang terdiri dari ibu bapa dan tiga anak, sudah perlu membelanjakan RM450.00 dari kebiasaannya RM300.00. Apakah kenaikan RM150.00 itu sedikit dan tidak membebankan????

Kalau nak naik, naikkan sahaja, jangan gatal mulut, kaki dan tangan macam kena penyakit HFMD bagi kenyataan ‘tidak membebankan’.

Yang lebih menyakitkan hati, ialah ‘akan diumumkan sebelum hari raya’. Kenapa hari raya yang nak jadi kayu ukur? Semua orang sudah sibuk nak membeli tiket raya, ada yang dah siap-siap budget berapa tiket, berapa peruntukan untuk kuih, untuk baju raya dan sebagainya. Kenapa hari raya?? Kenapa tidak selepas? Bagilah rakyat bernafas lega sedikit. Salah satu hari yang rakyat bersukaria, masih nak dibayangi dengan masalah kewangan lagi. Kalau nak juga buat sebelum hari raya, kenapa baru sekarang nak umum? Bukankah ini memberi peluang kepada tauke tauke bas memhentikan seketika jualan tiket hari raya dan menunggu harga tambang baru untuk mendapat keuntungan lebih?

Apapun kepada Noh Omar, jangan jadikan gaji kau sebagai tali pengukur. Tahulah kamu itu ada pemandu, minyak boleh diclaim kemana-mana, tak perlu naik bas. Jadi sudah tentu ia tidak membebankan kamu. Tidak semua rakyat jelata di Malaysia, bergaji seperti kamu. Tidak semua rakyat Malaysia mampu pakai kereta Merc Kompressor macam Kerajaan Terengganu ok?

PS: Subsidi minyak dah dapat, RM1.43 seliter pun, masih duk cakap pasal nak naikkan harga. Jangan terkejut kalau naga inflasi semakin membesar. Kalau bulan leps 7.7%, menjelang bulan Disember, ada juga yang menjangkau 10% nih.

1 comments:

Aloha said...

Sungguh xmalu dia itu.. dia amik mana ukuran "Tidak membebankan" tu?? gaji Pak MEnteri atau gaji Exco??

Majoriti pengguna BAs ni adalah dari golongan yg xmampu / xmampu lagi utk memiliki kereta. so kira la ikut pendapatan mereka!!